2 Jul 2012

Kerajaan Pusat Sekat Royalti, Allah Limpahkan Kelantan Dengan Bijih Besi

R minyak dinafi, bijih besi pula ditemui

KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.

Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.

“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.

“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.

Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi mengurus sumbangan orang ramai.

Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.

“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya. -HD

Ulasan GB

kerajaan UMNO BN cuba dengan segala cara untuk menyekat pembangunan di negeri Kelantan, khususnya dengan menyekat royalti minyak, tetapi Allah itu Maha Kaya. Kerajaan Kelantan pimpinan TG Nik Aziz akan terus mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah swt apabila kita terus berusaha mempertahan dan memperjuangkan kalimah Allah di atas mukabumi ini.

Biarkan, kezaliman UMNO BN itu akan memakan diri mereka sendiri!

7 ulasan:

  1. Ooo gitu, padan lah ada puak beria-ia nak kan kelantan...rupa nya ada bijih besi.

    BalasPadam
  2. saya harap lebuhraya ini bukan saja bebas TOL tetapi juga bebas Speed Trap.

    BalasPadam
  3. Modus operandi yang diguna UMNO/BN bagi menunjukkan bahawa Kerajaan PAS tak mampu melaksanakan pembangunan ialah:

    1. Menafikan hak royalti dan menyekat peruntukan kewangan agar kerajaan negeri tak dapat melaksanakan sebarang projek pembangunan

    2. Menggunakan media secara optima untuk menyebarkan dakyah bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS tak mampu merancang dan melaksanakan pembangunan kerana tidak cekap

    Maka terpedayalah mereka yang hanya memandang dengan sebelah mata dan mendengar hanya dengan sebelah telinga. Justeru, gunakanlah kesemua pancaindera dan akal fikiran kita agar tidak terpedaya dengan fitnah.

    BalasPadam
  4. Mereka yang menyokong UMNO hanya percaya apa yang dilaporkan dalam akhbar pro BN/UMNO sahaja.

    Mereka tidak mahu melihat dan meninjau sendiri pelbagai kemajuan yang sudah dicapai oleh kerajaan Kelantan.

    Laporan surat khabar tersebut jauh bertentangan sekali dengan hakikat kejayaan Kelantan yang sebenar.

    BalasPadam
  5. hanya allah yang beri rezeki, bukan UMNO/BN

    BalasPadam
  6. Bn memer bodo tok sekoloh

    BalasPadam
  7. Tak semua pejuang adalah Pemimpin dan x semua pemimpin adalah pejuang...klu pemimpin yg dilantik tak boleh memperjuangkan nasib rakyat dan memperjuangkan Daulah Islamiyah, pemimpin wajib ditukar dgn pemimpin lain yg lebih baik...PRU dah dekat jlnkan tggjawab kita sebaik2nya sbg pemilih utk masa depan agama, bangsa dan negara...Allah pasti akan membantu!!! Allahuakbar 3x!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.