3 Sep 2012

Mahfuz Cerita Detik Balingan Kasut Yang Hampir Terkena Beliau

Mahfuz: ‘Kasut dibaling nyaris terkena saya’

ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadir membantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.

Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.

“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.

“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.

Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.

“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.

Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.

“Anwar mematuhi syarat ditetapkan iaitu hanya menyentuh isu agama dan pembangunan ummah, tanpa menyelitkan isu politik. Perbuatan melampau yang memberontak hingga ke dalam masjid itu seolah mahu menggambarkan tazkirah mempolitikkan masjid, sedangkan ia tidak berlaku,” katanya.

Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan,Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno.

“Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah,” katanya.

Menurutnya, penduduk memaklumkan mereka tidak kenal peserta yang membantah kerana bukan anak kariah.

“Ini bermakna mereka orang luar yang datang membuat kacau. Perbuatan mereka itu lebih biadap berbanding memijak gambar pemimpin,” katanya.

Mahfuz berkata, sejurus 10 minit Anwar berucap, bekalan elektrik diputuskan pihak tertentu, menyebabkan jemaah terpaksa berpanas dan bergelap ketika mendengar tazkirah.

“Hanya lampu kecemasan berfungsi dalam masjid ketika itu. Bekalan elektrik kembali pulih ketika jemaah berdoa selepas menunaikan solat Isyak,” katanya.

Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik Anwar. Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, tempat di mana Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib. -SH

Ulasan GB

Sudah ada pengakuan dari PERKASA yang bertindak liar di dalam masjid tatkala Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah.


Sekalipun jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan Anwar, apakah hak mereka di sisi undang-undang untuk melakukan pencerobohan dan keganasan di dalam dan di kawasan masjid?

Polis perlu bertindak kerana sudah ada pengakuan. Ini bukan kali pertama. PERKASA, di mana saja, berkelakuan dan bertindak samseng dengan meletakkan undang-undang di dalam mereka sendiri tetapi sehingga kini polis mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Kita meminta polis bertindak tegas terhadap PERKASA sebelum negara menjadi huru-hara kerana kelemahandan kengganan polis di dalam mengawal tingkah laku mereka.





15 ulasan:

  1. geng2 perkasa ni dari yang pemimpin sampai ke budak2 bawahan bodo nak mampus..

    BalasPadam
  2. BODO BODO JE BUDAK YANG BALING....KALAU ANWAR OR SAPE PENYOKONG PAS KENE BALING SELIPAR MESTI CAKAP UMNO...KALAU ORANG UMNO TAK PAYAH CAKAP APE2...SEMUA DAH TAU

    BalasPadam
  3. DAH SERUPA SURIA perkasa HITAM.Walau pon korang tak suka anuar tapi hormatla rumah Allah takan itu pon nk kena ajar.

    BalasPadam
  4. Hanya dengan memerhatikan tidak tanduk umno dlm sesuatu isu, telah membuatkan semakin kuat kebencian aku pada umno. x payah pegi dgr ceramah PR. tgk tabiat umno yg pelik lagi bangang secara konsisten, sudah cukup utk meyakinkan siapa sebenarnya yg lebih layak memerintah negara.

    BalasPadam
  5. Biadap dan kurang ajar...sembahyang jemaah tak nak...ape kuasa perkasa ada tauliah ker tidak...bukannya perkasa jabatan agama....memang kaki samseng...tunggulah balasannya tak di dunia atau diakhirat nanti..

    BalasPadam
  6. Perkasa telah menunjukkan kepada rakyat jelata demokrasi yang dimaksudkan oleh UMNO.

    BalasPadam
  7. Malaysia ku ku ku ku ...
    dah ada dua orang PERKOSA terlepas daripada hukuman memperkosa.
    Kalau takat PERKOSA pun boleh terlepas, ini pula PERKASA. Tak hairan punya.
    HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
    ABU .....

    BalasPadam
  8. Saja nak tanya, diorg tu solat ke? dah PERKOSA Alor Setar kan? xkan bleh jamak kot.

    Dari kul 6.20 dok kat situ.. hoho.

    BalasPadam
  9. Maka bertambahlah kebencian rakyat kepada kerajaan dengan tindak tanduk yang perkasa lakukan.

    BalasPadam
  10. tahniah kpd perkasa, inilah anak jantan tp sayang tak kena tempat. lain kali pilihlah tempat yang paling sesuai pujuk DSNTR debat dgn DSAI. Cuba bayangkan jika PR menang dlm PRU 13 apa yg perkasa akan lakukan

    BalasPadam
  11. kalau UMNO jadi pengganas pun boleh, kalau PAS penduduk Memali dikaakan pengganas

    BalasPadam
  12. siapa nak baling kasut dalam masjid boleh jumpa UMNO.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.