23 Jul 2012

Lihatlah, Baru Masuk Islam, Dirikan Masjid Dari Sabut Kelapa Untuk Solat Berjemaah


Subhanallah

Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. Mereka baru saja masuk Islam, kemudian membangunkan masjid ala kadarnya dari sabut kelapa. - Dr. Muhammad al Khudairi


Ulasan GB

Demikian untuk kita renung sejenak di bulan mulia ini.

Orang yang baru menganut Islam, sanggup dengan apa jua keadaannya mendirikan sebuah "masjid"/"surau" dari sabut kelapa untuk mendirikan solat.

Sedangkan kita yang dah lama Islam, malah kebanyakannya dilahirkan sudahpun beragama Islam, masjid sebesar mahligai dengan lantai mosaic & berkarpet lagi, beratap genting berlampu gantung, pun masih ramai yang leka dan lalai mendirikan solat.

Melihat gambar di atas, tidakkah kita mahu menyedari & menginsafi:

"Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13] dan firman Allah lagi

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah:54)

3 ulasan:

  1. itu negara dunia ketiga tadak sapa bising.sbb gambar tu jgk kalo di malaysia ada ayat biasa dgr "bersyukur & berterima kasih kpd pemerintah"..haha

    patutnya "bersyukur & berterima kasih pd rakyat sbb bagi parti pemerintah menang".kami gen-y pilih parti bkn KEPALA skrg.

    BalasPadam
  2. nanti puak diorang bina surau kat sana kang haaa... mula la canang.. lps tu kata "JANJI DITEPATI"

    semalam anak aku tanya.. "hari merdeka nanti apa maksud "JANJI DITEPATI" ??? tak paham laaa..."

    budak2 tak paham aku yang tua ni lagi la tak paham.. hahahaha

    BalasPadam
  3. anon,

    maksud janji ditepati itu ialah "janji untuk membodohkan orang melayu TELAH ditepati"

    by the way, rasa insaf kan dengan keimanan yang masih baru dan serba kekurangan pun dia orang masih boleh beribadah mcm tuh. kita kat sini mcamana pulak kan......

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.