29 Jul 2012

Inspektor Nyaris Ditikam, Kadar Jenayah Menurun?

Semakin hari jenayah semakin menjad-jadi. Di dalam satu kes terkini, BERNAMA melaporkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor nyaris ditikam seorang penjenayah yang bertindak agresif ketika sepasukan polis menyerbu kediamannya di Kampung Nibung, Kuala Terengganu kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian pada 11.10 pagi itu, sepasukan polis dari cawangan D4 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menyerbu rumah suspek yang dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar negeri ini.

Beliau berkata ketika pegawai berkenaan memasuki sebuah bilik, suspek cuba menikam mangsa namun berjaya dielak dan lelaki berusia 41 tahun itu kemudian lari ke belakang rumah yang telah dikepung.

Polis telah melepaskan dua das tembakan dan salah satu tembakan terkena betis suspek kerana belia sekali lagi bertindak ganas dengan mengugut anggota dan pegawai sambil mengacukan pisau ketika hendak ditahan.

Polis merampas pisau berhulu kayu sepanjang lapan inci yang digunakan suspek selain menemui sebuah motosikal curi yang disorok dalam stor rumahnya.

Persoalan kini, sampai bilakan Menteri KDN, KPN dan PEMANDU hendak menyembunyikan fakta mengenai statistik jenayah di negara ini yang dikatakan telah turun sedangkan kebenaran yang berlaku ia adalah disebaliknya.

Kini ia hampir terkena kepada anggota polis sendiri. Sebelum ini, berlaku jenayah dimana rumah ahli Exco Melaka Datuk Latiff Tamby Chik telah disamun sementara rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long dan jirannya juga telah dipecah masuk.

1 ulasan:

  1. auta pak kasa kata orang penang hahaha ! auta tak habis-habis taik ayam pandu ie ;)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.