Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: Pencinta keadilan.
Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.
"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.
Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.
Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).
Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.
Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.
MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.
MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. -mk
Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan
KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.
“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.
“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.
Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.
“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.
“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” ujarnya lagi. -HD
"hilang akal" ?
BalasPadamorang amno mana ada akal to start with pun.....
pekida mane?asanali mane?pekosa?mane3x?kihkihkih...
BalasPadamketua agama negeri mane?senyap lepas 30k bagi sumpah taat setia?
kalau diteliti komen csl tu mmg betol pon...die cakap 'hilang akal hudud meliputi org bkn islam'.org umngok mmndai je ckp hukum hudud wajib meliputi non-muslim, padahal it's optional.
BalasPadambtw csl scara tdak lgsung mnunjukkan die paham bhwa hudud hanya utk org islam,,lps ni klau die mnentang jgak hudud, sah die kafir harbi!!!
Suruh ayahde pekida dan perkasa jilat buntut CSL ni.
BalasPadamBangang punya melayu...
pelakon filem lucah memang tak suka hudud.
BalasPadamMana pergi raja-raja yang katanya sebagai ketua Agama...kenapa diam membisu bila Islam diterajang oleh Chua SL.....bersuaralah demi agama Islam yang telah dihina oleh org kafir..!!!
BalasPadamsekurang-kurang chua dah faham bahawa bukum hudud hanyalah kepada orang islam saja...yg tak faham adalah umno sendiri...kalau seorang islam berzina dgn bukan islam yg islam dikenakan hudud jika terbukti bersalah..tapi bukan islam adalah pilihan...samaada nak hukuman hudud ataupun sivil...itu pun susah nak faham...paling senang orang islam dikenakan zakat...bukan islam dikenakan cukai,...
BalasPadamTerbukti benar bukan karut. MIC tanam Sri Gading, MCA pulak Kemelah. Syiok jugak badut berlakon, penonton bengong pulak tertusuk jiwa. Camner kalo KAFIR bayar zakat, kamu bayar cukai?
BalasPadamKalau ada hudud Chua Soi Lek tak boleh bermukah lagi.
BalasPadamjawapan TGNA sungguh jelas kematangan dan keimananya...
BalasPadamkita tungguuuuuuuu jawapan dan kesungguhan umno dan ulamak johor pulak (itu pun kalo orang umno ada 'telo' dan tak takut dengan cina umpama dilaung2kan oleh mangkuk2 mereka iaitu 'ketuanan melayu')
hahahaha
Hudud UMNO macam Hudud SPR,SPRM, UMNO rasuah bilion RM boleh lepas, curi ayam kena penjara
BalasPadamAmeno kena bagi tau csl. hudud untuk orang islam saja. org bukan islam tak terlibat. orang melayu bukan islampun tak terlibat.
BalasPadammacam bela babi. babi makanan orang bukan islam. orang islam tak pernah pertikai bukan islam bela babi, kekadang sampai dekat penempatan orang islam. sebab orang islam tau babi untuk bukan islam. begitu juga dengan arak, ia untuk orang bukan islam. di malaysia ada kilang arak terbesar, orang islam tau ia untuk bukan islam. dalam dalam soal hudud ia untuk orang islam,KENAPA orang bukan islam begitu sibuk sekali. apekah ameno tak bg tau csl, hudud untuk org islam sahaja. csl takkan kena rejam sampai mati walaupun dia berzina dengan isteri orang. di harap supaya csl tidak campurtangan dalam agama orang islam. csl kena dalami agama beliau sendiri. dalam agama beliau mungkin berzina tu boleh, minum arak tu boleh, ambil rasuah boleh, menipu tu boleh, berbohong tu boleh dll. tak payahlah bersusah payah untuk ambil tahun tentang agama orang islam. tak ada hubung kait dengan agama csl pun.......