2 Sep 2012

[VIDEO] Masalah Air Di Pahang....

Sampai bila kami nak angkat air gunakan tong ini?

Air oh air....

Kelakar sungguh bila setiap malam kita disuap (walaupun dah tak berselera) dengan isu air di Kelantan. Isu air di Pasir Mas, air berbau di Tumpat dan sebagainya. Segala permasalahan tersebut seolah mahu mengajak manusia yang malas berfikir untuk menyalahkan kerajaan negeri. Objektif penyangak ini pastinya tercapai andai kita terpengaruh dengan dakyah mereka.

Walau bagaimanapun sedarkah kita bahawa di dalam sebuah negeri selamat BN isu air masih berlaku tanpa sebarang penyelesaian. Sudah berpuluh tahun masalah yang sama menghantui masyarakat Felda di Gugusan Bera, setiap kali musim raya setiap kali itulah warga felda (peneroka n anak cucu mereka)terpaksa mencari alternatif sendiri apabila bekalan air terputus. Bila tiba masa anak cucu berkumpul masa itu jugalah bekalan air akan terputus.

Pam rosak, pam dicuri, air tak cukup, tekanan tak kuat dan pekerja bertugas bercuti merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh mereka. Saluran penghantaran air paip yang dah berkurun usianya turut dijadikan alasan.

Bila Jabatan Bekalan Air dah ditukar kepada Perbadanan Air Pahang masalah masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Yang bertanggung jawab tak pernah memandang isu ini sebagai satu isu yang serius, hanya kerana semua ini berlaku di negeri selamat UMNO. -tehtarikkedaimamak

Jom sama-sama saksikan video menarik ini. Heboh UMNO dan para pencacainya menimbulkan masalah air di Selangor dan Kelantan, kini dengar sendiri keluhan dan kemarahan rakyat di negeri Perdana Menteri, Najib Razak tentang meruncingnya masalah air di Pahang yang belum selesai lagi.




10 ulasan:

  1. Di tempat aku ni sebuah Felda di Jerantut, Pahang, bukan sahaja air ada sedikit masalah tp eletrik pun bermasalah. Bila time raya, power supply x cukup. Kalau lambat on lampu, mmg x menyala la jawabnya. Lewat mlm nanti baru la menyala. Barang2 eletrik kadang2 ada yang rosak disebabkannya. Negeri BN la ni

    BalasPadam
  2. Be eNd... soon... sokong pakatan.. nnt keluarlah berita tiap2 hari kat media... dan akan ada dana nak majukan air nnt. Akan diperuntukkan dalam budget Be eNd..

    BalasPadam
  3. sama jek masalah nyer kt benta ni. dr dulu smpai skrg tu jek masalah dia. api n air dua-dua bekalan asas n trpenting. negeri org lain sibuk di kutuk2 negeri sndiri haprak!!!

    BalasPadam
  4. Nampak mcm copong TV3 dalam klip.... jadi tersiarlah agaknya di media tsb. saya tak tonton TV3.

    BalasPadam
  5. Undilah BN lagi. Mudah2 pahang akan maju lagi 100 tahun akan datang. Mana tau janji boleh ditepati waktu tu.

    Kesian kat melayu asyik kena kelentong hidup2 dulu kini dan selamanya

    BalasPadam
  6. Mana duit kerajaan..pahang negeri kaya..hairanlah..kelantan memang negeri pr sebab tue duit pruntukan air susah nk salur..nie negeri pahang..kampung perdana menteri..

    BalasPadam
  7. Teruskan lagi dedah akan masalah air di negeri UMNO, agar rakyat sedar siapa UMNO ini sebenarnya dan juga supaya UMNO tidak busybody kacau negeri orang dengan isu air lagi.

    BalasPadam
  8. kat jengka pun sama jugak. itulah, duk sibuk kata negeri tu masalah air, negeri ni masalah air, tengok2 kena atas kepala dahi kat negeri sendiri. rakyat pandai2 lah menilai ya.

    BalasPadam
  9. gi masjid takde air nak berwuduk.dah la masjid besar tapi x ramai jemaahnya.indah khabar dari rupa.takde makna nya kalau buat masjid ribu2 bijik kalo takde jemaah.

    Tapi En.umno, gen-Y tau tajuk sbnr bkn 'BINA RIBU2 MASJID' tapi yg penting 'PROJEK BINA RIBU2 MASJID'.sama jugak isu air..

    BalasPadam
  10. Apa daaa... kat kawasan Maran pun sama. Sehari takde air, pastu ada. Ada, takde... Ulang2 mcm tua aje la...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.