Peniaga kecewa kedai sering diganggu
ALOR GAJAH - Sepanjang berniaga empat tahun lalu, pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang peniaga apabila ada pihak tertentu cuba menghalangnya dari menjalankan perniagaan di sini.
Gambar: Pagar besi yang dipasang sehingga menghalang laluan orang ramai.
Rohani Lajis, 47, yang menyewa sebuah kedai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Tambak Paya, Melaka berkata, pada penghujung tahun lalu, pihak penguat kuasa MBMB kerap menyerbu kedai saya disewanya atas dakwaan tiada lesen perniagaan.
"Kemudiannya, Mei lalu pentas karaoke kedai saya pula terbakar.
"Kejadian tidak berakhir di situ, malah kedai bersebelahan turut memagar dengan tirai besi selain menutup laluan pelanggan kedai ke tandas awam dengan beberapa meja makan," katanya ketika ditemui di Dataran Keris Alor Gajah, dekat sini.
Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan perniagaan yang beroperasi pada waktu malam, namun usahanya itu seperti terhalang apabila ada pihak cuba menjatuhkannya.
“Saya hairan apabila ada pihak sengaja merosakkan perniagaan yang cukup-cukup makan ini dengan mencari kesalahan saya sedangkan untung tidaklah sebesar mana,” katanya.
Rohana dibantu suami, Nafi Md Deris, 55, dan anak, Khairul Abu Bakar, 23 serta bapanya, Lajis Md Lazim, 71, selain dibantu tiga pekerja.
Katanya, ia benar-benar menguji kesabarannya apabila hampir RM10,000 kos dikeluarkan untuk menghidupkan suasana kedai yang disewa dari MBMB ini dengan sewaan sebanyak RM130 sebulan.
"Namun sejak berniaga pelbagai dugaan saya terima apatah lagi ramai pelanggan lari.
"Bimbang berlaku perkara tidak diingini kami sekeluarga bertindak membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua kira-kira 7 petang kelmarin," katanya.
Rohana berkata, dia tidak tahu apa yang akan berlaku lagi di kedainya itu sehinggakan dia sentiasa rasa bimbang jika berniaga.
Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu ketika dihubungi terkejut dengan perkembangan itu dan menegaskan ia melanggar peraturan serta garis panduan MBMB.
Menurutnya, pihak MBMB tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan bagi mengubahsuai apa jua bentuk kedai milik MBMB tanpa pengetahuan dan ia jelas satu kesalahan.
“Memagar atau memisahkan gerai yang dibina oleh MBMB adalah melanggar konsep ‘kedai kemakmuran’ dan pihak kami tidak pernah dimaklumkan perkara itu sehingga kami diberitahu.
“Berhubung dakwaan pengadu, pihak kami akan melakukan siasatan terhadap kedai berkenaan yang didakwa turut disewa oleh seorang remaja bawah umur tanpa pengetahuan.
“Kami akan hantar pegawai penguat kuasa untuk menyiasat dakwaan itu supaya tindakan tegas terhadap peniaga terbabit dapat diatasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. -SH
Ulasan GB
Penyakit "dengki" dan "khianat" masih tebal di kalangan masyarakat Melayu. Kes di atas adalah kes yang tipikal dan justifikasi terhadap kenyataan tersebut. Masyarakat Melayu masih gagal untuk mengiktirafkan "pertandingan sihat" di dalam perniagaan, sebaliknya, mereka taut menghadapi cabaran dan persaingan, lantas mencari jalan singkat untuk menghapuskan lawan. Di zaman-zaman sebelum ini ada peniaga yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk menghapuskan pernigaan lawannya malah ada yang sanggup berbomoh dengan kemenyan, dengan tangkal, dengan manderam malah dengan najis untuk hapuskan pesaing demi memuaskan perasaan dengki dan khianatnya itu. Malah sehinggakan di dalam pertandingan bolasepak pun pernah berlaku ada pemain terjumpa bungkusan kemenyan di tiang gol!
Sama kesnya di dalam politik. Masyarakat Melayu yang tidak beriman kepada Allah sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa... lempar cat, halang dan sekat laluan, baling besi dan batu, lakukan dan sebarkan gambar lucah dan fitnah, sekat pembangunan, rompak royalti dan seumpamanya. Itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri dengki dan khianat yang merupakan "penyakit" yang ada di dalam hati para pemimpin Melayu. Pun begitu "dia" masih mendabik dada menyatakan Allah merestui perjuangan seperti itu...
Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak. Melayu seperti itu adalah Melayu kuno yang tidak menyedari bahawa sifat dengki dan khianat sedemikian tidak akan membawa kemenangan dan kejayaan sebaliknya hanyalah kemusnahan dan kehancuran kepada diri mereka sendiri.

siapa yg makan cili dia akan terasa pedasnya....melayu yg semakin layu dibawah pimpinan yg hnya tahu membesarkan tembolok sendiri dan sanak saudara
BalasPadamini dengki & hasad hanya dari melayu kafir ! melayu islam takut Allah SWT dan hari balasan ,kalau ada agama & iman melayu tak akan jadi macam lahanat buat kedurjanaan saja ,macam melayu samseng umno-apco ! ada dua pilihan ,antara syurga & neraka tapi banyak melayu tanpa agama pilih neraka ! ABU jangan lupa !
BalasPadamtak perlu nak menyalahkan sesiapa samada pemimpin atau rakyat. sememangnya sikap bangsa melayu itu suka berhasad dengki, khianat dan suka mengumpat. ini orang memang tak guna seumur hidup. hanya pegangan agama yang kuat boleh buang semua benda ni dalam masyarakat melayu.
BalasPadamsaya suka ulasan gb, halus dan berkesan...
BalasPadammelayu kuno.. errrr melayu umno?
Amuraria said... tepat sekali kenyataan tersebut, cuma nak tambah , melayu kafir itu adalah melayu umngok laknat yang berimankan iblis dan setan.
BalasPadamaku tak faham le citer ni. Ada kareoke? Dia berniaga ape?
BalasPadamAku pun mcm tu jgk
Padamaku simpATI......CUMA AKU TAK SETUJU BISNES KARAOKE TU.....
BalasPadampasal meniaga karoke ni la salah satu punca jadi cam ni....maksiat...tak berkat bisnes,,,,,,,,,,,,,
BalasPadamsaya berpandangan sama dgn anon September 16, 2012 7:13 PM, dia ni bernega apa?
BalasPadamnak promote maksiat ka siap ada pentas karouke, part karauke ni aku x setuju sgt2.
Apa-pun penyakit, dengki, jenayah, rompakan adalah dari pemimpin, pemimpin borek rakyat rintik. jika pemimpin buat jenayah tidak ditangkap,jadi rakyat pun buat jenayah.Dizaman Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
BalasPadamSegala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walupun rakyat ugama islam.
Hukuman Perasuah dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan rasuah menjadi budaya dikalangan rakyat
Hukuman Pencuri dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan banyak kejadian curi/rompak, ragut boleh dikatakan setiap hari hingga polis tidak boleh membuat tindakkan apa-apa
Hukuman pembunuh dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menjadi pembunuhan setiap hari dari kanak-kanak hingga ke orang tua dan kebanyakan pembunuh terdiri dari orang melayu dan mangsa orang melayu
ngata orang mengumpat... yang komen kat sini pun mengumpat juga...
BalasPadamtak perlu salahkan orang semata-mata...
sudahkah kita mendidik diri dan ahli keluarga dgn ajaran Islam?
contoh:
1. sampah jangan buang merata-rata
2. berkata-kata dengan perkataan yang baik
3. memandu dengan hemah dan hormati pemandu yang lain
Kalau 3 perkara di atas kita ambil ringan... bagaimana anak2 kita (generasi ke hadapan) nak jadi lebih baik? Kerana tindak-tanduk anak adalah refleksi diri kita...