5 Ogo 2012

Memang Lembulah! Rafizi Didakwa Penjenayah Masih Bebas

Pelik, Rafizi didakwa penjenayah masih bebas

Pendakwaan Rafizi mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), dan Johari Mohamad mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia merupakan sesuatu yang pelik.

Hal ini kerana, melalui tindakan berani merekalah perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdedah.

Jika tidak, rakyat tidak tahu bahawa RM250 juta dana awam telah digunakan sewenang-wenangnya bagi projek National Feedlot Corporation (NFC), yang membabitkan syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita Umno merangkap senator dan menteri.

Saya sebagai rakyat sebenarnya tertanya-tanya bagaimana jumlah wang yang sebegitu banyak boleh dipinjamkan kepada sebuah syarikat yang masih mentah dalam perniagaan tersebut. Bahkan pinjaman tersebut tidak menyatakan dengan jelas kaedah pembayaran balik.

Berdasarkan kes ini, tidak mustahil kejadian yang seumpamanya berlaku membabitkan menteri Umno-BN lain. Patutlah kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan OSA yang diperkenalkan. Rupa-rupanya akta tersebut dapat melindungi jenayah mereka dalam merompak duit rakyat.

Pada masa yang sama, mereka akan menangkap dan mendakwa mana-mana pihak yang cuba mendedahkan apa-apa maklumat yang dikelaskan sebagai “sulit”.

Dalam kes NFC ini, Umno-BN menggunakan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) demi melindungi tindakan tidak bermoral mereka. Rafizi dan Johari sepatutnya diberi ucapan tahniah tetapi akhirnya didakwa kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Sudah hilangkah rasa malu Umno-BN sehingga sanggup merompak wang rakyat? Saya berharap rakyat bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum Malaysia menjadi muflis. -HD

Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
-mk



15 ulasan:

  1. Memang dari segi peraturan, Rafizi bersalah sebab mendedahkan apa yang tidak boleh didedahkan, Joe juga salah sebab bawa keluar maklumat !, ada akta yang melindunginya. Dari segi moral memanglah kalau tak didedah memang orang di luar tidak akan tahu. Betul kalau dikatakan bahawa penyelewengan akan dilindungi, dah peraturan macam tu nak buat macam mana ? SO HOW ????

    BalasPadam
  2. dah bagi maklumatlah tu... kalau bagi kat SPRM lagilah cepat ditangkapnya ....hai apa nak jadi dengan BN nih!....kita kena faham maklumat sulit tu apa dan maklumat penipuan tu apa.... kalau kitya dedahkan tentang keuwangan, profile dan sebagainya sudah tentu itu salah..tapi yang didefahkan itu adalah hal perkara berkaitan penyelewengan dan itu wajib di beritahu....kalu tidak lingkup wang rakyat nanti..

    BalasPadam
  3. sekarang dah jadi bimbang nak lapor jenayah, takut kita yang kena reman, bukan penjenayah

    BalasPadam
  4. lembu dipimpin oleh lembu, ikut undang-undang lembu,pengundinya juga lembu

    BalasPadam
  5. kami pemuda tak mahu undi BN, sebab lembu punya susu, sapi dapat nama altantuya

    BalasPadam
  6. umngok laknat haramjadah..cepat2 la pergi ke neraka.. babi negara punya kerajaan . hancurkan pemimpin2 umngok babi negara ini..semoga mereka semua masuk ke neraka jahanam.

    BalasPadam
  7. Biasanya kalau maklumat tersebut diberi kepada SPRM atau PDRM, maka ianya akan hilang tanpa berita.

    BalasPadam
  8. aku pernah buat repot polis sebab kereta aku kena langgar dari tepi oleh lori.. lori tue lari.. alih2 aku plak yg polis nak saman.. org lain buat salah org yg repot nk disaman. mcm tue lah lebih kurang ngan kes rafizi.

    BalasPadam
  9. Rafizi adalah HERO rakyat.
    Hidup DSAI dan Pakatan Takyat.
    PRU-13 - ABU

    BalasPadam
  10. Allah, Jadikan Kezaliman BN/UMNO dan pengikutnya yang terakhir .Amiiiiiiinnnnnnnnn

    BalasPadam
  11. aku tabik dengan keberanian rafizi mendedahkan scandal2 yang melibatkan pihak atasan,jangan jadi macam senatak izam.....jiwa hamba duitan..kaleh team disana hilang keberanian dan jadi macam kera sunbang.

    BalasPadam
  12. nak adukan pd SPRM?.. SPRM pun tak boleh pakai.. 2x5=10.. sama jew.. Kami sokong Rafizi kerana keberanianmu.. InsyaAllah Allah akan memberi pertolongan dan mempermudahkan urusanmu..

    BalasPadam
  13. inilah yang dikatakan kehidupan akhir zaman...kebenaran dihapuskan kemungkaran ditegakkan...bertaubatla sebelum terlambat..

    BalasPadam
  14. Nak harapkan Akta Pemberi Maklumat rahsiakan identiti pemberi maklumat mampus lah kita yang kena soal jawab dgn SPRM..kalau dah semua dokumen kerajaan sulit/rahsia macam mana nak dedahkan kalau ada penyelewengan..dlm Akta Pemberi Maklumat pun tak boleh tolong org yang dedahkan dokumen sulit..semakin bermaharajalela lah manusia2 ni merompak duit rakyat..bodoh punya akta..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.