16 Jul 2012

[BERGAMBAR] Laporan Himpunan Hijau Selangor - 3 Tokoh Sertai PAS

3 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyerahkan borang menyertai PAS pada Himpunan Hijau Ke Putra Jaya malam ini.

Mereka ialah Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abdul Rahman Taib, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yusof Hassan.

Ketiga-tiga mereka menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu pada program tersebut. -mutaligat

Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.
-HD



Ucaptama YB Iskandar Abd Samad, Timb Pesuruhjaya I PAS Selangor

Bacaan Ikrar

3 Bekas Penjawat Awam yang berjawatan tinggi menyerahkan borang keahlian kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohamad Sabu, Timb Presiden PAS.

Wakil Presiden Mesir dan Ikwanul Muslimin sedang memberikan ucapan.

Diantara ribuan yang hadir

Peserta himpunan dari satu sudut

Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS

"Saya Bangga Dapat Kibarkan Bendera Yang Mulia Ini" - Dato Seri Kadir Syeikh Fadzir

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengenakan baju hijau

Barisan Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir

Video conference amanat Tuan Guru Mursyidul Am di Stadium Kuala Selangor

Ucapan penutup Timb Presiden, Tn Hj Mohamad Sabu

Bob Lokman, Haire Othman dan lain-lain turut serta


sumber foto: FB PAS Selangor



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





5 ulasan:

  1. Allah Akhbar ,punah parti sekutu apco penentang hukum Allah ! Amiin, ABU jangan lupa untuk kesejahteraan negara Malaysia !

    BalasPadam
  2. Asalamalaikum,Tuan GB aku pon ada pada perhimpunan tu,syukur alhamdullilah dgn izinNYA dapat juga hadir dgn bawa anak isteri sekali.Yang paling best ialah ucapan wakil dari Mesir yg juga cukup teruja .Aku bersetuju dgn ucapan beliau dan dapat rasakan kemenangan makin hampir dengan kita dgn syarat kita bersungguh-sungguh berjihad demi meneggakkan agama Allah dibumi bertuah ini dan juga mesti bersedia memikul amanah itu kelak.Demi sesugguhnya Allah telah berjanji bahawa kemenagan pasti berpihak kepada org2 yg bermal solat dan bertakwa kepadaNYA.Dengan izinNYA dan perancananNYA yg mutlak itu tidak hairanlah berbondong2 org dgn dari pelbagai lapisan ingin bersama kita dan ini menimbulkan kegerunan yg amat sangat kpd musuh kita. Seperti kata TGHA seluruh jemaah mestilah berusaha bersuugguh untuk lebih dekat kepada Allah dan meninggalkan apajua kemungkaran yang ditegahNYA .wasalam

    BalasPadam
  3. Allah hu akbar,semoga UMNO tumbang dan malaysia diperintah orang beriman yang menjaga rakyat,bukan menindas rakyat

    BalasPadam
  4. Ramainya pemuda yang menolak UMNO jadi hijau......

    BalasPadam
  5. Jadikan program bulanan diseluruh negara

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.