31 Ogo 2012

Hakim Dengar "Ceramah" Mat Sabu Di Mahkamah

Butterworth: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.

Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.

Gambar: Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam

Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.

Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.

Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.

"Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.

Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.

Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad. -HD

3 ulasan:

  1. Pra-kemerdekaan adalah zaman penjajah dan ketua negara adalah baginda Queen. Pasca-kemerdekaan adalah di bawah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Mat Indera adalah pejuang pra-kemerdekaan. Andaikata dia memberontak selepas merdeka, maka dia berperang dengan Yang Dipertuan Agong.Sebelum kemerdekaan adalah berperang dengan Penjajah. Hanya talibarut penjajah yang sayangkan penjajah...

    BalasPadam
  2. elok.. syabas Tn Hj M. Sabu...
    biar golongan jatuh hukum ni dengar...

    BalasPadam
  3. Hikmah disebalik dugaan, keperitan ditunjuk oleh Allah, dgn syarat semata2 kerana Allah, sabar & istiqamah.

    Teruskan berjuang semua sedara2 ku dlm Islam, mengajak & menegakkan kebenaran, kebaikan, kerana Allah PASTI diuji.
    Tak mesti hasilnya dpt dinikmati semasa kita hidup.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.