28 Jul 2012

Siapa Yang Terjejas Tanpa Cukai Eksais, Protonkah Atau Perut Tun?


Kereta nasional tetap murah tanpa duti eksais

SHAH ALAM - PKR menegaskan kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import, walaupun cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.

“Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan,

"Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun.

“Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.

“Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara
purata,” katanya.

Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru.

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya.

Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13. -SH

Perkasa: Lebih banyak wang akan mengalir ke luar jika duti eksais dimansuh

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan, sekiranya cadangan pemansuhan duti eksais kereta dilaksanakan, sepertimana cadangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak pengeluaran wang mengalir keluar negara ekoran rakyat lebih gemar memilih kereta luar berbanding kereta nasional.

Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, keadaan itu bakal menyaksikan nasib pekerja Proton umpama telur di hujung tanduk kerana harga pembuat kereta nasional itu akan setara dengan kereta model antarabangsa.

“Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah ... tapi semurah mana?

“Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama ... (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.

“Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Bagaimanapun, Syed Hassan menegaskan, cadangan yang diumumkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli itu juga hanyalah strategi memancing undi, kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka berlangsung tidak berapa lama lagi sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat April depan.

“Ini semua janji adalah cubaan nak dapatkan undi untuk PRU13.

“Selama ini kita kenakan cukai tinggi kepada pembeli kereta import kerana untuk selamatkan industri kereta Nasional dan menghalang wang negara mengalir keluar ... dan itulah caranya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang kaya, dan kadang-kadang terlepas dari membayar cukai pendapatan,” tegasnya.

“Inilah akan jadi bila org yang tidak tahu menguruskan ekonomi menerajui kerajaan negara ini nanti,” tambahnya lagi merujuk kepada kemungkinan penjualan Proton akan merosot jika rancangan itu dilaksanakan.

“Peniaga kereta AP tersenyum tetapi kerajaan kerugian ratusan juta ringgit dari cukai kereta import.”

Beliau turut menyelar pemimpin PR yang menurutnya begitu teruja untuk menawan Putrajaya, sehingga sanggup menjanjikan pelbagai perkara.

“Dulu nak mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... sekarang cukai eksais kereta pula.

“Mereka pemimpin Pakatan ini tak sedar ke negara ni masih status negara membangun? Belum lagi negara maju,” soalnya.

Malah, beliau turut mengingatkan rakyat betapa “kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telah berjaya memajukan negara ini, dan oleh sebab itu pemimpin Pakatan nak belanja sakan bila memerintah.”

Syed Hassan turut mengkritik pembangkang yang kerap menjanjikan perkara percuma dan tidak mahir dalam mentadbir ekonomi negara.

“Nak hidup bawah pemimpin yang tak tahu urus ekonomi negara? Siapa yang akan salah belanja wang negara sebenarnya kalau semua nak bagi percuma kepada rakyat? ... sedangkan kita belum mencapai status negara maju lagi,” tegasnya.

“Saya nak tanya Rafizi, siapa yang buatkan negara banyak duit, seperti yang dia selalu kata banyak duit negara kerajaan habiskan. Pakatan?” soalnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, dalam kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR yang kerap menabur janji-janji, sementara PAS dan DAP lebih kerap mengambil tindakan berdiam diri.

“Dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR sahaja yang suka berjanji. PAS ikut sahaja sebab tidak tahu apasal ekonomi, jika tidak Kelantan pasti sudah maju.

“Bijaknya DAP diam seribu bahasa berkenaan janji-janji ini ... nanti kalau memerintah mereka (akan) kata DAP tidak menjanjikan apa-apa.

“Itulah Pakatan Rakyat. Mereka berpakat untuk menipu rakyat sahaja.

“Rakyat jangan mudah terpedaya dgn janji-janji palsu mereka ni,” tambahnya lagi.
-TMI


17 ulasan:

  1. Bodo punya komen dari Perkosa..

    Proton fight la, buat keta yg jauh lebih berkualiti dan bagus..! Mestila org berebut2 nak beli..!

    Keta ni, org nak tengok kualiti. Keselesaan, jimat minyak, pick-up OK. Design lawa.. mestila org nak.

    Keta ni org tak tengok harga, murah bermakna kualiti rendah. TAK. Dengan keta tak jadi mcm tu.

    Tp kalo baru beli pun dah rosak sana sini, dashboard menggelupas, ekon rosak.. power window rosak.. mestila komen negatif tu lagi banyak.

    Aparaa Perkosa.. sesungguhnya kenyataan Perkosa itu merendah2kan keupayaan engineer dan designer Malaysia kat Proton/Perodua tu..

    Xyah dok ciplak model2 Mitsubishi/Daihatsu tu sangat dah...

    Mampu aih buat sendiri..!

    BalasPadam
  2. kadar insurans kereta mesti di kurangkan juga..

    BalasPadam
  3. kat thailand kenderaan murah minyak je mahal sebab tak ada sumber tapi makan murah je lagi pun duit malaysia dah jatuh byk banding dgn bath thai

    BalasPadam
  4. PROTON SAMPAI BILA2 X DPT BUAT KERETA YG KUALITI BAIK DENGAN HARGA BERPATUTAN KERANA SAIZ PASARAN KECIL.

    NAK BUAT KERETA BARU, KENA ADA RND, KENA BUAT MOULD BARU, LATIHAN.

    KENA BUAT SIASATAN...BERAPA PROTON RUGI DGN MODEL JUARA, MODEL SAVVY, SATRIA NEO, GEN2...DLL.

    BUKAN SETAKAT PROTON RUGI, RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA MELAYU RUGI SEBAB TERBELI KERETA2 INI.BILA BELI...BARU AJA GUNA, DAH ROSAK SANA SINI. NAK TOLAK...NAK KENA TOP-UP KAT BANK, NAK GUNA...X BLH GUNA.

    YG JADI MANGSA...RAKYAR MARHAEN.

    SATU MODEL...PERLUKAN JUTAAN RINGGIT UTK BUAT. BERAPA PROTON PERLU UNTUNG SATU MODEL UTK COVER COST.

    PROTON CUMA HARAP PASARAN MALAYSIA AJE. PALING2 PROTON BOLEH JUAL IALAH 100,000 UTK TIGA TAHUN.

    TOYOTA, HONDA, KIA- JUAL JUTA KERETA DGN MOULD, MODEL SAMA.

    SEBAB ITU...PROTON X MAJU DAN RAKYAT HABIS DUIT..TAPI DPT KERETA YG HANCUR SEBELUM HUTANG ABIS DIBAYAR.

    YG UNTUNG...BANK.

    RUGI MELAYU YG KERJA PROTON DAN PEMBELI MELAYU....

    YG UNTUNG BN...PROJEK KERETA NASIONAL..GUNA UTK KEMPEN.

    UTK KEPENTINGAN BERSAMA, PROTON UBAH MODEL BISNES...PASANG KERETA TOYOTA, HONDA DLL.

    CUKAI KERETA DITURUNKAN...RAKYAT BELI KERETA KERANA KEPERLUAN. JANGKA HAYAT KERETA LAMA...X PERLU BERABIS DUIT BAYAR HUTANG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bwh BN pun pekerja proton pun tak terjamin. Bonus xda. Keje bagai nak.mampus. Korang berebut saham..masa dpan pekerja proton x terjamin. Bekerja teruk sampai sakit bila masuk hosp pun x terlepas cover. Wei Perkosa yg prasan hebat. Statement ekonomi pun ko tak cerdik lagi.nak.kata orang tak reti. Klu ko.pandai sangat kenapa proton dok harap pasaran local jadi dia punya sales. Sbb kat luar negara barang proton ni jadi tempat buangan sampah. Tak caya tgk youtube dia mengutuk kereta proton tak laku siap keliling proton dan masuk tv sana dan diorang pecahkan.kereta tu

      Padam
  5. Proton Ke Perut Tun...Kita Lihat Berapa Banyak Francis, Sole Distrub, Sole Agen Yang Tun Ada Yang Bawah Kawalan / Milik Tun

    BalasPadam
  6. kereta nak mahal, gula nak mahal, PTPTN nak jadi hutang, apa sudah jadi?

    BalasPadam
  7. kalau btol apa dkata pkosa.. Knape harga proton tinggi sgat.. Bg lh murah skit.. Kt luar ngara jual murah.. Ini kah yg dkatakn rakyat diutamakan? Nk kata kreta mlysia hebat! Hebat meniru,.. Tgok plak insuran keta bpak pya mahal! Apa cer ni!

    BalasPadam
  8. Proton bayar pada vendor untuk parts (bumper, dashboard, lampu, etc) dengan harga yg mahal. Dan kebanyakan vendor adalah… cuba korang teka… KRONI ler…

    BalasPadam
  9. Kereta nasional kat negara kita ni macam tin milo!!

    BalasPadam
  10. memang kita sokong penuh apa yang PR cadangkan itu. tapi perlu kepada penelitian dari segi kesan kepada pengguna kereta kerata lama, peniaga kereta terpakai, pengguna yang baru beli kereta import yang akan menyebabkan mereka kerugian besar dimana sepatutnya mereka pun membayar harga yang baru. saya yakin tuanpuan juga dalam masa ini telahpu n membeli kerata baru atau terpakai, ini soal rugi kita dengan pinjaman yang mana kita bayar mahal dan tidak akan diganti balik pun oleh kerajaan . pergi mampus dengan proton tuu tapi yang terima kesan ialah bukan proton saja, harap kajian teliti atau ganti balik duti eksais tu kepada pembeli sebelum perkara ini dilaksanakan, harap maklum

    BalasPadam
  11. Duit negara mengalir keluar?
    Kenapa PERKASA tak tanya kerajaan BN, kenapakah cukai negara kita boleh hilang sebanyak 893 Billion sejak tahun 1970? Hutang negara kita sekarang ialah 257 billion + dengan yang hilang tu, kita dah hilang sebanyak 1000 billion? Kalaulah ianya tak hilang, bayangkan perlukah kita ada proton? Perlukah pelajar pinjam PTPTN?
    Bodohnya PERKASA. Bodoh tak boleh diajar?
    Satu lagi kalau takut duit Malaysia mengalir keluar? Jangan beli rempah dari India? Jangan beli beras dari Thailang? ..... Yang penting ialah SURUH MENTERI-MENTERI KITA, JANGAN DOK MELANCONG KAT LUAR NEGARA.
    DASAR PEROSAK BANGSA DAN NEGARA.

    BalasPadam
  12. Tutup je proton tu klu xleh bersaing ..dan yg lebih afdal perut tun d hapuskn dlu..

    BalasPadam
  13. PROTON memang teruk..
    produk untuk dijual ke luar negara lebih baik dan lebih bagus kualitinya berbanding kualiti yang dijual dan digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri..

    baru pakai setahun, dah longgar sana, tercabut sini, goyang sana gegar sini..

    bila jualdi nagar orang lain, elok je kualitinya..harga pun lebih murah berbanding harga di negara sendiri..

    macam hampeh, kira nak cekik duit rakyat..

    BalasPadam
  14. yang kaya kroni yang beberapa KERAT

    yang menanggung hutang + seksa BERJUTA RAKYAT!

    bengap punya manusia masih nk bagi alasan tahap zaman 60an

    BalasPadam
  15. saya plan nak beli kereta untuk balik raya nanti. so really need advise from all of u here. kalau PR menang, berapa lama masa diperlukan untuk phase out cukai ni? adakah immediate or need some time like 2-3 years?

    BalasPadam
  16. Kereta impot patut dikenakan cukai yang tinggi manakala kereta buatan Malaysia diturunkan cukai-cukai semurah yang mungkin.

    DAN orang kaya-kaya macam Syed Hassan boleh beli kereta impot saja.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.