26 Jul 2012

Orang Kedah Tolak Mukhriz, Mahu MB Yang Ada Ilmu Agama

Alor Setar: Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,
”kata seorang pemimpin Umno bahagian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Ketua Umno bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?

“Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.

“Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar,” kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.

Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.

Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

“Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor,” katanya lagi. -FMT

Ulasan GB

Siapalah punya idea minta Universiti Utara Malaysia (UUM) buat "mock study" konon mempunyai lebih 10,000 persampelan dengan rumusan kartunnya rakyat Kedah mahukan Mukhriz sebagai MB?

Tak kaji ker latarbelakang kominiti dan rakyat Kedah? Bodoh betul. Kalau ya pun nak temberang dan menipu buatlah pilot study dulu, arm-desk reearches pun boleh menjelaskan latarbelakang sampel. Tak perlu questionnaires yang kononnya diagihkan kepada 10,000 orang. Gila ker buat kajian terhadap 10,000 responden dalamasa 1-2 bulan? Kang kami panggil professor kangkung, marah. Di kalangan blogger pun ada yang PhD dan professor juga, jadi janganlah takbur dengan jawatan awak untuk memperbodohkan rakyat.

Kajian tersebut dikelaurkan serentak pula dengan satu lagi kajian dari UKM yang menyimpulkan kononnya bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.

Kedua-dua kajian dikeluarkan serentak, nampak sangat ia dirancang.

Nak gunakan status "universiti" nak mengubah persepsi masyarakat tetapi diberikan kepada profesor-profesor mata duitan.

Kalau UMNO BN lingkup di Kedah dalam PRU13 nanti, Naib Canselornya sepatutnya meletakkan jawatannya kerana telah mengizinkan nama UUM dilacurkan untuk kepentingan politik UMNO BN.

7 ulasan:

  1. Tuu....dia2,bakal MB Kedah,macamana nak mendidik rakyat,memimpin negeri ke arah keredhaan Allah. Bini dia pun berkemban macam nenek aku mandi aje ...

    BalasPadam
  2. toukey arak san maguel kepuyaan anak beranak mamak madey kutti,wang arak san maguel akan digunakan dalam PRU 13,
    siapa yang mengundi keluarga taukey arak anak beranak madey itu tanggunglah sendiri,arak itu haram dan duit dari hasil arak pun HARAM.

    BalasPadam
  3. Guna sampel UUM apa ke jadahnya, mereka student, muda pulak berbanding dengan yang nak mengundi, ramai orang kampung. Dia ahli parlimen kawasan A tetapi buka pusat khidmat nuuu jauh di kawasan lain... Apa ke jadahnya !

    BalasPadam
  4. Nak jadi MB.... jauh panggang dari api.. jangan mimpi di siang hari... MB sekarang nak letak mana.. ingat rakyat Kedah ada hati nak menangkan tokey arak. nauzubillahminzalik...

    BalasPadam
  5. Dia nak jadi MB, Mat Bashah nak letak mana ? Dah bertahun Mat Bashah dok mengidam. Lagipun Mukhriz (M) menteri, Mat Bashah (MB) menteri besar, okay la tapi MB pembangkang aje la....kah kah

    BalasPadam
  6. nak gelak baca tajuk. hai, kesian UMNO, melukut di tepi gantang. org Kedah tak sudi pon kat depa. Hang ja perasan baguih.

    BalasPadam
  7. UMNO sendiri buat kajian pergunakan nama UUM?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.