4 Sep 2012

Ada Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar

Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa).

Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu.

Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu.

Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

“Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya.

“Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya,” kata beliau.

Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar.

Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat.

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, satu tayangan video telah dipertontonkan kepada para wartawan membuktikan tiada sebarang tindakan provokasi terhadap Perkasa oleh para jemaah yang mengikuti tazkirah di Masjid Al-Hussain itu.

Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar juga langsung tidak menyentuh isu-isu berkaitan politik melainkan perkara yang menyentuh ajaran agama Islam semata-mata.

Bagaimanapun, kehadiran Anwar di masjid tersebut untuk sembahyang berjemaah bersama masyarakat setempat dan menyampaikan tazkirah telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan ahli dan penyokong pertubuhan Perkasa. -selangorku





Sebaran di perlukan!

Ini lah muka-muka wanted yang menyerang masjid Pumpong tempoh hari (Perkasa Kota Star / kunon2 orang kampung sana), Sila kenal dan hadamkan muka mereka..

Tahu apa perlu anda buat? Tahukah anda apa itu kuasa rakyat majoriti yang paling Kerajaan takuti..?

Anda pulaukan mereka.. Insyaallah mereka akan sedar!
Jika mereka berniaga boikot kedai mereka..
Jika mereka jemput kenduri jangan pergi..
Jika mereka perlu beri salam cukup jawab dalam hati..
Jika dia sedang hadir kedai makan yang anda sedang makan sila bayar cepat kedai tersebut, bayar dan tinggalkan dia.
Jangan bersembang atau berborak dengan mereka.
Jangan beri muka anda kepada mereka.
-erapasca


8 ulasan:

  1. Perabgai cam haramjadah je la penulis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nie salah sekor ahli perkosa...

      Padam
  2. Muka beruk melayu yg tak pernah pergi sekolah. Itulah dia puak pekida dan perkasa.

    Dah lah bongok, bangang pulak lagi.

    Hidup tanpa pelajaran akan sentiasa merempat bergantung pada subsidi umno dan kerajaan. Pasal tu bodek kuat.... sebab bodoh tak ada kerja

    BalasPadam
  3. Saya sangat simpati melihat raut wajah, fitrah dan saksiah diri mereka ini. Kerana habuan dunia yg sedikit mereka terpaksa menggadai agama untuk bangsa. Bangsa tanpa agama adalah bangsat. Orang2 yg malang ini andai kita berkeras dgn mereka pasti mereka mudah melatah dan patah lantaran jiwanya bukan lagi rebung tapi buluh yg keras kematu. Mereka tak punya jiwa merdeka lantaran kehitaman hati mereka menjajah perilaku, dhamir dan nurani mereka. Hanya satu formula membaikpulih mereka iaitu pemurnian akidah!

    BalasPadam
  4. kalau bab PR cepat je...semua nak jadi hero si perkasap2 ni..kalau pihak lain semua pengecut.... mati hidup semula aku tak join perkasa ni...mentaliti di bawah kaki..

    BalasPadam
  5. Pekida ka pakkuda... Bodo la ... Ampa dengaq la dulu apa nat cakap...politik ka agama ka... Mana perjuangan alip ba ta ampa? Buang alip tinggai ba ja kaaaaaa.... Awat ampa junjung surat habaq cina ka masa beah dulu? Bodo x tau di ajaq... Buat busuk nama keluarga... Chuuiiiihhhh...

    BalasPadam
  6. tengok muka puak2 perkosa ni x der nur langsung... surau diserang, mana adab pun aku x tau...dah macam yahudi je gaya...rasa2 puak2 tu ke surau pun x pernah...nak makmurkan masjid macamana kalau akhlak macam cipan...
    tu yg baling sandal tu aku rasa tuhan bagi cash hilang tangan atau kena kurap babi tu...

    BalasPadam
  7. Inilah kuncu2 syaitan yg dikenali,polis bila lagi nak tangkap mamat2 perkosa ni,nilah perosak agama .

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.