17 Sep 2012

Benarkah Suspek Pijak Foto Nik Aziz & Guan Eng Sudah Ditahan?

Suspek pijak foto Nik Aziz, Guan Eng ditahan

KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Mana suspek yang ditahan?

Apakah ini hanya satu retorik Kementerian Dalam Negeri untuk buktikan kononnya KDN tidak pilih kasih?

Apakah KDN mahu kencingkan rakyat satu malaysia?

Rakyat belum dapat lagi menerima berita tersebut sebagai benar selagi suspek belum didedahkan dan didakwa!

Kelip-kelip di sangka api,
kalau api mana puntungnya?
Suspek kencing sudah ditahan menteri
jika ditahan mana buktinya?


9 ulasan:

  1. aku musykil...aku musykil, ni mesti tipu punya. Hoi menteri bodoh... jangan kau ingat kita rakyat ni bodoh macam ko gak.Dasar jenis melayu berkawan dengan setan yang dikenali......

    BalasPadam
  2. Hei hisham mu bukan tuhan,kenapa aku mesti percaya cakap mu.......
    Cakap manusia ni kena amalkan"Seeing is believing"

    BalasPadam
  3. Sekarang apa orang umporno cakap orang dah tak peracayee dah... kenapa? Tak peracaye ke....

    BalasPadam
  4. memang dah kenali ,memang dah di tahan ,memang dan disiasat , memang inilah cara UMNO/BN/APCO dan sekutunya bekerja. Asyik2 memang , sebab memang rakyat malaysia memang kena tipu dan dibodohkan selalu. Kenapa memang ,sebab memang dari dulu ,kini dan selamanya suka berkawan dengan syaitan yang dikenali.

    BalasPadam
  5. Tipuuuu...!!! Jgn tipu rakyat.. kami bg korng mkn bukan utk menipu kami..jgn jd syaitan yg d kenali..

    BalasPadam
  6. "Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara."

    Ini cakap lancau! Siapa yang mengancam keselamatan negara? UMNO dan PERKASA lah yang mengancam keselamatan negara. Kalau nak tangkap dan ditahan di bawah ISA, samseng-samseng PERKASA dan bapa samseng Hishamuddin lah yang patut ditahan.

    BalasPadam
  7. GB MOHON DEDAHKAN PENGHINAAN INI..KITA BERTINDAK UNTUK LIHAT TINDAKAN POLIS ADIL ATAU TIDAK

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=492850814073102&set=a.163707420320778.36979.163629210328599&type=1&theater

    BalasPadam
  8. salam... kalo betul dah ditahan, tunjukkan la muka-muka pesalah tu di muka depan akhbar-akhbar perdana Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, TV1, TV3. Jangan cakap 'memang' jer.... dan mesti diadakan pertuduhan dan perbicaraan dijalankan, jangan nnt dilepaskan 'dengan syarat berkelakuan baik' seperti dua orang perogol yang telahpon dibebaskan tu...

    BalasPadam
  9. anon 2:48

    Saya sudah melihat gtambar tersebut tetapi tidak sanggup untuk menyairkannya di blog ini.

    Biarlah pencipta gambar tersebut dihukum oleh Allah swt.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.