13 Ogo 2012

[WASPADA] Berhati-Hati Ketika Membeli-Belah, Beg Tangan Ditoreh!

Dalam keghairahan orang ramai terutama kaum wanita membeli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini, mereka diingatkan supaya tidak leka dengan perbuatan jenayah seperti menyeluk saku dan ragut.

Anggota Jawatankuasa Biro Keselamatan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Abdul Rahman Sulaiman menasihati kaum wanita agar tidak memakai barang kemas dan berharga serta membawa beg tangan yang terlalu besar kerana ia boleh mengundang bahaya.

“Kita tangkap beberapa warga asing yang menoreh beg tangan pengunjung dengan menggunakan pisau kecil dan mencuri barangan berharga seperti telefon bimbit dan beg duit.

“Saya anggarkan antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung datang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India bagi membuat persiapan Hari Raya dan mereka datang seawal jam 8 pagi,” katanya kepada Bernama.

Abdul Rahman berkata, anggota persatuannya bergilir-gilir bertugas di kedua-dua kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan pengunjung.

“Kami bertugas 24 jam sehari dengan 10 orang bersiap sedia di tempat khas kami bagi menjaga keselamatan pengunjung serta kira-kira 400 penjaja,” katanya.

Persatuan itu yang ditubuhkan sejak 2007 sentiasa berkerjasama dengan Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Polis Diraja Malaysia bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Seorang pengunjung Nur Baiti Bukhari, 29, dari Damansara Damai berkata, beliau mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar itu sempena cuti hujung minggu. –BERNAMA

7 ulasan:

  1. wah. penjenayah makin hari makin bijak dalam melakukan jenayah. selagi pihak polis tidak dibuka minda untuk jadi bijak selagi itu kadar jenayah tak akan turun - turun.

    BalasPadam
  2. kes jenayah semakin m'bimbangkan...camane hishamuddin konfiden statistik jenayah tahap ok memuaskan...sepatutnya, polis perlu amek tindakan lbih serius...tugas tangkap/kawal kes jenayah, jaga keamanan dan bukan sebaliknya...

    BalasPadam
  3. ini ler bahana PATI dan PADI yg ramai dok mai kerumun malaisia nie !!
    gomen bagi muka sangat sangat...tu pasai depa dah jadi liabiliti kat warga tempatan....
    bila mau selesai daa semua nie?
    aku dah menyampah betoi dgn depa nih?
    punca jenayah banyak mai dari depa....
    ingat ABU......

    kah kah kah

    BalasPadam
  4. PDRM LEBIH AFDAL(BUKAN MANGKUK AFDAL UMNGOK TU )UNTUK GANGGU DEMO YANG AMAN DARI MENCARI PENJENAYAH TEGAR ! MACAMLAH KES JENAYAH NI RINGAN DAN BERDEMO MINTA BERSIH DALAM MENGUNDI LAGI AMAT BAHAYA ! APA PUNA TURR ! ABU SAJA JAWAPANNYA !

    BalasPadam
  5. PATI juga menyebarkan beberapa jenis penyakit berjangkit.

    BalasPadam
  6. pemimpin UMNO aman rakyat hidup dalam ketakutan

    BalasPadam
  7. fakta jenayah menurun adalah cara UMNO menipu rakyat, sedangkan makin meningkat

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.