Himpunan Oren Selamatkan FELDA sedang mula berarak menuju ke Istana Negara berlangsung dalam keadaan aman dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis.
Kerajaan mesti mendengar tuntutan rakyat berhubung Felda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian pada perarakan sempena Himpunan Oren, petang ini yang berhenti di Jalan Dutamas 1 kerana polis menutup jalan di situ.
Mengenai himpunan itu, beliau berkata rakyat sudah membuktikan mereka melakukan perhimpunan secara aman.
Perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan itu kira-kira jam 2.15 petang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Malaysiakini melaporkan Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.
Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
TERKINI: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, demikian lapor harakahdaily.
Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.
Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.
Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.
Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.
Live Video streaming by Ustream
dikemaskinikan sentiasa. Harap refresh.
Alhamdulillah
BalasPadamInilah kecanggihan team PR menggunakan kemudahan yg ade
Syabas
Harap kita berjaya
BalasPadamMasya Allah.
BalasPadamhebat!... kalau himpunan sebelum ni aman seperti ini kan bagus... tak de yang cedera...
BalasPadamkalau polis x meng'anjing'kan diri, gerenti aman.
BalasPadamTahniah dan terima kasih kpd polis yg bertugas.
BalasPadamTOLONG-LAH KAMI TOLAK RASUAH!
BalasPadamSaudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati
Bahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral
Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar
马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.
今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.
Brother And Sister Of the respectfully
That YIP KUM FOOKMCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple’s money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral
Bring forward. I regret that this is true, the purpose is to hope for public, and especially women take care not to be trapped by the end of sweet mouth will override of great loss and pain