Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Bilik dimana Syaleza ditemui
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Alfatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
BalasPadamP/S- mohon jasa baik tuan GB pautkan juga blog http://blog-hangit.blogspot.com ..tq
Kalau betul dia bunuh isterinya, dia bunuh sebab nafsu.
BalasPadamDlm ramadan syaitan telah diikat. Bukan kerana hasutan syaitan.
Teringat kes engineer petronas yg bunuh isterinya tahun 2000 dulu.
BalasPadamAlasan tidak siuman.
Sian pada anaknya yang masih kecil. Maknya dah tak ada. Bapaknya tak lama lagi mungkin....................... tak ada.
BalasPadamAl - fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.
BalasPadamJenayah lagi. Cakap kadar jenayah turun apasal benda ini boleh berlaku dengan berleluasa lagi. Mana dasar NKRA mu wahai pemerintah kerajaan BN yang you cakap boleh turunkan kadar jenayah di dalam negara?
Wahai anon 12.25
BalasPadamAwak memang bodoh la,
1- Orang mati disabitkan dengan BN/ Kerajaan ( bukan nak sedekah Al-Fatihah )
2- Perselisihan dalam rumah tangga adalah urusan peribadi ( suami isteri ) Apa kena mengena dengan NKRA kerajaan.
Awak memang bodoh la, nak hentam BN tak kena tempat....
wahai anon 3:34am
BalasPadamanon 12.25 dah sedekah al-fatihah pun...
betullah perselisihan dalam rumah tangga adalah urusan peribadi, tapi takkanlah sampai bunuh membunuh. kalau dah membunuh, kes jenayahlah tu! kalau kes ini nanti diputuskan sebagai kes bunuh, maka meningkatlah statistik jenayah. betullah tu ada kaitan dengan NKRA.
Maafkanlah anon 3.34 am tu...
BalasPadamDia mengantuk kot..ataupun tak pandai membaca..bukan bodoh tau..:)
anon 3.34 am tu tengah high la, baca pon tak betul..hahaha.. al fatihah kepada mangsa..semoga kematiannya terbela..
BalasPadamal fatihah.kebenaran akan terbukti.
BalasPadam