Kulim – Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.
Gambar: Eng Khim ketika melihat keadaan lelaki terbabit.
Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.
Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.
“Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. “Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.
Aku cuma mahu makan saja,” katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.
Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.
“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.
“Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.
“Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?,” katanya.
Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.
Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima. -SH
Ulasan GB
Demikianlah...
Allah menguji mereka yang berpuasa, yang berbuka, yang berterawih dengan didatangkan seorang hambaNya yang dhaif untuk meminta sedikit makanan. Rupa-rupanya mereka yang berpuasa, yang berbuka, yang berterawih itu menghalaunya.
Binatang sekalipun jika kelaparan wajib bagi kita untuk membantu inikan pula seorang manusia sekalipun bukan Islam....
Apa ertinya ilmu dan amal bertimbun-timbun jika di sana tiada sifat peri-kemanusiaan? Itulah sebabnya mengapa perlu sentiasa koreksi bab HATI!
Jangan sampai nanti ilmu dan amal dicampak Allah ke tepi dan kita di campak ke dalam api.

dalam situasi ini perlu gunakan fikiran dan perasaan kasihan...salah satu tujuan berpuasa ialah merasai keperitan hidup orang miskin tapi jika telah dihalau berpuasakah orang yg berpuasa itu?...."berapa ramai umatku yang berpuasa tetapi tiada puasa baginya..yang dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja.
BalasPadamkalau benar seperti apa yg dikata oleh pakcik yg amik kuih tu... tak tau nak cakap camna puasa org yg menghalau pakcik tu... ishhh...
BalasPadammalu weiiiii... org Islam cam ni....
berpuasa konon untuk merasai bagaimana orang susah menanggung lapar... namun bila orang yg betul2 lapar memerlukan makanan hanya untuk seketul dua kueh sanggup di halau dari surau.
BalasPadamMANA SIKAP PRIHATIN UMAT ISLAM? benarlah kata sesetengah orang jika melihat keadaan umat islam hari ini orang tak akan masuk islam. di tempat yang dikata rumah allah manusia islam sanggup berlaku tamak dan bakhil.
MEMALUKAN ISLAM
Bhai GB...
BalasPadamBerpuasa, berbuka, bertarawih serta bertadarus tidak menjanjikan manusia itu beriman...
Yang menjadikan manusia itu beriman aderlah dier sedar siapa dier dier dan aper tujuan dier dihidupkan dimuka bumi ini...
Maaf cakap... perkara macam nih dah biasa dah gua tengok kat banyak masjid dan surau... tambah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia...
Di dalam Kitab RaudhulUlama’ada menyebut tentang berbagai cara ujian Allah kepada kita termasuklah tentang cerita di atas.
BalasPadamFikir fikirkanlah wahai umat sekelian.
Klu lapar nak makan, beri lah ape yg ade tu.
BalasPadamKdng2 kita didatangi mereka yg katanya nak beli makan, tapi dia beli arak, no ekor, rokok atau dadah.
Nak beri ke tak?
Klu aku, aku tak beri duit, sebaliknya belikan makanan. Tapi kadang2 dia tak nak makanan, sbb bukan tu tujuannya minta duit.
Majoriti umat Islam diakhir zaman menjadikan puasa sebagai pesta makanan, bukannya sebagai bulan beribadah.
BalasPadamAlangkah ruginya Umat Islam yang berpuasa tanpa ilmu.
belum tentu yang berpuasa dan ke surau & masjid sudah diterima keimanannya......
BalasPadamjangan ingat berpuasa penuh kemasjid, surau x tinggal dah gah urang alim konon, baru kena duga ckit dah lupa diri...sarban kasi cabut kupiah kasi tanggal lebai kasi buang
BalasPadamgagal dakwah kita...kalau tidak bertambah sorang lagi penganut Islam...subhanallah...
BalasPadamwow...kerana beberapa ketul kuih...beringatlah kepada yang masih mempunyai nikmat yang dipinjamkan....
BalasPadamhasil aduan orgramai?
BalasPadamdah tentu org masjid.
Islam kepala bana apa mcm ni?
dihalau oleeh org islam malah akan dihantar ke pengadilan tetapi siapa yang mempertahankannya dan lebih memahami...apa agamanya...kuihnya lebih bernilai dari imannya...kisah tauladan untuk kita merenung sifat munafiknya kita....ya Allah ampuni kami
BalasPadamsedih siot................
BalasPadamMungkin orang yg curi kuih itu adalah malaikat yg nak menguji jkk masjid dan jemaah yg hadir.
BalasPadamAkan dipersaksikan di akhirat kelak.
Ada juga org islam ambil makanan lebih dari sepatutnya, tidakkah dikira mencuru?
Nak kongsi pengalaman, baru tadi ana park keta kat stesen minyak nak keluar duit kat ATM.
BalasPadamTiba2 ade keta park sebelah ana, pempuan muda bkn Islam sengih2 kat ana, & panggil ana. Ingatkan dia nak ape, rupa2nya dia kata tangki minyak dah kosong, dia tak de duit nak isi minyak. Ana tengok mmg signal lampu minyak dah nyala.
Action spontan, ana tanya dia sambil senyum juga, biasa ke buat keja cam ni, dia kata tak. Ana teringat post ni, lantas tanpa banyak soal lagi ana huluq RM10.
Selepas ucap tima kasih, dia bole tanya ana pose ke tak? huhu..
Alangkah rugi nya yg kat mejid tu termasuk le ajl n segala pegawainya...bukn ke itu pahala bonus tuk depa kat situ? kalo kita paham.zatNYA,afaalNYA n asmaNYA..makanya zahir nya insan tp yg mngerakkn hati n kaki p/cik tu adalah DIA sbgai ujian > semua kat mejid tu..tul la posa.terawih lum tentu g bole buka mata hati...kalo tadak hidayahNYA..
BalasPadamIkut hudud orang mesjid patut kena rotan
BalasPadamorang yang halau tanpa fikir tu sbb dia islam keturunan bukan penghayatan..
BalasPadamorang2 masjid di situ memang layak digelar munafik sahaja...jangan anda ingat anda sudah bertakwa tapi hubungan sesama manusia anda butakan kedua belah mata...di akhirat menjawablah dengan Allah yang bakal menghakimi...memang celaka sungguh perangai segelintir orang Islam dizaman sekarang ni...
BalasPadamkeji.. macam inikah perilaku seorang islam? sia2 sahaja pahala puasa dan terawih org yg menghalau dan tidak memberi makanan kpd org yg sgt memerlukan.. GB tolong dedahkan siape yg halau org miskin tu.. nak tgk sikit muke tu.. yg berserban atau yg pura2 alim.. sedih..
BalasPadamSaya pernah didatangi saudara baru selepas solat maghrib di masjid. Dia mohon sumbangan, saya beri RM50, lepas tu dia minta saya sponsor tiap2 bulan RM50 utk perbelanjaannya, selama setahun.
BalasPadamSbgai manusia biasa, sifat pentingkan diri & kedekut tu masih ade pada saya, lagipun saya tak kenal betul2 kat dia, nak pi ziarah & tinjau2 keadaan keluarganya dll, waktu tu dah malam, saya pulak ade hal lain, jadi saya lum sanggup, tapi saya ada cadangkan dia pergi ke Majlis agama Islam negeri utk tindakan sepatutnya.
Ok ke tindakan saya tu?
seorang wanita yg kerjanya penuh dgn kemaksiatan serta dosa di balas syurga kerana memberi minum anjing yg sedang kelaparan... apatah lagi kalau perbuatan yg dilakukan itu mereka2 yg berada dimasjid atau surau.... KH
BalasPadamTak guna juga, kalau duduk beribadat di surau, tapi terselit perasaan tidak berperikemanusiaan.
BalasPadamKadang-kadang yg selalu ke surau ni, berlebih-lebihan sangat berbangga dengan ilmu, sesekali jadilah orang yang bersederhana segala segi.
Senyum dan berbagilah dengan sesiapa sahaja, jangan terlalu ikutkan hati untuk memilih siapa yg layak untuk senyum kita. Kelak dapat penat sahaja.
Sekalipun dia kelihatan tidak waras. Sedekah sajalah makanan kepada dia. Kalau yang menghalau itu adalah orang surau maka sia - sialah puasa dia bahkan berdosa kerana bazir makanan. saya yakin mesti ada lebihan makanan punya. Tak rugi kita bersedekah di bulan yang mulia apatah dah nak hampir malam 10 terakhir ramadan.
BalasPadamSkrg ni yg faham & beramal ikut ajaran Allah & Rasul saw tak ramai banding dgn sebaliknya, yg kdng2 agak susah utk ajaran tu dilaksanakan.
BalasPadamCth mudah, spr kes di atas:
Katakan ada hanya sorang yg berkeras nak beri org tu makanan, dgn hujah2 Islamnya, tapi 3, 4 org lain membantah dgn hujah2nya juga hingga jadi pertengkaran.
Last2 hasilnya yg jahil menang sbb yg faham nak elak dari pertengkaran, unless dia (yg faham) dgn beraninya amik saja mknan tu & beri.
Tapi siap le nanti, tak bertegur sapa le mereka, malah akan ade kata2 spr "makanan tu diniatkan utk org2 surau aje, bukan utk pengemis, apa lagi bkn org Islam, ko yg tak faham agama" .
So, klu layan lebih dgn ilmu pun mmg le gaduh. Sbb cakap & hujah dgn org tak faham & tak nak faham mmg susah, lebih baik cakap dgn budak2. (saya dah masak ttg hal ni sbb sy pernah jadi AJK, bukan senang, sama2 AJK pun tak ngam)
Same le isu2 besar yg melibatkan negara .. Faham kan?
Senang ke nak sampaikan ilmu dgn puak2 pekat UMNO ni? Apalagi yg dah berkarat sejak bertahun2. Cth, prog2 depa bertahun2 khatam quran, berzanji, tak meningkat2, sensitif thd majlis ilmu ttg isi quran & sirah.
Sbg motivasi, yg faham, teruskan berdakwah, ikut le cara Rasulaullah saw. Bkn senang nak beli syurga Allah yg tinggi.