30 Sep 2012

[BERGAMBAR] Siapa Gerangan Yang Datang Bersahaja Kunjungi TG NIk Aziz Itu?



Tuanku Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota menziarah Menteri Besar di Pulau Melaka. Selepas bertemu Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota sempat mendirikan solat berjemah bersama-sama Tok Guru di masjid Pulau Melaka.

Biarlah orang kata Kelantan negeri miskin, janji rakyat Kelantan dapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat dengan tinggi perkerti agama serta kerajaan yang dipemimpin oleh seorang ulamak yang kaya dengan akhlak dan ilmu.

Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah.> Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya
. -HD



16 ulasan:

  1. majulah kelantan bersultankn sultan yg tawaduk dan bermenterikan menteri besar yg zuhud

    BalasPadam
  2. Aku selalu baca & dengar ttg segelintir raja2 Islam dulu2 yg berjiwa rakyat, bergaul dgn rakyat tanpa dibatasi protokol.. la ni aku berkesempatan hidup di zaman di mana seorg raja ala2 raja2 tu.

    Kalau kita ni letakkan Allah no 1, then Rasul, insyaAllah kita tak takut pada apa manusia atau adat2 yg kadang2 mengarut kata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku guru sejarah. Dalam Sejarah Melayu ada menyebut Sultan Alauddin Riayat Shah menangkap pencuri pada waktu malam. Moral storynya raja2 dulu ada yg berjalan malam meninjau sendiri kehidupan rakyat.....terserempak pencuri...ditangkapnya laa....

      Padam
  3. terharunya gbr2 sultan kelantan dan bersama tuanguru...sy cemburu sgt kerana sy asal melaka ..skrg ni diphg..selalu di n9 dan johor xdpt pemerintah2/raja mcm ni..untungnya org2 kelantan.

    BalasPadam
  4. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

    BalasPadam
  5. Semoga Allah SWT merahmati kedua-dua pemimpin tersebut

    BalasPadam
  6. Ya allah.... Aku bersyukur di atas anugerah mu iaitu dapat melihat seorang raja yang hebat. .. Selama ini hanya mendengar dan menbaca sahaja.... Tahniah orang kelantan....

    BalasPadam
  7. Kaum kerabat raja2 di negara ini sewajarnya tidak lg menjadikan barat sebagai destinasi utama untuk tujuan pendidikan waris2 mereka krn itu merupakan agenda musuh islam yg mahukan umatnya jauh dr islam termasuk juga pemimpin2nya...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. X macam negeri aku Pahang ni. Sultannya mmg kadang2 x protokol jgk dan menyayangi rakyatnya tetapi dalam waktu yang sama, banyak khazanah negeri 'disapu' atau digadai kpd cina tempatan atau warga asing. Seolah2 apa yang dilakukan selama untuk menunjukkan kasih kpd rakyat, hanya lakonan semata2 utk mengelabui mata rakyat.

    Semoga apa yang Sultan Kelantan ini lakukan menjadi contoh dan tauladan kpd Sultan2 dan Raja2 di Msia ini. 'Takkan hilang ular jika menyusup bawah akar sekali pun'

    BalasPadam
  9. Ular menyusur akar...
    Jelas di hadapan mata dapat kita lihat mulianya seorang sultan. Moga-moga Allah memelihara baginda, negerinya, pegawai-pegawainya dan rakyat jelata Kelantan dari segala bencana; baik bencana alam maupun bencana dari tangan (serta mulut) manusia yang sentiasa menyimpan hasad dan dengki.Semoga panjanglah usia baginda dan hidup berbahagia dengan segala kaum kerabat dan rakyat baginda.
    Tentang cerita raja-raja negeri lain tu yg tidak disertai dengan bukti tak payahlah kita panjang-panjangkan. Doakan saja semoga mereka dirahmati Allah dan ditunjukkan jalan yang benar. Amin.

    BalasPadam
  10. Selepas menulis lebih dari 100 patah perkataan, tibalah masa untuk publish comment aku. Lalu aku tuliskan nama aku di ruangan yg disediakan. Kemudian untuk membuktikan bahawa aku bukanlah robot lalu aku tulis balik huruf-huruf yg ditayangkan. Akhir sekali aku klik butang "Publish your comment." Aku pun klik. Tapi tak diterima, katanya aku tak tulis betul perkataan-perkataan yg dipaparkan. Lalu aku cuba lagi. Klik! Tak berjaya juga. Entah berapa kali aku cuba namun tak juga diterima! Amat mengecewakan sebab comment yg aku tulis tu indah sekali bahasa dan isinya. Aku cuba lagi. Juga tak berjaya. So, aku tulislah luahan rasa hati ini. Frust! Frust! Tengoklah, kalau tak berjaya juga maknanya aku kena pergi Mumbai buat filem untuk mengisahkan pengalaman aku menulis comment di halaman blog Kelab Greenboc ini. Shahruk Khan boleh jadi heronya...

    BalasPadam
  11. ALLAHUAKBAR. SEMOGA ALLAH MELANTIK PEMIMPIN BEGINI MEMERINTAH MALAYSIA

    BalasPadam
  12. Beginilah pemimpin yang menjaga rakyat, bukan yang menjadikan rakyat makanan mereka

    BalasPadam
  13. alhamdulillah org kelate bertuah bersultankan tuanku mcm tuh

    teringin nak tgk sultan aku, sultan johor dan tmj berakhlak mulia dan menghormati ulama, merendah diri dan bersopan santun. Semoga aku tidak berangan2 aje.

    BalasPadam
  14. Mengharap sultan kelantan jd agong nti ..pasti srnk rakyat malaysia..smoga batil akn hancur..

    BalasPadam
  15. Tengok sampaikan sultan pun hormat dengan TGNA. PM bila lagi kau nak dapat penghormatkan sedemikian? kau tak jemukah balik - balik dipandang rendah oleh Rakyat?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.