Seksyen 114A: K'jaan sedang teliti, tiada cadangan pinda
Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan perdana menteri, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Katanya, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara.
Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam.
Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di Putrajaya.
Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang mekar dalam negara. - Bernama
Ulasan GB
Apa yang jelas dari laporan BERNAMA di atas, Rais Yatim masih cuba untuk "menyelamatkan" Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang dikritik hebat oleh rakyat dengan memberikan penafsiran beliau sediri terhadap "tweet" Najib.
Rais memang sudah diketahui memusuho warga siber, seorang yang begitu ketinggalan di bidang ICT tetapi menjadi menteri penerangan dan komunikasi.
Beliau mengharapkan sangat seksyen 114A dapat dikuatkuasakan kerana ada beberapa kes yang melibatkan beliau sendiri sebagai plaintif terutama di dalam kes rogol amah bagi menekan defenden dan warga siber yang lain untuk tidak menyebarluaskan lagi apa yang beliau dakwa sebagai "fitnah" itu.

114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru"
KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keterangan 1950 (Seksyen 114A) merupakan satu kejayaan kepada kempen yang dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), semalam.
Hasrat yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membuktikan kononnya beliau mendahulukan rakyat, sepertimana yang sering diucapkan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kempen yang disertai berpuluh-puluh laman web itu menunjukkan kerajaan sering meminda akta secara terburu-buru tanpa meneliti secara keseluruhan.
Sebelum ini banyak juga perkara yang dumum Najib untuk dilaksanakan terburu-buru namun terpaksa menarik balik selepas mendapat bantahan banyak pihak.
Ia termasuklah dalam isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Perjanjian Tukar Saham MAS-AirAsia yang akhirnya dibatalkan biarpun telah menelan kos yang besar.
Semalam, CIJ melancarkan kempen bantahan dalam talian, yang dikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet, yang disifatkan akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.
Kempen ini banyak dibincangkan di laman web rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.-HD
Ulasan GB
Apa yang jelas dari laporan BERNAMA di atas, Rais Yatim masih cuba untuk "menyelamatkan" Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang dikritik hebat oleh rakyat dengan memberikan penafsiran beliau sediri terhadap "tweet" Najib.
Rais memang sudah diketahui memusuho warga siber, seorang yang begitu ketinggalan di bidang ICT tetapi menjadi menteri penerangan dan komunikasi.
Beliau mengharapkan sangat seksyen 114A dapat dikuatkuasakan kerana ada beberapa kes yang melibatkan beliau sendiri sebagai plaintif terutama di dalam kes rogol amah bagi menekan defenden dan warga siber yang lain untuk tidak menyebarluaskan lagi apa yang beliau dakwa sebagai "fitnah" itu.
malang sekali Dato Rais, semua yg dibiat rencana menerima kritikan hebat. Sudah sampai masanya beliua berundur kerana zaman beliau telah berakhir. Sikap membodek Bossnya makan diri termasuk tema hari merdeka. Belau wajar mencari sisa didalam sungai yg kotor jambatan yg dibakarnya untuk sisa nyawa politik.Itu pun kalau jumpa..
BalasPadamMemang benor..sikap mmbodek bossnya mmg tinggi si Rais ni..tapi sikap mmbodek ni mnyebabkan bukan saje dia kena bahananya ttpi PM, UMNO dan BN pun kena..hasil kerja dari sikap mmbodek si Rais Yatim ni menambahkan kebencian rakyat dan membuka laluan kpd PR menghasilkn logo dan kata2 hari merdeka al ternatif
Padammungkin kah ini tanda2 BN dan UMNO akan.......
''Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu''
BalasPadamalamak, apa jenis statement ni?
dia ni antara dinasour yg masih berkeliaran dlm kabinet.
Menteri kabinet yang dah tak relevan.
BalasPadamAduhai.... masalah sebenar yg ada pada si rais yatim ni ialah sikap syok sendiri, angkuh dan kuat bodek. Ape je statement yg kuar dari mulut dia mesti wat org nyampah!!
BalasPadamalahai main wayang lagi pakcik2 kita nih yaa.....
BalasPadam