30 Jul 2012

'Sabar duhai hati', Status Terakhir BB Eksekutif TV9 Sebelum Ditemui Mati

Petaling Jaya – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Gambar: Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya. -SH

Ada kesan jerut, ahli keluarga eksekutif stesen TV ditahan

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Bernama



Laporan sebelum ini
klik untuk baca






3 ulasan:

  1. isteri-isteri tidak lagi boleh menerima kecurangan suami mereka...so wahai suami jgn curang dan wahai perempuan di luar sana jgn ganggu/ layan lelaki berstatus suami orang...

    BalasPadam
  2. Wahai isteri2, suami2, anak2, ibu2, bapa2, pemimpin, rakyat dll, fahami quran (klu bole baca dgn fasih lagi bagus, klu tak fasih cuba le belajar) & amal. Juga hadis, sunnah & pendapat2 sahabat & para ulamak yg ikhlas.

    Semua masaalah dpt diatasi.

    Sbb tu mmg resipi dari Yang menciptakan manusia & makhluk, Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih & Penyayang.

    BalasPadam
  3. benarkah tentang kecurangan???

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.