30 Jul 2012

Eksekutif TV9 Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas Siling Di Bilik Tidur

Petaling Jaya - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar (gambar kecil), 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama


Mati sebelum berbuka puasa

TINGGAL KENANGAN... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.


SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.
-kosmo


11 ulasan:

  1. Takziah kepada keluarga mangsa.. sedih mendengar berita ni kerana pasangan ini adalah rakan saya.. dan diharap tidak ada sesiapa yg membuat andaian awal tentang kes ni.. biarkan pihak berkuasa yang menyiasat.

    BalasPadam
  2. hai laaa...mana 1 cerita betul ni..mati mengejut ke mati tergantung...baru subuh td baca lain...ni ad cerita lain..Kosmo ni plak bukan boleh pakai sangat ceritanya..tahu nak laris je..
    Media Malaysia..media Malaysia..tak pernahnye nak konsisten~

    BalasPadam
  3. Apa nak jadi, pertengkaran antara suamai-isteri tu adat berumah tangga. Apa pun masalah nya kenapa jalan ini yg diambil? S

    amada bunuh diri atau dibunuh sepatutnya tidak berlaku kerana jalan keluar iaitu kaunseling dan jalan terahir - penceraian adalah dibenarkan dalam agama.

    AzMiR

    BalasPadam
  4. mari kita sedekahkan alfatihah kapada arwah..alfatihah

    BalasPadam
  5. Alfatihah
    Tersentuh hati bila melihat terukir senyuman
    Diwajah mereka berdua....
    Namun semua itu tiada lagi buat si anak yang baru mengenali kasih seorang ibu...
    Ya Allah Hanya pada mu tempat kami berserah

    BalasPadam
  6. Abang 848: mana2kes yg melibatkn seperti kes bunuh diri akan diflikasikan sebagai mati mengejut..
    Al-Fatihah buat beliau..harap keluarga hadapi dgn redha dn tabah.

    BalasPadam
  7. Salam Takziah kepada keluarga mangsa...marilah kita sedeqahkan Al Fatihah keatas roh nya.Amin

    BalasPadam
  8. Mungkin bahana memfitnah dalam berita2 kumpulan media prima menimpa kakitangan yg bersekongkol dgnnya.

    Banyak skandal dan kes dah berlaku dlm media prima.

    WAllahu a'lam.

    BalasPadam
  9. Innalillah.....dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Al-Fathihah. Semoga dicucuriNYA rahmat ke atas roh alyarhamah.

    BalasPadam
  10. Ambo suka tngok 'tanyalah ustaz' tv9.

    Alfatihah utk arwah.

    BalasPadam
  11. Kalau benarlah puncanya adalah kecurangan suami.....puaslah hati si suami..dan untuk suami2 lain yg asyik nak menggatal..kalau tak puas hidup membujang.elok jangan kawin dulu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.