8 Sep 2012

[BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Diserang Lagi, Kali Ini Di Jasin Melaka

Jasin: Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.

Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kini percaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.

“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” katanya.

Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.

Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.

Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.

Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. _KD

BAS jelajah Anwar disimbah cat lagi

Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.

''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.

Anwar: Samseng makin berani & biadap

Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.

''PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang," katanya lagi.

Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu.

''Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!'' tulis Anwar.
-mk















5 ulasan:

  1. macam tu pula, pemimpin hangpa pun tak boleh mai kampung kami

    BalasPadam
  2. Jenis manusia samseng yang macam ni yang Hassan Ali dan Nasha tertarik????
    Memang bangang.......

    Lepas tu nak ajak bekerjasama pulak tu dengan dia orang???
    ha..ha..ha...
    Memang bengong

    Jenis manusia yang macam ni, jenis samseng yang macam ni nak bekerjasama????
    Purghhhhhh.....
    Betul2 melepas kan anjing tersepit ja tau....

    BalasPadam
  3. Muka2 melayu samseng yg tak ada masa depan. Kalau umno lingkup dia orang pun akan lingkup sekali. Kalau umno maju dia orang tetap macam tu jadi rakyat kelas 3.

    Kat bandar tak ada dah melayu macam ni. Kalau ada pun boleh kira dgn jari. Kemajuan melayu bandar adalah atas daya usaha diri sendiri tak kira siapa perintah

    BalasPadam
  4. Biarkan kesan cat tu.... jangan di cuci.

    BalasPadam
  5. Masya'Allah
    Orang Orang Melayu menyemak sebegini yang memalukan seluroh Melayu di mata bangsa asing. Muka benggap alinat otak bahalol hanya menyekat rezeki ke perut sendiri, siapa nak ber kelibat dengan golongan bodoh untuk maju ke hadapan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.