30 Ogo 2012

MB Selangor: Sewa Bas Untuk PR Dibiayai Sepenuhnya Oleh Saya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SH



11 ulasan:

  1. Hebat MB selangor contoh yg tebaik untuk rakyat.

    BalasPadam
  2. Nak bagi cadangan...ok jgk bas complete set jadik kenderaan rasmi ketua negeri/negara & pegawainya..

    harga 1 bas lebih kurang harga merc/BMW tapi bezanya jimat sbb blh isi 30~40 org berbanding 5 utk merc. ingat kereta saja utk vip..bolh buat seat khas utk MB/PM. sewa stage & PA dah jimat lagi.lagipun jgn anggap polis hanya tau escort kereta shj..hehhe

    BalasPadam
  3. semoga allah merahmati segala pengorbanan menteri besar selangor...allahuakbar..indah sungguh allah menganugerahkan para pemimpin di masa kebangkitan agamanya....allahuakbar...

    BalasPadam

  4. Al-Marhum Abuya Ustaz Ashaari Muhammad peminpin jemaah Al-Arqam dahulu dah buat lama dah. Sape yang paling takut masa tuh..?
    Pihak mana yang berabis mengharam dan menyesatkan kumpulan jemaah berkenaan..?

    BalasPadam
  5. PAKAI DUIT SENDIRI PUN BARUA-BARUA UMNO-APCO SAKIT HATI MAU FITNAH ! YANG PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO-APCO PENYAMUN TARBUS REMBAT & SELEWENG JUTA-JUTA APA BARANG HARAM JADAH DIAM SATU REPOT PUN TARAK BUAT BODO JA ! ABU SAJA PENYELAMAT RAKYAT & NEGARA !

    BalasPadam
  6. Bagus.. tapi klu duit MB sorang2, die aje le yg dapat pahala.

    Pakat2 le kongsi2 minyak ke sesekali.. Tak mahal pun. Bukan nak pi konsert . Ni jihad juga. Amcam, ok tak saranan ambo ni?

    BalasPadam
  7. Orang-orang UMNO dengki sebab dia orang tak boleh buat macam tu, keluar duit sendiri untuk membiayai kerja-kerja parti. Lagipun, apa yang dia orang tahu hanyalah, "masyuuuk".

    BalasPadam
  8. Semoga kerja kebaikan yang dibuat TS Khalid diberkati Allah.

    BalasPadam
  9. Hanya air mata yang mengalir sebagai tanda kesyukuran kepada Mu Ya Allah yang melahirkan insan seperti MB Selangor. Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bagi menentang kezaliman UMNO/BN dan menegakan keadilan dibumi Malaysia. Amin!!!

    BalasPadam
  10. pinjam gambar..cun pulak bas ni

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.