10 Ogo 2012

Mahathir Tak Habis-habis Kutuk Pak Lah Untuk Tutup Kesalahan Sendiri

Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Kajian Merdeka Center bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.

Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.

Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.

Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.

"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.

"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dngan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. -SH

Ulasan GB

Itulah di antara perangai buruk Mahathir yang nyata, terus-terusan menyalahkan orang lain (Pak Lah) tetapi tidak mahu menyalahkan diri sendiri yang telah melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Sedangkan tanpa menyedari, hakikatnya, apa yang beliau hamburkan kini ialah memaki dan mengutuk dirinya sendiri kerana perlantikan beliau yang salah itu.

Nampaknya, Mahathir akan mati sebagai seorang pendendam dan sebagai seorang yang kecewa, dan berkemungkinan ia adaslah balasan dari sikap kediktatorannya sendiri yang tak pernah mahu diakuinya disamping keangkuhannya sehingga sanggup menempelak hukum Allah dan peribadi Rasulullah sewaktu beliau beriya-iya hendak menyerang PAS sewaktu pemerintahannya.

Dan jangan lupa beliaulah PM yang telah menyekat pembangunan ke negeri Kelantan dan menghapuskan royalti untuk digantikan dengan wang ehsan!

10 ulasan:

  1. Biasalah mamak tongkang ni... dh 22 thn jd PM dh buat taik byk2, lantik Pak Lah ganti dia pun sdri jugak yg lantik..dh tu kutuk2 pulak! ludah ke langit jatuh muka sendirilah.

    BalasPadam
  2. Saya doakan Tun M ini tidak meninggal dengan sikapnya sekarang ini. Selagi nyawanya belum sampai ke tenggorokannya, dia masih boleh insaf dan berubah. Semuanya dalam takdir ALLAH.

    BalasPadam
  3. marahkan pak lah dan menantunya...sape yg lantik pak lah...hehehe..rsolimp

    BalasPadam
  4. Dia terpaksa lantik Pak Lah kalau x, lama dah bungkusnya ameno. Kerana Pak Lah la PRU 2004 BN menang semula berbanding PRU 99. Dia bagi Pak Lah semasa BN dalam tenat dan nazak. Kerana si kutty ni la aku dah beralih kpd PR. Ramai orang yang seperti aku jgk. Allahyarham Fadhil Nor pernah berdoa supaya si kutty ni panjang umur supaya dia sempat melihat bencana yang beliau rangka sendiri. Ayuh kita merealisasikannya

    BalasPadam
  5. Amat bsetuju dgn pendapat di atas, DrM kutty lah yg bertanggungjawab penuh atas penghijrahan saya kpd PR. Kini saya semakin meluat dgn UMNO yg suatu ketika dulu merupakan sebuah parti politik kebanggaan saya..

    BalasPadam
  6. Penghujung pemerintahan Mahathir negara dah brmasaalah, rakyt dah muak dgn Mhthr dlm mmfitnah DSAI..rkyat dah mula nampak salah urus negara rakyat dah mula mmprotes d jalanraya...

    BalasPadam
  7. Masih tak sedar diri lagi si tua kutuk ni. Semua rakyat Malaysia dah tahu bahawa Mahathirlah yang merosakkan Malaysia dan partinya. Pak Lah dan Najib yang tanggung keburukan hasil perbuatan jahat Mahathir.

    BalasPadam
  8. Mamak kutty idup xsenng la ko byk duit tp tdo ngigau je..antu tuntut hutng ke..ha ha ha ha.,sernk tgk mamak ni bising ni mnunjukan ati xsenng..

    BalasPadam
  9. Bukak aib orang lain bagi meng'cover' aib sendiri, memang itu sunnah pimpinan umno.
    Jadi jangan pelik kalau hal begini berlaku dalam umno..

    Kalau kawan dia sendiri pon dia buat gitu..
    Kalau dengan orang lain....ta'wil lah sendiri.

    BalasPadam
  10. tak sedar rakyAt marahkan dia......dialak salahkan org lain..ada gak org camni

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.