7 Ogo 2012

Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan

Nusajaya, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

“Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

“Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut,” katanya. -hm

7 ulasan:

  1. adoiii...

    tu bahaya mkn pil2 ni..tk tentu apa bahan yg di letkkn dlm pil tu.

    nk wat cmne..kt malaysia ni..kos hidup tinggi sgt..nk beli viagra ..mmg lah mahal

    nk brg2 murah..TURUNKAN PARTI BRG NAIK (BN) next PRU

    cuba jer gel @ cincin.blh beli kt

    www.mykanda.com

    BalasPadam
  2. orang Nepal dan Vietnam tu bukan Islam kot? Istilah zina tak sesuai dgn depa ni..

    BalasPadam
  3. Tajuk tu tak kena...
    Tapi ada impact bagi mereka yg suka buat maksiat...

    BalasPadam
  4. Inilah salah satu budaya tak sihat yang dibawa oleh golongan pendatang. Maka itulah wajarnya kerajaan patutnya kenakan syarat kemasukan warga asing dengan ketat serta cegah golangan PATI daripada menceroboh masuk perairan atau sempadan negara, bukan beri IC dan beri warganegara Malaysia untuk menang pilihan raya di masa akan datang sebagaimana kerajaan UMNO buat sekarang ini.

    BalasPadam
  5. Kenapalah tak nasihat suruh nikah dulu baru berprojek?

    BalasPadam
  6. agak2 korang , islam dgn buddha suke ke perangai xsenonoh ni? hukum Allah SWT juga yg sesuai dgn naluri manusia mlangkaui batas kaum dan agama...

    BalasPadam
  7. Gerenti ke yang dapat warganegara mengundi UMNO??? Ntah2 depa undi PR juga..... Yg penting kita rakyat Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India atau yg lain2 tu buat kerja yang pati buat.....kerja kontrak buat bangunan ke...kerja di pasar borong ke....kerja membawa lori ke.....sekuriti guard ke........ Bila kerja-kerja tu dah dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri, maka pati2 takde kerja......so mereka tak datang ke Malaysia.......

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.