13 Ogo 2012

Ugutan Jamal Untuk Bertindak Agresif, BERSIH Bermesyuarat Malam Ini

Jawatankuasa Bersih akan membincangkan ugutan Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH.

Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk A Samad Said ketika dihubungi TVSelangor memberitahu satu mesyuarat akan diadakan malam ini.

“Asalnya kita hanya menganjurkan majlis berbuka puasa namun apabila perkara ini dibesar-besarkan maka kita akan berbincang lanjut mengenainya.

“Selepas perbincangan tersebut, saya yakin kita akan mencapai kata putus mengenai tindakan selanjutnya berhubung ugutan tersebut,” jelas beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.

Tambahnya, sebarang keputusan yang dicapai akan diumumkan oleh Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga kelak.

Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan akan menganjurkan ‘Himpunan Janji BERSIH’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun ini.

MTPKL bagaimanapun meminta gabungan NGO pimpinan Sasterawan Negara itu untuk menimbang semula cadangan mengadakan perhimpunan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran. -selangorku

NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH

Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut.

Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".

Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan.

Katanya, gabungan NGO tersebut akan mengadakan satu mesyuarat pada malam ini - yang dijangka akan membincangkan mengenai ugutan berkenaan.

A Samad Said sebelum ini berkata, perhimpunan berpakaian kuning pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dirancang untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.
Samad bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian.

Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk.

Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.

Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam.
-mk



Ulasan GB

Kita hairan di dalam negara ini dimana puak yang ada kaitan dengan UMNO begitu bebas mengancam dan mengugut orang lain tanpa sebarang sekatan. Malah tindakan samseng beberapa pihak berkaitan UMNO terus dibiarkan. Mereka seperti kebal undang-undang.

Jika hal yang sama disebut oleh PR, begitu pantas polis akan bertindak.

BERSIH perlu membuat keputusan membuat laporan polis terhadap ancaman dan ugutan MTPKL yang kita lihat samada polis akan bertindak atau tidak ke atas kumpulan ini.

Dan untuk seluruh rakyat, pastikan undi Pakatan Rakyat untuk ubah senario ini.

23 ulasan:

  1. kumpulan anti bersih@bersih 4 sah dr
    kumpulan LEMBU dicucuk hidung..sahkan
    antara perangai LEMBU-LEMBU dan yang
    dPERBODOHLEMBUKAN mana yang lebih teruk atau HINAA.

    BalasPadam
  2. Ini Mamat aaa dia taka ada lain jalan lagi so dia kena berpihak demi kepentingan peribadi and masa depan sendiri. Nanti lepas PRU aaa dia tau la dia punya nasib. Sana Sg Buluh dalam punya duduk, bikin ikan bakar juga.... Mana dulu punya janji mau kasi itu kereta ? Kasi macam2 alasan, sama lu punya pengikut yang IQ rendah boleh laa aaa.....cheeit !

    BalasPadam
  3. Tindakan Jamal Pak Ikan Tonggkol ini akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada parti melayu....UMNO....Tolonglah Hishammuddin Hussien...kau buat apa?....main telor ke?...cepatlah ambik tindakan pada malaun ni...kau nak Umno berkubur ke?...

    Dari...Ahli Umno yang cerdik sikit...Cawangan Bukit Antarabangsa.

    BalasPadam
  4. Nampak Encik Jamal nak cari pasal dengan ahli BERSIH. So nampak gayanya tak ada cara lain melainkan boikot restoran dia. Peniaga lain tiada komen pasal himpunan BERSIH tapi dia sajalah orang suka cara pasal dengan orang yang ingin menegakkan keadilan dan keamanan dalam negara ini.

    BalasPadam
  5. ini mamat ikan bakar dngn geng dia mari kita mark habis2 dia punye muka...pasni siaplah jumpa kat luar wa taruk lu punye..kow kow

    BalasPadam
  6. Inilah 'standard' orangx yang ada dalam UMNO. Jenis LEMBU!!!

    BalasPadam
  7. Beruk beruk macam ni lah punca negara huru hara. Tak kan melayu tak nampak lagi.

    Rendah sangat ke tahap pemikiran orang melayu ni?

    Sedih aku bila melayu bangang membangangkan melayu lain. Lepas tu melayu tahap IQ rendah ni sama sama terikut bangangnya.

    BalasPadam
  8. Wa manyak sokong Bro, mali kita boikot itu ikan bakar, kita makan ayam sama ikan rebus ha ha ha

    BalasPadam
  9. Dia ni cari makan dengan UBN, sebab tu takut sangat dengan perkara yang boleh menjatuhkan UBN. Bila dah takut fikiran dan perbuatan pun jadi carca merba.

    BalasPadam
  10. Wau....ada 98000 ahli!!!......apa lg pak Jamal.....bw la semua ahli tu ke dataran mlm 31 ogos ni.....sambil bakar ikan.....lawan BERSIH.....Ada Berani??!!!

    BalasPadam
  11. Ingt KL bapak dia punya..geng 98k termasuk indon2yg niaga kt chow kit,ibu /bapak ayam n termasuk gro2 sume...ingt kite takut ke jamal pak tongkol..jgn nti bg alasan xjd turun pulak..kah kah kah..hepi tgk org2umno ni mmbebel ni menanda kn kapal nk karam da..ksh kah kah

    BalasPadam
  12. Aku tau mcmana diorang dpt ahli..diorang buka booth di depan semuahouse n promo untuk sesiapa untuk jd ahli..tgk yg dtg muka mcm blurr jer..macai ni nk jd perhatian kot..nk jd national hero..puiii

    BalasPadam
  13. pembodek yg laparkan projek dr umngok

    BalasPadam
  14. Nampak gaya ahli ramai, bukan semua daftar sendiri, member yang tolong daftar. Entah2 ada yang hantu ! Cuba ajak semua 98000 tu pi berhimpun kat Dataran sempena 31 nanti... aku jamin nak dapat 10 ribu pun sakit. Belanja makan ikan bakar kot boleh naik sikit tu pun tak sampai 15 ribu. Ada Berani Pak Tongkol ?

    BalasPadam
  15. dah ugut cara terang pun tak dak tindakan di ambil ka.apa punya haprak.

    BalasPadam
  16. Jom ramai-ramai dataran Merdeka JANJI BERSIH malam sambutan merdeka

    BalasPadam
  17. kumpulan samseng kroni UMNO buat apa pun boleh, tapi rakyat akan bangun

    BalasPadam
  18. lawan tetap lawan, JANJI BERSIH secara aman, UMNO pengacau supaya tak aman

    BalasPadam
  19. dulu guna PERKASA, tapi PERKASA pengecut, sekarang pakai lembu UMNO

    BalasPadam
  20. teruskan kempen boikot bisnes dia!!!!

    BalasPadam
  21. Umno memang bodoh dulu kini dan selamanya,asalkan bukan umno kami ikut

    BalasPadam
  22. jijik betul politik umno bn neh.lawan tetap lawan

    BalasPadam
  23. Jamal Mat Tompoyang....geratak dan autarrr je lebih..tak de sape nak kesah.....Wauuu!!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.