Warga Aman beri masa 48 jam untuk polis tangkap mereka yang kencing gambar pemimpin Pakatan
Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.
Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.
Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.
"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?
"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.
Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.
"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.
"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.
Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.
Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu. -TMI
Ulasan GB
Itulah hukum kebenaran dan keadilan.
Apabila polis telah secara terang-terangan dan keterlaluan bersikap berpihak di dalam menjalankan tugas, maka rakyat dengan sendirinya akan bangun memperingatkan mereka.
Jika masih tiada juga perubahan, MAKA ia petanda satu kehancuran. Rakyat akan bangun semula menurunkan kerajaan yang sedia ada supaya selepas itu polis akan terbeliak matanya.
"Tiada yang lebih berkuasa selain dari rakyat." - meminjam kata-kata Presiden Mesir yang baru Dr.Mursi sebaik beliau menang di dalam pilihanraya presiden Mesir baru-baru ini.

Insan yang prihatin & tidak mahu dilembukan ! ABU !
BalasPadamsebenarnya isu kecik ni menampakkan politik tidak matang BN..
BalasPadamdan memperlihatkan betapa tidak adilnya penguatkuasa undang2 yg diberi kepercayaan oleh rakyat dalam mempraktikkan pelembagaan yg dicipta mereka sendiri..
sendri buat perlembagaan dgn penjajah..sendri tak ikut..pastu ade hatti suroh rakyat ikot??????
macam polis bantuan ajer ..polis bantuan umno
BalasPadamPBU.....lingkup malaysia kalau macam ni
jahanam ,,,bawaan mahathir le ni
Menteri Hishamuddin selalu bercakap negara kita berbilang kaum dan berlaku adil kepada semua dan sekarang bebilang kaum jugalag yang bangun membela kumpulan yang dinafikan hak keadilan mereka, janganlah sampai semua kaum bangkit dengan membiarkan kesabaran mereka, dengan ini kami menyerulah pehak polis bertindaklah dengan adil sebelum terlambat.
BalasPadamKAmi rakyat Malaysia akan menuntut keadilan yang sebenar di padang mahsyar nanti jika KPN dan Menteri KDN serta PM yang selama ini tidak menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dan bersedialah wahai para pemimpin.
BalasPadamPDRM kena disusun semula pabila PR ambil alih Putrajaya nanti. Sekarang ni polis dah tak buat kerja. Polis sibuk buat kerja JPJ( Saman kenderaan ), kerja Imigresen ( PATI ), kerja Kastam (Barang seludup) maka sebab itulah jenayah berleluasa.
BalasPadamKerja utama polis adalah jaga UMNO. Apa Umno suroh mesti buat cepat.
Jadi lebih separuh k/tangan PDRM kena di tamatkan perkhidmatannya nanti lantaran tidak tau tugas dan SOP kerja.
Polis oh polis kami sebagai rakyat masih hormat you kerana menjaga keselamatan negara. Kami rakyat Malaysia berhak polis bertindak adil dalam sesuatu kes dan jangan sampai kami hilang kepercayaan polis, sehingga perlu guna Pengaman PBB untuk jadi polis. So please jalankan tugasmu dengan adil dan saksama.
BalasPadam