26 Sep 2012

TERKINI! Muslihat Penjualan Tanah MARDI Oleh Noh "Udang" Terbongkar!

Belum pun reda isu mengenai sarang burung walit dan skandal kolam ternakan udang, nampaknya satu lagi pendedahan berkaitan dengan isu sensitif membabitkan tanah milik kerajaan terbongkar! Terbaru, Kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa mahu menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, Selangor untuk dibangunkan sebagai tapak sebuah universiti swasta.

Pertanian Negeri, Yaakob Sapari mendedahkan, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu sahaja.

"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.

Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini.

Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga hanya RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.

Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Noh Omar tidak meneruskan penjualan tanah tersebut kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.

"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.

"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob. -jalanpulang

12 ulasan:

  1. Kalau dibiarkan nanti Malaysiapun akan dijual oleh puak-puak tersebut.

    BalasPadam
  2. pemimpin umporno selangor pantang tengok tanah. semua nak dijualnya untuk kaut keuntungan peribadi. selangor dah habis tanah disonglap dari seorang ke seorang pemimpin umporno.

    Hassan jati beras hancur 100% nak kita sokong pemimpin macam khir anak toyo, noh udang, satim diman, abd rahman palil, abd rahman bakri....

    BalasPadam
  3. BILA SPRM,PDRM & LAIN2 DAH DICUCUK HIDUNG TARAK POWER PUNYA MAKA PENYAMUN-PENYAMUN TARBUS DARI PARTI SEKUTU APCO PUN BERMAHARAJAGILA LA SELEWENG & REMBAT SESAMA GEROMBOLAN MACAM TIADA ESOK ! ABU SAJA PENYELAMAT NEGARA MALAYSIA & RAKYAT !

    BalasPadam
  4. Dlm ati umno ni mane ada roh..rasa2 tuhan dh tarik nikmat dunia..mane pernah puas dh ada brjuta nk berbilion pulak..sedar la wahai rskyat untuk ape simpn pemimpin sesat cmni lg..

    BalasPadam
  5. Menteri UMNO macam penyamun tak macam TGNA sederhana dan cool

    BalasPadam
  6. Tapi apa salahnya jual tanah dgn harga murah utk projek pendidikan.
    Bukankah perkara biasa juga tanah milik kerajaan utk projek yg beri kebaikan kepada rakyat dengan harga 'nominal'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan negeri sanvup bagi tanah tempat lain & bukan tapak MAH tu!
      Banxingkn hrga 14.50 sekaki persegi dgn 88 ringit.. Sape yg akn untung?
      Kroni2 Umat Melayu Naif Otak tu gk!
      yg heranya si pencacai2 tu. ntah apa yg dia dpr tpi sokong gk walhal mrema ddok
      di rumah2 stinvan lagi! Yg ddok di unglow2 pn ada gk tpi sokongn mreka pd Be End tu
      Nk jga periok nasi & tembolok sndri. Org lain pi mampos la....biar pun mreka tau Be End tu
      Beban Negara.
      Nyahkan Be End drid takhta kuasa tanah air kita ps PRU 13 nanti!
      Ubah sbelum brtambah parah..

      Padam
  7. anon 6:10

    kalau universiti awam ok lah
    tapi kalau universiti swasta nampak sgt ia bermotifkan keuntungan...

    siapa pemilik universiti swasta itu? kroni?

    BalasPadam
  8. Kalau dah lama sangat berkuasa(55 tahun) depa anggap negara ni bapak depa yang punya.Semua boleh kow-tim,PDRM,Mahkamah,Badan Pencegah Rasuah dan SPR.Harap pagar,pagar makan padi,bila sampai musim pilihanraya,semua tunjuk alim dan buat jangi,slogan "Janji ditepati".Bila dah menang dan kuasa dalam tangan,semua jadi penyangak seolah-olah dah dapat lesen merompak.Tak percaya! sila buat selidik betapa kayaraya menteri-menteri UMNO ni,dan lihat betapa hebatnya life style anak-anak depa.

    BalasPadam
  9. Baru balik melancong ke saigon. Saya lihat betapa pemerintah mengekalkan bangunan sejarah di keliling kota. Industri pelancongan diberikan bantuan bagi menggalakkan kedatangan pelancong, Di neghara sendiri saya rasa semua bangunan bersejarah ( sememang terbina di kawasan strategik) sering menghadapi kemungkinan dimusnahkan untuk tujuan komersial ( yang untungkan segelintir pihak)

    BalasPadam
  10. Inilah peluang terakhir UMNo Baru untuk menyamun tanah kerana selepas ini mereka akan berkubur selama-lamanya.

    BalasPadam
  11. Nak buat IPT kan benda baik. Ada peluang pekerjaan, peluang pendidikan. Kalau dibandingkan kalau nak buat kelab golf.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.