Pontian - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia, kawasan Pontian, kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang didakwa mengedar poster gambar beberapa pemimpin tertinggi parti pembangkang dalam keadaan memalukan.
Penyelarasnya, Mohammad Saiful Amri Saifullah berkata, pengedaran poster yang menggunakan pelbagai kata-kata kesat terhadap pemimpin dan parti pembangkang turut dikesan dibuang di hadapan sebuah sekolah rendah di Benut, di sini.
Menurutnya, poster itu diedarkan di kawasan pekan kecil di Tampok, Ayer Baloi dan Benut, sejak awal pagi kelmarin.
Mohammad Saiful Amri mendakwa, kira-kira 300 poster dijumpai sepanjang kerja pembersihan dan pengutipan yang dijalankan bersama ahli pertubuhan.
Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan, jumlah poster yang dibuang mencecah angka ribuan memandangkan pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai dan ahli pertubuhan.
Tambahnya, poster berkenaan seperti menghina perjuangan parti pembangkang apabila secara terang-terangan mempermainkan gambar pemimpin tertinggi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain.
“Selain gambar, kata-kata kesat yang sungguh memalukan kepimpinan tertinggi Pas turut ditulis di poster berkenaan yang jelas menunjukkan kebiadaban pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Lebih memalukan, perkara ini terjadi pada Ramadan dan sanggup diedar di hadapan sekolah rendah,” katanya kepada Sinar Harian, di Ayer Baloi, di sini, kelmarin.
Mohammad Saiful Amri berkata, poster berkenaan turut dicetak dalam saiz A4 atau seperti risalah bagi diedarkan dari rumah ke rumah di beberapa kampung dan kedai di kawasan pekan kecil, di sini.
Justeru, satu laporan polis di Balai Polis Ayer Baloi dibuat petang kelmarin, berhubung pengedaran poster itu.
“Kami mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari dalang pelaku pengedaran poster ini, memandangkan hal sebegini sudah terlalu kerap berlaku,” katanya.
Menurutnya, perkara sama berlaku pada awal Januari lalu, tetapi ketika itu bilangan poster yang diedar tidak banyak berbanding yang terbaru ini.
Tegasnya, pihak yang mengedar poster ini perlu bertanggungjawab dan segera berhenti daripada melakukannya, kerana tindakan mereka jelas menunjukkan taktik politik kotor. -SH

Ini mnunjukn bn dlm ketakutn..biar la dia dgn amalan dia,saat ilang kuasa hmpir tiba..
BalasPadamSah,BN mengalami keadaan panik yang terlampau. Mabuk mati kot...
BalasPadamParti pakatan tak pernah pun menghina parti BN tetapi BN boleh dikatakan hari - hari menghina parti pakatan rakyat. Tak apalah biarkan BN dengan amalan dia macam ini asalkan parti pakatan tidak mengikut amalan parti yang berpenyakit ini sudah. sebab kalau parti pakatan pun ikut maka parti pakatan pun tidak jauh beza dengan BN. maka itulah ada baik parti pakatan tidak ikut demi menjaga etika dan akhlak parti.
BalasPadamlembu yang kene sembeleh masa nak mati tu menggelupur sepak semua apa yg ada di sekeliling nya...
BalasPadamPihak yang mencetak dan mengedar poster berkenaan otaknya sudah buruk dan akhlak yang rendah.
BalasPadam