1 Ogo 2012

Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur!

Rais minta pandangan lagu tema Merdeka

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.

Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.

Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".

Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. -mk

Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati

KUALA LUMPUR: Baru empat hari disiarkan di Youtube, namun sudah 22,263 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.

Hanya 313 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.

Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.

Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.

"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.

Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat bantahan ramai.

Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.

Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.

Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak.

Berikut adalah lirik lagu Janji Ditepati yang mendapat bantahan menyeluruh ini.


Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

-HD




Ulasan GB

22,263 Dislike, 313 Like

Tak jelaskah lagikah bahawa itu petunjuk nyata bahawa lagu tema itu ditolak?

Sekaligus juga pencipta liriknya yang amat dikenali sebagai pengampu PM selama ini juga ditolak...

20 ulasan:

  1. menteri antik,hanya perlu disandar masuk muzium buat kengangan generasi Y idea machine dah rosak,janji kita,keputra jaya,rakyat tolak umnoBN,janji mereka hanya menipu rakyat

    BalasPadam
  2. Janji ditepati, Menipu tak henti henti.

    BalasPadam
  3. Orang UMNO dah lama tolak beliau. Pemilihan MT UMNO...tidak terpilih tetapi beria-ia nak minta jadi menteri.

    Respek pada abang Khalid Samad...kalah MT, minta x dilantik Menteri.

    Bila ahli UMNO x sokong, terpaksalah membodek boss utk kekal jadi menteri.

    al kisahnya

    BalasPadam
  4. Lain kali jangan pandai-pandai buat lirik sndiri.. Suruh la org yg pndai tulis lirik.. Mcm siso ka.. Baru releven dgn sambutan hari merdeka.. Ni mcm lagu syok sndiri je.. Simpan sajalah nti pasang masa prhmpunan gong umno thn depan..nyanyi smpai muntah pun xde org mrh..

    BalasPadam
  5. bagi saja dia kerja bakar jamban ooops jambatan yang lama-lama ! ABU !

    BalasPadam
  6. Lirik lagu hampeh tak ada nilai patriotism . Payah2 guna lagu Sudirman aje! Begitulah kalau bodoh mahu tunjuk pandai.

    BalasPadam
  7. Langsung tak sebut Merdeka...apa punya lagu nie...takde semangat patriotik langsung. Laungan "Merdeka" tukarkan "Janji"....

    BalasPadam
  8. LIRIK atau seni kata lagu memainkan
    peranan yang besar
    dalam kejayaan sesebuah lagu.
    Lagu yang bertahan lama dan digemari
    bukan hanya disebabkan oleh
    melodi dan penyanyinya sahaja tetapi
    juga seni katanya. Seni kata yang
    bermutu pula bukan hanya bergantung
    pada kisah yang dibawa tetapi
    juga kerana bahasanya yang segar
    serta kata-kata yang terpilih. Menteri ini patut melibatkan Bahagian Pengembangan Bahasa
    Sektor Swasta, Dewan Bahasa dan
    Pustaka (DBP) dan berkerjasama dengan Persatuan Penyanyi - Pemuzik - Penulis Lagu Tanah Air PAPITA) bagi menjalankan Bengkel Penggunaan Bahasa Kebangsaan
    dalam Penulisan Lirik dengan beliau sebagai salah seorang peserta.

    Menteri ini patut menjemput pakar untuk mengendalikan
    bengkel ini seperti Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh
    memberikan bimbingan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan
    yang baik dan betul dari segi
    penggunaan kata majmuk, kata pemeri,
    kata sendi nama, kata partikel
    dan kelewahan dalam bahasa. Menteri ini patut didedahkan dengan beberapa kesilapan bahasa yang sering berlaku.Pakar lain seperti Puan Habsah Hassan dan Encik
    Amran Omar, kedua-duanya penulis
    lirik terkemuka tanah air juga patut dijemput sebagai panel bagi
    berkongsi pengalaman mengenai proses mencipta lagu dan penegasan betapa pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang baik agar dapat membantu meningkatkan kualiti sesebuah lagu.
    Menulis lirik perlu menggunakan
    bahasa yang baik memandangkan bahasa Melayu memang cantik, ditambah lagi orang kita kaya dengan
    perbendaharaan kata seperti perumpamaan. Menulis lirik adalah satu tanggungjawab. Menteri ini wajib diingatkan bahawa
    menulis lirik mestilah dengan kamus di sebelahnya.

    BalasPadam
  9. Bandingkan lirik ini dengan lirik yang dihasilkan oleh seorang menteri....

    INTRO

    Kini Semangat Jalan Seiring
    Satu Amanah Kerjasama
    Jadi Teras Bangsa Mulia
    Sehati Sejiwa

    Bangun Membantu Agar Sepakat
    Moga Terserlah Perpaduan
    Agar Teguh Dipersada
    Dalam Hidup Harmoni

    MUSIC BRIDGE

    Sirami Rasa Kasih Sayang
    Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
    Nurani Ikhlas
    Dihati Murni
    Menjadi Kekuatan Kita

    CHORUS

    Bersatu.......Bersatu
    Bersatu Gagah Bercerai Rebah
    Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
    Perpaduan Teras Kejayaan

    Berpadu......Berpadu
    Berpadu Bulat Kata Sepakat
    Menjadi Cita Negara Jaya
    Perpaduan Teras Kejayaan
    Perpaduan Teras Kejayaan
    Perpaduan Teras Kejayaan

    Lirik Patriotik - Perpaduan Teras Kejayaan @ Lirikami


    Share on Tumblr
    Kategori: Patriotik


    Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-patriotik-perpaduan-teras.html#ixzz22FlokMWV

    BalasPadam
  10. kalau di negara seperti Jepun...menteri akan resign kalau kes-kes sebegini sebab mereka ada maruah dan harga diri...tak pun ambil pedang samurai buat harakiri atau terjun bangunan.

    kalu kat malysia, dah sah rasuah, bawah cash berjuta kena tangkap pun masih tebal muka...siap boleh menang pemilihan top post dalam parti....memang tak ada maruah dan harga diri.

    BalasPadam
  11. Buat pertandingan cipta lagu, terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, pilih yang terbaik dan bagi hadiah penghargaan baru betul aku rasa. Sama2 dapat merasa. INI asik2 aku, asik2 aku kasi canlah kat orang lain merasa sama.

    BalasPadam
  12. hahahaha

    lagu dan lirik taraf budak tadika

    malas dan tak layak nak komen pun!

    BalasPadam
  13. Kenapa tak amik lagu Janji palsu nyanyian Mazuin Hamzah? Baru kenaaaa

    BalasPadam
  14. sepatutnya tema MERDEKAKAN MALAYSIA DARI PENJAJAHAN UMNO(WAKIL PENJAJAH BRITISH)

    BalasPadam
  15. Apa punya jenis pemikiran menteri UMNOngok ni..... malu lah ada PhD tapi pemikiran tahap sekolah rendah.
    Bila dah kena belasah kow-kow baru terhegeh-hegeh mintak pandangan umum, dari mula tak nak pikir habis2 sebelum bertindak.... Menteri low class.

    BalasPadam
  16. Dasar menteri Phd pengampu.... buang longkang je lah PhDnya tu. Pemikiran tahap lulusan sekolah rendah, buat tindakan tak pikir implikasi. Kan rakyat Malaysia ni dah bijak2 belaka....itu pun tak boleh pikir. Bila dah kena belasah kow-kow baru lah terhegeh-hegeh mintak pandangan umum............. tarik je lah PhD dia ni.

    BalasPadam
  17. kalo tak silap dulu tv3 ada buat rancangan utk pencipta lagu...komposer...suh laa rais yatim msk..

    BalasPadam
  18. lepas PRU13 BN tepati janji:
    PENAIK HARGA MINYAK
    TOL NAIK
    GST DILAKSANAKAN
    SAMAN EKOR DIKUATKUASA
    TAK HAPUS PTPTN
    SKIM BARU KAKITANGAN AWAM MACAM SSB
    ISA DITERUSKAN
    .........
    .....

    BalasPadam
  19. UMNO/BN tepati janji untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat

    BalasPadam
  20. PhD pn beli!!!
    Rasanya menteri dah menopause (pinjam pompuan pnya) patut simpan je....bodek kuat,!!......najib nak buang pn x boleh......banyak simpan rahsia beb!!!.......tentang bahasa......apa aku kesah dengan bahasa kebangsaan.....kaum2 menteri pun cakap je berdegar2!!! Bahasa jiwa bangsa......tp ckp pn guna bahasa penjajah!!!....Jd......lirik lagu kebangsaan thn ni pun aku hentam aje la....yg penting dpt bodek big mama......pak jib utk calonkan PRU 13 ni!!!......ABU

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.