22 Sep 2012

Dari Seorang Penjual Kelapa Salai, Akhirnya Menjadi MB Selangor

Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.

Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).

Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.

Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.

“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.

“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.

Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.

Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.





10 ulasan:

  1. Alhamdullillah. Orang Melayu bukannya lemah malah setanding bangsa lain di dunia ini. Mungkin ada segelintir mangkok mangkok melayu mamak yang cuba membahalol bangsa mereka sendiri.

    BalasPadam
  2. Simplenya isteri MB Selangor. Tahniah Datuk Khalid.
    Doa saya agar Datuk terus membimbing Selangor Darul Ehsan.
    Inilah baru contoh isteri Pemimpin yang sebenar.

    BalasPadam
  3. Bhai Greenboc..

    Gua berbangga pernah berkhidmat dibawah pengurusannya sewaktu di Guthrie Technologies Sdn Bhd....

    BalasPadam
  4. lagi bagus jika buku ini di beri tajuk Si Gagap yang Hebat (the great stutter man) yang akan menyindir puak2 UMNGOK dan lembu pencacai mereka!! Tajuk ini akan menjadi tarikan walaupun YAB MB Selangor ada kelemahan fizikal tetapi beliau seorang yang tetap hebat dalam mengurus negeri.

    BalasPadam
  5. Melayu UMNO penjilat + Melayu Keling MAMAK...tak boleh TENGOK...Melayu ISLAM + Melayu JUJUR....berjaya...maka TERPELANTING lah ANWAR dgn the ISLAM geng...dari UMNO...di gelar pulak PENGKHIANAT...setelah puas di JILAT...masa ANWAR dalam UMNO...

    BalasPadam
  6. insyaAllah akan saya beli buku beliau.

    BalasPadam
  7. Saya pun rasa nak beli juga buku tulisan beliau.Bagi diriku, beliau adalah seorg korporat yg berjaya dan cekal.

    Walaupun saya ni seorg yg suka kerja bwhn ala2 sosialis, tetapi saya tetap mengagumi Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorg yg cekal dan berjaya.

    p/s:Sampai bila aku nak keja bwhn je, takde cita2 besar ke?? kehkehkeh.......

    BalasPadam
  8. Bah kata pepatah bersusah - susah dulu bersenang - senang kemudian. Kebanyakkan pemimpin yang baik adalah pemimpin yang pernah merasa kesusahan hidup semasa dia kecil dan muda. Jadi pemimpin macam ini memang faham akan kesusahan rakyat. Berbanding pemimpin yang dari kecil dan muda sudah hidup senang sepertimana kebanyakkan pemimpin UMNO, diorang tak akan faham kesusahan rakyat kerana mereka belum pernah merasa kesusahan sebelum ini.

    BalasPadam
  9. Syabas dan tahniah...saya pernah diajar ilmu metametik Tan Sri semasa di SMART KUANTAN termasuk oleh isteri beliau Cikgu Salbiah...guru Ilmu Alam....
    Saya bangga dgn anda berdua kerana apa pesanan anda kpd saya telah memperkasakan saya seorang anak papa kedana (1960an)menjadi anak yg berjaya...diikuti anak sulong saya pula...insyallah.
    SEMUGA ANDA BERDUA BERJAYA DAN ALLAH MEMBERKATI ANDA....hj.al-wahab al-abdullah SMARTIAN 1972-1976

    BalasPadam
  10. Aku trut brbnga dgn TSKI!
    Klu la x krna tkanan politik hnga bliau sndri msuk dlm politik & brjuang brsma Pakatan Rakyt, rkyt x akn knal bliau!
    Klu dia dok dlm hemegoni UMNO, rkyat ttap menilai bliau sbg Umat Melayu Naif Otak nya!
    Akn diperkuda oleh UMNO ntk mnambahkan lgi saham kemungkaran Umat Melayu Naif Otak! Yg haram dikata halal!
    TG Nik Aziz dsamakan khinzir, hina Hudud tnpa rsa brdosa, cerca sunnah rasulAllah tk rasa brsalah pun, pecah amanah rasuah & mnylah gunakn kuasa smkin brleluasa,
    umpat keji sumpah seranah sntapan harian mrka tpi mngku juara bngsa, agma & negara
    Aku ykin, ramai lgi mlayu2 yg pintar tpi pnuh ksedrhanaan yg layak jdi pemimpin dl PR!
    Kalau x percaya, jom pakat2 tumbangkan UMNO Umat Melayu Naif Otak Be End pd PRU 13 nanti!
    Menangkn ABU ABU ABU....
    Wajib nyahkan Be End!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.