Pekan, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi.
Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius.
Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini.
Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit.
"Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya.
Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu.
Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian saudara seperti ini.
Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudian terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat.
Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini]. -PDO

budaya baling cat baling batu sudah sampai depan rumah.teruk dah kita ni
BalasPadamkalau dengar wawancara TV9 dengan zulkiflee nordin beberapa hari lepas, dia kata ok je nak buat apa-apa kat "puak pembakang" kerana hanya bahasa kasar sahaja yang mereka faham....(mengulas kes baling selipar ke dalam mesjid dan baling cat)...
BalasPadamertinya, kalau baling-baling batu ni pun dikira oklah gamaknya pada pandangan mereka
Alhamdulillah. Duit boleh cari, cermin kereta boleh ganti. Syukur sebab samseng BN tolong kempen utk PR.sekurang2nya ramai dah buka mata.
BalasPadam