8 Jul 2012

[BERGAMBAR] Donna ElJammal, Polis Bertudung Pertama Di Sweden

Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di PiteƄ kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden. -unikversiti







3 ulasan:

  1. subhanAllah.. kat sini, silap silap pakai tudung cam kerja kat perhotelan, MAS ... kena dpt surat tunjuk sebab & kemudian di pecat !!!

    BalasPadam
  2. kan bidang perhotelan dan mas tu berbeza dengan polis ... apa yang nak dicerita disini sebuah kerajaan KAPIAQ HARBI membenarkan polisnya pakai tudung ...

    BalasPadam
  3. negara2 scandavia ni mempunyai pendirian tersendiri.hanya demark menyertai eu,yg lain ttp mahu dgn cara mereka sendiri.sweeden juga negara yg banyak memberi perlindungan pd mana2 individu yg merasakan mereka teranaya d negara asal.pemimpin gam(hassan ditiro),pulo(kasturi)pun tinggal disini.taraf idup & cukai disini tinggi tp negara mereka adalah antara yg paling telus d dunia.telus hingga ado undang2 yg membenarkan isteri bleh bw jantan lain walau x kebenaran suami.negara sejuk sepanjang tahun,tanah x sesubur Malaysia,penduduk x seramai kita tp mereka maju jauh dr kita.volvo,ericcson,saab..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.