Ini bil air terkini rumah aku. Sejak Pakatan Rakyat perintah Selangor begitulah harga air aku.. .percuma dan kalau terlebih guna pun tak sampai RM10.
50 tahun BN perintah, tak terfikir depa nak bagi kesenangan kat rakyat. -Facebook
Bekalan Air Percuma 20m3 : Penduduk gembira 4 tahun tidak perlu bayar air
Meskipun tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor memperkenalkan program air percuma 20m3 dipertikai Umno-BN, namun ia tidak sedikitpun berjaya mengubah reaksi rakyat yang merasai sendiri perubahan yang dibawa kerajaan negeri.
Tinjaun Selangor Kini di Pangsapuri Teratai dan Melur di sini mengakui pemberian air percuma ini nyata bernilai kepada mereka meskipun pada dasarnya nilai RM11.40 dilihat kecil oleh segelintir pihak.
Mohd Razali Dahlan, atau lebih dikenali sebagai Don oleh penduduk setempat mengakui, beliau tidak membuat bayaran bil air hampir empat tahun hasil daripada pemberian bermakna kerajaan negeri.
"Hampir empat tahun saya tidak membuat bayaran bil air. Alhamdulillah, satu rahmat daripada Allah. Walaupun lama BN memerintah, belum mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat," katanya.
Hampir 1,200 buah rumah di pangsapuri ini mendapat faedah daripada program yang mula diperkenalkan sejak Jun 2008.
Bagi Noorina Mohamad, 38, beliau ternyata gembira dengan langkah prihatin kerajaan negeri kerana memahami keadaan rakyat yang dibebani dengan peningkatan kos hidup.
Beliau menambah, program sebegini perlu diperbanyakan supaya lebih ramai rakyat yang mendapat manfaat daripada perkara ini.
Ahmad Kurtubi Masduki, 60, yang menetap di sini sejak 12 tahun lalu beranggapan, penanggungan kos pembayaran bil air kerjaan negeri sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban perbelanjaan dan lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk keperluan lain.
"Sudah beberapa bulan bil yang saya terima, jumlah yang perlu dibayar kosong. Kalau ada yang perlu dibayar cuma dalam RM2.00 atau RM6.00," katanya.
Selain itu, mereka meminta pihak berkuasa terutama polis meningkatkan kawalan dan rondaan terutamanya pada waktu malam bagi membendung kejadian jenayah di sini. -selangorkini
BEGINI RUPANYA BIL AIR RAKYAT SELANGOR SELEPAS PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH!
mahal giler....!!!!!!!
BalasPadamBukan jumlah wang yg jadi ukuran tapi sifat keprihatinan mengutamakan rakyat itu adalah tuntutan agama. Ini satu permulaanbyg baik.
BalasPadamJuak-juak UMNOBN tetap berkeras nak jelaskan bil-bil air mereka.Tetapi kepada bini masing-masing.
BalasPadamaku duduk shah alam. ada jugak jiran tetangga, kawan pejabat yg memperlekehkan peruntukan 20m3 percuma.
BalasPadamkebanyakannya gaji besar dan penyokong biru pekat.
nampaknya mereka lupa bahawa 20m3 percuma tu merupakan satu nikmat bagi sesetengah keluarga.
inilah jadinya bila pentingkan diri sendiri.. tak tau bersyukur.
Alhamdulillah sejak duduk selangor ni aku tak pernah tau pun kewujudan bil air hahahah...
BalasPadamsaya pun sama jugak...dulu kat Setapak Wilayah Pesekutuan bill Air 300 hingga 400 ringgit sebulan
BalasPadamsekarang paling banyak tak lebih 50.00 ringgit bulan lepas 36.00 ringgit semenjak pindah kat Taman Melawati , Selangor
pe kate tunjukkan bil2 air semua negeri kat malaysia ni...baru best..
BalasPadamhaha aku pon da 4 tahun ni langsung x pernah bayar bil air, tiap2 bulan disubsidi state govt. ok la utk family aku ni pon bkn snang sgt, duduk rumah flat je..alhamdulillah dapat bantuan, dulu masa masuk universiti amek degree pon dapat hadiah anak masuk universiti rm1000 dari kerajaan selangor pakatan..50 tahun lebih umno bn pegang selangor dulu apa pon tak dapat...
BalasPadamtiap tahun ekonomi bawah bn kembaaaaang.. tk pernh kuncup.
BalasPadamtiap tahun belanjawan bn terbaiiiiiiiiikk... maknanya tahun sebelum itu belanjawan bangsat la.
apa saja data ekonomi NKRA ke .. apa2 yg lain ke semua naik sgt hebat....
tp rakyat tk mau tahu semua itu. rakyat hanya tahu belanja mereka semakin mendesak setiap hari.
rakyat nk air, api, keperluan asas yg tk membebankan. semudah itu. rakyat bukan nk duit kopi musim pilihanraya, rakyat nk jaminan keselesaan dr semua itu yg berpanjangan.
umno selangor nk menang senang saja. janjikan air free 21m padu jadila...kalau berani...lebih 1m padu saja.
kalau itu pun tidak terlintas dan tiada niat dr BN..sebab mereka yg sekongkol dgn korporat menghisap darah rakyat atas keperluan asas hidup ... maka berambus lah umno dari pemerintahan.
kepada penjilat umno selangor, jika kalah PR di selangor maka bersedia lah membayar bil air tertunggak kenaikannya di bawah umno.
umno miskin pun kena bayar, mic dan mca miskin pun kena bayar. pekida dan perkasa yg miskin pun kena bayar.
masalahnya sekarang...ada pepatah mengatakan kalau dh lembu itu, lembu juga, tidak akan jadi sang kancil dia itu.
Aku duduk kawasan ulu klang, bil air kat umat memang ada potongan itu pun selepas penukaran meter dan akaun dari PKNS kepada Syabas. Tapi yang jadi masaalah lagi besar pula, dahlah penduduk membayar bil melalui meter individu sampai pula surat dari Syabas kerana tidak membayar meter pukal lebih kurang RM 800 sebulan. Meter individu penduduk kena bayar, meter pukal penduduk juga (perbadanan pengurusan) kena bayar. Apa dah jadi ni, bil dikurangkan dari penduduk melalui meter individu tapi meter pukal lebih kurang RM 800 sebulan dikenakan kepada (perbadanan pengurusan). Air yang disalurkan dari meter pukallah dihantar ke meter individu. Jadi dua kali kena bayar.
BalasPadamdi flat perumahan di sarawak tempat aku tinggal terdapat beberapa keluarga yg dipotong bekalan air disebabkan tidak mampu membuat bayaran bulanan. bukan air saja malah bekalan letrik juga ada yg kena potong. pergilah ke mana-mana kawasan perumahan murah rakyat keadaan ini sudah menjadi lumrah. beginilah keadaanya diam dibawah kerajaan kapitalis dan perasuah.
BalasPadamAlhamdulillah....dpt jugak mengurangkan sikit tanggungan suami sejak berenti kerja tp agak keliru skrg bil letrik mcm mengarut pulak bacaannya, naik senyap2 ..?
BalasPadamtapi tu ler, ada ajer makhluk yg kata, Bila selangor nak bagi air free.. tak pahm betul aku
BalasPadamSYABAS DAH JADI EJEN UMNO, SABOTAJ BEKALAN AIR DI SELANGOR, UNTUK MENJATUHKAN PAKATAN RAKYAT, TAPI RAKYAT TAK BODOH.....
BalasPadamBil elektrik mahal sungguh..!! Asyik naik aje harga nya...
BalasPadamF.I.Y, kesemua gugusan flet dlm kota damansara dapat air free 20m padu sejak 4 tahun nie..lebih kurang rm11..so bil terbaru saya sekarang tertunggak dh minus (RM-30) sedangkan dh 2 tahun x pernah byr..
BalasPadamAnon 12:49PM,
BalasPadamMaaf Encik Anon 12:49PM, rasanya apa yang syabas charge tu untuk bil air yang lain kot? macam untuk swimming pool ke, public area punye ke, atau mungkin untuk bomba hydrant..Kerajaan Selangor bayar hanya untuk kediaman sahaja, itu pun hanya untuk 'meter individu'..jika rumah flat,apartment, kondo yang diuruskan oleh pihak pejabat pengurusan, kerajaan selangor tidak akan menanggung bayaran..melainkan meter 'diserahkan' kepada pihak Syabas..
Anon 4.35 Untuk makuman flat kami semua kemudahan lain yang dinyatakan tak ada. Air disalurkan dari meter pukal dan keluar dari meter individu. Itulah hakikatnya mancam mana? kami rasa macam teranaya oleh pihak sabas. Tetiba sampai notis nak potong meter pukal. Bila potong tak keluarlah air dari meter individu. Sebab tu aku kata kalau cam ni kami kena bayar dua kali.
BalasPadam