11 Jul 2012

Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut

Shah Alam 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

“Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kelulusan juga diberi kepada sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah,” katanya.

Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.

Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).

Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 8), pusat hiburan (13).

Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).

“Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik,” katanya.

Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.

“Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.

“Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah,” jelasnya. -selangorku



2 ulasan:

  1. mengapa tan sri khalid masih simpan balaci umno dalam pbt ?

    banyak sabotage yg dilakukan oleh pbt, rakyat jadi marah, mereka kata pkr tak tahu memerintah.

    bertambah rumah urut & pusat maksiat, sampah tak dikutip, jalan berlubang tidak ditutup, lesen meniaga pasar malam dinaikan, pengemis warga asing dll.

    BalasPadam
  2. Kerana cicak mgkarung 2,3 ekor dlm kerajaan Selangor inilah yg mrusak kan PR di selangor sepatutnya mereka ini dah lama dibrhentikan mjawat jawatan kanan dlm kerajaan selangor...jgn sampai rakyat bgkit mtrjemahkan dlm PRU ke13 ini, kesabaran rakyat ada btasan nya, jgn kerana nila setitik rusak susu seblangor...! dan kpd yg brkenaan usah bralasan, brdolakdalih letak jawatan adalah cara yg trbaik!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.