19 Sep 2012

Gadis Dirogol Oleh "Syaitan Yang Dikenali" Di Bilik Air

Kuala Lipis - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Gambar: Mangsa diheret dari bilik tidurnya sebelum dirogol dalam bilik air.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.

Suspek turut menggeledah bilik tidur mangsa untuk mencari barang berharga

“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.

“Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,”
katanya.

Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.

Acu parang

Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.

"Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya.

Suspek dipercayai memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.

"Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.

Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.

"Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.

Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.

"Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.

Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian.

Ulasan GB

Inilah padahnya hukum Islam dipersendakan, angkah jenayah di putarbelitkan....
maka hukum kebenaran itu akan sentiasa mendedahkan bahawa jenayah kian berleluasa...





8 ulasan:

  1. haram jadah punya perogol...jenayah makin menjadi2..
    apa nak jadi malaysia ni...
    ni gejala kerajaan yg memerintah tak mahu laksana hukum Allah...
    cuba sekali laksanakan dan tengok kesan perlaksanaan...kita nak lindung ahli keluarga kita drpd penjenayah2 ni..

    BalasPadam
  2. nak duduk dalam rumah pun rasa tak selamat..duduk diluar rumah lagi tak selamat..

    BalasPadam
  3. Oii menteri KDN ini kah kau cakap kadar jenayah turun tu?? Kenapa kes rogol boleh berlaku lagi bahkan semakin kerap? Itulah sebabnya apabila menteri yang gagal matematik pegang jawatan maka jadilah macam ini. So Menteri KDN kau masih nak pertahankan lagi kenyataan kau bahawa kadar jenayah di Malaysia turun???

    BalasPadam
  4. perogol tak takut pun,kenapa?sebab dah terbukti walaupun merogol gadis bawah umur,hukumannya adalah denda dan berkelakuan baik tanpa penjara mahupun sebatan.Apa jadah lah punyai pemimpin dan hakim mahupun majistret yang sebijik macam haramjadah!

    BalasPadam
  5. BN PERINTAH RAKYAT SELAMAT?

    BalasPadam
  6. pengikut syaitan yang kita kenal agaknya? yang sahnya bukan pengikut malaikat???

    BalasPadam
  7. Kesian pada mangsa, akan trauma bila mencari pasangan hidup nanti takut semua lelaki setan macam perogolnya.

    Kesian pula si pemuda2 yang baik susah nak menerima anak gadis mangsa rogol yang sudah tiada lagi 'dara' nya.

    Apabila agama di permain mainkan, maka bermaharajalela akan syaitan2 yang di rejam baik di bandar mau pun di kampong nun.

    Syaitan2 ini muka dan tingkah laku nya sama sahaja, banggang bahalol dan benggap. Muka bodoh....macam mamat otak udang nun!

    BalasPadam
  8. syaitan laknatullah terkutuk tak kan terlepas, mereka akan tetap direjam oleh Allah SWT walau dimana pun mereka berada.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.