13 Jun 2012

[Video] Najib Guna Wang Rakyat Tabur RM1.5 juta Untuk Setiap MP BN

Taktik bom: RM1.5 juta tambahan tiap parlimen BN

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa BN akan menggunakan 'taktik bom' menabur wang kepada rakyat agar mengundi parti itu mungkin benar apabila semalam perdana menteri meluluskan pemberian RM1.5 juta kepada setiap parlimen BN.

Difahamkan dalam pertemuan pre-coucil dengan ahli-ahli parlimen BN semalam, Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan sikap terdesak dan cemas BN.

"Menampakkan sikap yang agak terdesak yang membenarkan ahli parlimen boleh belanja wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.

"Ini mengikut kefahaman saya dalam peraturan kewangan, sangat tidak wajar," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 awal akan diberikan kepada setiap parlimen BN pada Khamis ini.

"Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita, kalau perlu RM1,000 bagi RM5,000 bagi, kerajaan akan pertahankan tindakan itu.

"Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya," katanya.

Sebelum ini, bekas menteri kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan, BN sedang menggunakan 'taktik bom' iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung. -HD

MP BN bakal terima RM1.5M, kemungkinan PRU selepas Bajet

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.

The Malaysian Insider difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.

Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut “boleh diperolehi berdasarkan permintaan.”

“Kami perlu mintanya untuk projek spesifik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Shahrir Samad (gambar), turut berkata perdana menteri terlalu “berhati-hati” ketika menyuarat malam itu.

“Jika tiada peruntukan, pilihan raya akan datang sangat dekat”, kata ahli Parlimen Johor Baru tersebut yang ditanya bagaimana dana tersebut memberi kesan kepada tempoh masa pilihan raya yang mana Najib akan mengetuai kempen BN untuk kali pertamanya.

Walaupun pengerusi BN yang juga presiden Umno pada mulanya dilihat akan membubarkan Parlimen bulan ini untuk pilihan raya pada Julai ini, beliau mengumumkan akan membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, dan dilihat bakal ada kemungkinan untuk pemberian wang tunai BR1M untuk keluarga berpendapatan rendah.

Bayaran wang tunai RM500 itu kepada hampir lima juta keluarga dengan kos RM2.6 bilion awal tahun ini menunjukkan kadar kedudukan Najib meningkat kepada 69 peratus, disebabkan peningkatan dalam kalangan isi rumah kaum miskin.

Namun insiden keganasan polis dan para penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam protes Bersih pada 28 April menyaksikan penurunan populariti beliau kepada 65 peratus bulan lalu.

The Malaysian Insider melaporkan pada 28 May, berkemungkinan pilihan raya pada bulan September namun pengumuman Najib bahawa Bajet 2013 hanya akan dibentangkan pada 28 September telah memaksa pakar strategi parti untuk mencari tarikh yang sesuai bagi memastikan apa-apa manfaat bajet boleh sampai ke peringkat akar umbi.

Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan cubaan Barisan Nasional menarik sokongan pengundi Cina dan belia memungkinkan pilihan raya pada bulan November, menurut sumber, yang menambah, Najib masih lagi mengenal pasti calon untuk meraih kemenangan majoriti untuk BN.

Sumber BN turut mengesahkan beberapa kajian sebelum ini menunjukkan parti perlu bekerja keras terutamanya meyakinkan pengundi baru yang berjumlah sekitar 2.2 juta orang.

Difahamkan hasil kajian mendedahkan BN mampu menang hingga 146 kerusi Parlimen dengan 80 yakin menang, lebih 140 daripada Pilihan Raya 2008.

Bagaimanapun, kaji selidik terbaru oleh unit khas BN menunjukkan BN hanya mampu menang 118 kerusi, memaksa pakar strategi menunda pilihan raya.

Najib mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009 untuk menaikkan imej BN yang kalah teruk dalam PRU 2008, yang mana BN hilang kuasa dua pertiga dewan dan lima negeri.
-TMI





Ulasan GB

Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al Lahab: 1-5)

“Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
(al-`Ankabut: 39-40)

Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.

3 ulasan:

  1. Duit ini duit rakyat. Kalau hanya bagi MP dari BN, maka rakyat dari kawasan yang dimenangi MP Pakatan mempunyai hak untuk tidak bayar cukai.

    Ini dinamakan membeli undi. Tiu Nia Seng, Najib. Mana itu pukimak MACC?
    Sedap tidur di celah kangkang Big Mama? kalau kes libatkan PR, bukan main cepat tindkan MACC, dari kubur pun dia orang akan gali.

    BalasPadam
  2. kalau macam ni besar punya budget, rakyat perlu minta rm5000 seorang utk undi bn.

    BalasPadam
  3. dunia ana yg punya... boleh buat apa sahaja... duit rakyat disalahgunakn.
    TAPI INGAT....
    akhirat allah yg berkuasa... setiap duit milik rakyat yg diselewengkn akan ditanya...
    DAH READY NAK MASUK NERAKA.... ke???

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.