28 Ogo 2012

[VIDEO] PM Ini Tak Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya

Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, memuji masyarakat Melayu/Islam atas kemajuan besarnya sejak negara mencapai kemerdekaan.

Kemajuan ini kata beliau, harus didukung masyarakat Melayu/Islam selain terus berganding bahu bagi menghuraikan isu-isu masyarakat secara harmoni dan bersepadu.

Berucap dalam bahasa Melayu, Encik Lee turut mengalu-alukan pencapaian golongan belia Melayu/Islam, menyifatkan golongan itu sebagai harapan bangsa yang sedang menunjukkan prestasi yang baik.

“Memang tidak boleh disangkal lagi anda sudah mencapai kemajuan besar sejak kita merdeka,” kata Encik Lee di Rapat Hari Kebangsaan, malam tadi.

Berucap di Pusat Budaya Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, Encik Lee menyenaraikan beberapa contoh belia Melayu/Islam cemerlang.

Antara contoh yang beliau kemukakan ialah dua penghuni Rumah Tumpangan Darul Ma’awa – Encik Sufian Anwar dan Encik Zulfadli Nazaluddin.

Encik Sufian seorang pemain bola sepak pasukan Singa XII manakala Encik Zulfadli pula penganalisis satelit SingTel lulusan politeknik yang kini mengejar ijazah di NUS.

Perdana Menteri turut menukil kisah Encik Muhammad Kamal Jauhari Zaini, yang ketika remaja, gemar menghisap rokok, ponteng sekolah dan sering dirotan.

Beliau berubah dan baru-baru ini lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama dan menerima Pingat Emas Lee Kuan Yew.

Seorang lagi yang menerima perhatian Perdana Menteri dalam ucapannya ialah penerima Biasiswa Presiden, Aidil Hakeem Mohamad Rafee.

“Semua kejayaan ini terpampang depan mata kita. Ia membuktikan orang Melayu boleh melakukannya,”ujar Encik Lee.

Ucapan Perdana Menteri dalam bahasa Melayu awalnya menyentuh mengenai hala tuju negara ini dan bagaimana masyarakat Melayu/Islam dapat maju bersama.

Encik Lee berkata, dalam mengejar kemajuan, negara perlu menghuraikan masalah utama iaitu kadar kesuburan yang rendah.

“Pemerintah akan cuba sedaya upaya menggalak pasangan-pasagan supaya berumah tangga dan mempunyai anak.

“Pendek kata saya berharap dapat mendengar lebih banyak paluan kompang dan tangisan bayi daripada anda tidak lama lagi,” kata Encik Lee.

Perdana Menteri yakin rakyat inginkan negara ini kekal sebagai kediaman yang terbaik – yang membolehkan generasi seterusnya mencapai impian masing-masing.

Bagi mencapai matlamat itu, Encik Lee berkata negara ini harus mengamalkan dasar berbilang kaum.

Membuat gesaan sedemikian khususnya kepada badan-badan Melayu/Islam dan para aktivis Encik Lee berkata semangat gotong royong perlu dikekalkan demi kemajuan masyarakat yang sehaluan dengan kemajuan negara.

“Sebenarnya saya gembira kerana ramai yang berbuat demikian menerusi Forum Pemimpin Masyarakat (CLF).

“Anda harus kekalkan semangat gotong royong ini. Gunakanlah sumber dan bakat anda sebaiknya supaya kita dapat hasilkan kemajuan yang lebih bermakna.

“Bak kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat,” kata Encik Lee

Menyentuh mengenai budaya Melayu pula, Encik Lee mengumumkan pertandingan mereka bentuk bangunan Wisma Geylang Serai.

Beliau berharap masyarakat akan mengambil peluang memberikan idea bagi menjayakan projek tersebut. -BHS




Ulasan GB

Berbeza benar dengan seorang PM berbangsa Melayu sendiri di negara ini yang "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri....

Apabila dinasihat dan disuruh tarik balik makiannya itu, beliau enggan. Memang "haramjadah"lah yang menimpa kembali PM Melayu itu!

You get what you give.

4 ulasan:

  1. mr lee tuan pandai cakap bahasa melayu rupanya tahniah.

    BalasPadam
  2. tak sangka selama ini PM singapore gaji berjuta boleh cakap melayu, sedangkan pemimpin melayu umnok berlagak cakap english di depan rakyat..jenis tak sedardiri. ABU

    BalasPadam
  3. Salam GB..
    Seorang PM Singapura bangsa tioghua yang boleh dianggap berjaya, berkualiti dengan menguasai bahasa melayu dalam ucapannya dengan baik. Jika dilihat dalam ucapannya beliau mempunyai intergeriti yang tinggi untuk masa depan dan kebaikan rakyatnya. Malah mempunyai wawasan untuk membawa halatuju negaranya kearah yang lebih cemerlang bukan dengan mengharam jadah rakyatnya.

    BalasPadam
  4. Ucapan yang baik.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.