18 Sep 2012

[VIDEO & GAMBAR] Perarakan Mahasiswa Tuntut Pilihanraya Kampus Bebas & Adil

Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) akan menghantar memorandum bagi mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menambah baik sistem Pilihan Raya Kampus (PRK).

Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat.

Ia turut disertai beberapa persatuan mahasiswa termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).

Akram berkata, pihaknya menuntut KPT melaksana enam tuntutan berkaitan PRK iaitu penetapan tarikh, mahasiswa terlibat menguruskannya, pemantauan, sistem pengundian telus, kebebasan berkempen, dan peruntukan dana kepada calon.

“Kita akan hantar memorandum untuk terus mendesak supaya KPT melaksanakan tuntutan ini. Setakat ini tiada tanda-tanda tuntutan kami akan dipenuhi walaupun PRK dijangka akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, seramai 800 pelajar yang terdiri daripada beberapa persatuan mahasiswa menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur bagi menuntut PRK yang bersih.

Perarakan bermula di kawasan Masjid Jamek kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir di pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Penetapan tarikh PRK

Menurut Akram, tindakan KPT melengah-lengahkan PRK seolah-olah menafikan hak mahasiswa dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus.

“Kebanyakan MPP di IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) sudah dibubarkan kerana habis penggal. Tetapi sehingga kini pihak yang bertanggungjawab masih belum menetapkan tarikh pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mendakwa mahasiswa tidak diberi ruang untuk menguruskan PRK, sebaliknya ia diuruskan oleh pentadbiran universiti yang penuh dengan konspirasi dan campur tangan politik kerajaan.

“Kita dapat maklumat adanya pertemuan-pertemuan sulit antara kerajaan Umno BN dengan pentadbiran universiti untuk menentukan kemenangan calon aspirasi (calon pro-kerajaan) dengan memberikan suntikan dana kepada mereka,” katanya.

Lantik Suhakam, Mafrel jadi pemantau

Akram berkata, disebabkan campur tangan tersebut, pihaknya menuntut supaya PRK dipantau oleh badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Badan Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel).

Selain itu katanya, Gamis turut mencadangkan beberapa ahli akademik untuk menjadi pemantau antaranya, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya.

Menurutnya, Gamis telah menghantar surat jemputan kepada badan-badan pemantau berkenaan supaya dapat bekerjasama memastikan PRK dijalankan dengan adil dan bersih.

“Kita juga sedang menunggu lampu hijau daripada KPT supaya dibenarkan badan-badan ini membuat pemantauan,” katanya.

Tuntut pengundian telus

Akram mendedahkan, beberapa IPTA mengamalkan sistem pengundian tidak telus apabila terdapat nombor siri pada kertas undi.

Tindakan itu bertujuan mengenal pasti sama ada mahasiswa menyokong pro-mahasiswa atau pro-aspirasi.

“Berlaku juga kepincangan dalam sistem undian online atau E-Voting. Melalui sistem ini kita tidak boleh membuat bantahan ataupun semakan. Kita tidak tahu apa yang berlaku dan hanya menunggu keputusan sahaja.

“Justeru itu, kita menuntut penambahbaikan dengan memberikan salinan kepada mereka yang mengundi secara online,” katanya.

Mahu tempoh kempen lima hari

Gamis, menurut Akram menuntut tempoh berkempen selama lima hari waktu berkuliah berbanding tiga hari pada masa ini.

“Tempoh pilihan raya kampus diadakan selama lima hari tetapi ia dipendekkan kepada tiga hari. Justeru kita menuntut ia diadakan lima hari sesuai dengan kempen yang dijalankan,” katanya.

Dana untuk semua calon

Beliau turut menuntut supaya semua calon diberikan dana untuk berkempen tidak hanya terhad kepada calon aspirasi sahaja.

“Kita tak bersetuju apabila hanya calon pro-aspirasi sahaja yang diberikan dana pilihan raya. Kalau nak bagi kena bagi semua calon sama ada mereka pro-mahasiswa ataupun pro-aspirasi,” katanya. -KD

Pilihan Raya Kampus Serentak Bukti Wujud Campurtangan ‘Orang Politik’

Penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan dakwaan mahasiswa wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum ini benar.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang berkata ini membuktikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil ‘OPS 2020′.

Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.

Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin.

Langkah ini jelas Safwan menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.

“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang yang mengejutkan kita.

“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.

“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.

“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan,” katanya.

Beliau menambah, tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya.

Semalam, hampir 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi Mahasiswa’.

Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.
-selangorku


Kredit gambar: wartawan foto Harakah Wan Zahari Salleh via FB Dato Tarmizi Mohd Jam


















4 ulasan:

  1. Wahai putra putri ku yg brada dlm demo tu....
    Usah kau gntar mnegakan kbenaran...
    Berani krna benar...
    Kelak usah kamu jdi mntri2 UMNO, Umat Madani Naif Otak! Jdi lah sang pencatat sjarah! Skali pun dlm catatan sjrah Hang Tuah Pahlawan Melayu namun kini Hang Jebat la Panglima Sejati.
    Yang Haq pasti menewaskan kebatilan... Istiqamah lah dlm prjuangan mnegakan kbenaran!
    Ayah iringi dgn doa & restu agar Allah menurunkan rahmat Nya pd kalian...
    InsyaAllah..

    BalasPadam
  2. Salam
    Udah udahlah tu. Bagilah depa nie belajar dulu, buat apa sebok2 nak berpolitik, karang pointer cukup makan...haiya.
    Camne nak jadi pelapis pemimpin, kalau awal2 lagi dah tunggang langgang...
    Tak payahlah jadi adam adli 2..ke 3 , atau khalid ismath klon...bukan cemerlang pun mereka nak jadi idola...huhu. Apa nak jadi dengan bangsa Melayu nie....

    BalasPadam
  3. Dewi_sue....claim dah hantar lum?...hantarlah cepat....tengah-tengah bulan ni, kalau dapat payment...bagus jugak...boleh beli susu anak...Ok....Kau tanya pasal pointer...cuba kau tanya najib tu...berapa pointer dia dapat masa kat U dulu? Cuba kau tanya pada hishammuddin hussein Onn....cuba kau tanya noh omar...berapa pointer dia orang dapat?....Isunya sekarang dia orang jadi pemimpin juga kan?...Dewi....aku nak bagi tau kat kau....kenyataan kau ni hanya sesuai untuk tahun 70'an aje.....ok...TOLONG JANGAN TUNJUKKAN KURANG CERDIK KITA PADA ORANG RAMAI....

    BalasPadam
  4. di 1 MALAYSIA pun ttak adil bagaimana nak adil di kampus??? HAPUS BN HAPUS PTPTN

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.