28 Ogo 2012

D.Dinesh Tak bersenjata, Tapi Polis Tembak Berkali-kali – Saksi

Petaling Jaya: Saksi tembakan rambang polis ke atas ahli perniagaan, D Dinesh, 26, memberitahu, mangsa tidak memiliki senjata ketika dikepung, juga tidak menyerang polis sebelum dia ditembak mati.

Mosas Kanesan, 23, yang berada beberapa meter di belakang Dinesh mendedahkan, ketika mangsa dikepung, polis preman melepaskan beberapa tembakan hingga terkena leher mengsa.

Menurutnya, pada kejadian 21 Ogos lalu itu, Dinesh yang merupakan anak bongsu ditembak sekumpulan anggota polis terbabit ketika dalam perjalanan untuk makan malam bersama enam lagi rakannya.

Beliau berkata, dua buah kereta Proton Wira dan Waja mengekori mangsa sebelum menyekatnya di hadapan lampu isyarat berhampiran Ampang Waterfront.

“Saya berada selang satu kereta di belakang mangsa. Ketika itu lampu merah. Tiba-tiba kereta Dinesh disekat. Ada seorang keluar dari salah satu kenderaan.

“Dinesh kemudian keluar dari keretanya dan ketika tembakan dilepaskan, mangsa berlari semula ke kereta. Lelaki itu terus melepaskan tembakan rambang.

“Saya terus memecut tetapi satu peluru terkena kereta saya. Cara dia menembak, kelihatan seperti mahu membunuh seseorang.

Jika saya tahu mereka adalah polis, saya tidak akan lari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.


Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ahli Parlimen Subang R Sivasara; Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan beberapa anggota keluarga Dinesh.

Versi polis

Polis bagaimanapun mendakwa dalam kejadian jam 2.00 pagi itu, mangsa dan beberapa rakan lain cuba meyerang polis menggunakan parang dan besi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi mendakwa, mangsa adalah anggota kumpulan Geng Viva Nanda 36 diburu polis berikutan terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan kumpulan lain di kawasan Flat 700, Pandan Indah.

Nazri mendakwa, pihaknya melancarkan gerakan mengesan suspek terbabit susulan laporan mengenai pergaduhan bersenjatakan parang di flat berkenaan hingga mencederakan tiga individu.

Dakwa Nazri lagi, dua kereta terbabit berjaya dihalang dan dikepung namun sekumpulan lelaki keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang, besi dan buluh.

Akibat tembakan itu, Dinesh dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum meninggal dunia dua hari kemudian selepas mengalami pendarahan otak. Dalam kejadian itu polis menahan empat lelaki.

Dinesh tak pernah terlibat jenayah

Seorang lagi saksi, Y Ilavarasen, 24, yang berada dalam kereta berlainan, menolak dakwaan kononnya Dinesh adalah kumpulan Geng Viva Nanda 36, sebaliknya menegaskan mangsa merupakan remaja yang baik dan tidak pernah terlibat jenayah.

Ilavarasen berkata, pada malam kejadian, mereka merancang untuk makan malam di sekitar Ampang selepas mendapat panggilan daripada Dinesh.

“Kami belum memutuskan untuk makan di mana. Mungkin di Restoran Steven Corner. Kami hanya mengekori kereta Dinesh untuk ke sana,” katanya.

Bapa mahu pembunuh dihukum setimpal

Sementara itu, bapa Dinesh, W Darmasena menggesa polis melakukan siasatan kematian anaknya dan mahu pembunuh tersebut diheret ke muka pengadilan.

“Saya mahukan keadilan untuk anak saya! Saya mahu mereka yang menembak anak saya dikenakan hukuman setimpal,” katanya. -KD

7 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin buat rakan seperjuangan sekeluarga.

    Ucapan yang sama juga kepada semua pengunjung di sini.

    suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kita mesti bawa perakam vedio sebilangan masa kita rakam bila ada sebuan atau kat mana je. bukan susah nak cam cid senang je

    BalasPadam
  3. Jagn hrp la nk dptkn keadilan selagi barisan nasional memerintah.... Mati katak la si india ni... Mcm kes2 yg lepas..

    BalasPadam
  4. Takziah buat keluarga mendiang!! Terpikir adakah selama ini,mangsa yg ditembak mati oleh individu yg tidak dikenali yg mungkin preman.. nak senang tutup kes kot.korg semua pun pnh dengar hal2 mcm ni.. tukang sapu tol blh tembak org nak byr tol.

    BalasPadam
  5. polis ada pistol.. ni bahagian tahan dan tembak... tutup kes..

    BalasPadam
  6. elok ditubuhkan badan siasatan bebas supaya semua jelas dan tiada lagi tuduh menuduh dan prasangka buruk.yang benar akan tetap benar.

    BalasPadam
  7. 1.jika mereka lepaskan tempakan dengan niat hendak bunuh taksemestinya hantar mangsa ke hospital.
    2.semua anggota polis crime branch dilatih tembak dengan sasaran betul sama ada melumpuhkan penjenayah/suspek dan mematikan pesalah.

    3.jika anda dia dan rakan2nya memiliki senjata tajam seperti laporan polis pasti Tean CSI ada bukti gambar yg diambil di tempat kejadian + pasti ada kesan jap jari....DIMANAKAH BUKTI TERSEBUT,ASK TO SUBMIT TO THE COURT.
    dan,
    apa buktinya dia tidak terlibat dalam pergaduhan, dan macam mana polis tahan mereka seperti atas maklumat orang flat disitu...dan arahan /mmaklumat gerakan balai polis...BUKTIKAN.
    -----------------------------------
    Kes yang sebelum ini, KUGAN... beliau memang kena belasah tetapi dia telah tidak maklum kepada polis yang bertugas dalam lock-up dan enggan mengambil makanan yang diberikan dengan motifnya apabila sakit tenat boleh admit di hospital dan memberi statement kepada doktor bahawa dia telah dibelasah dan statement tersebut forward to majistrit.
    tetapi apa yang berlaku adalah dia telah mati akibat internal bleeding dan sesak nafas.
    disamping itu anggota yang tahan akhirnya dapat hukuman yang setimpal.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.