25 Jun 2012

[VIDEO] MIC Tandus Modal, Sengaja Putarbelit Kenyataan Salahuddin Ayub

Kalau hina Hindu, kami pertama bantah - DHPP

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan.

Gambar: Salahudin dalam sidang media bersama DHPP dan anggota Parlimen India hari ini

Timbalan Pengerusi DHPP N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu.

"Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media.

Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputar belitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India.

"Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya.

Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu.

Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan.

"Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India,"
katanya dalam sidang media yang sama.

P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India.

"Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya.

Begitu juga ketika penyokong Umno mengarakkan kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu.

Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu. -HD

Salahuddin : Tiada Niat Hina Perarakan Thaipusam

KUALA LUMPUR – MP Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menegaskan beliau tidak berniat menghina agama Hindu atau Thaipusam pada sesi debat bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah minggu lalu.

Menurutnya, apa yang diperkatakan dalam debat itu berkaitan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak mengadakan perhimpunan aman di negara ini.

“Saya tidak berniat untuk menghina agama Hindu atau kaitkan Thaipusam dengan perhimpunan haram saya tidak berniat kearah itu.

“Ketika debat itu berlangsung pelbagai contoh berkaitan dengan perhimpunan yang pernah berlaku di negara ini diberikan. Pemuda MIC telah salah erti semasa debat bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Jika sesorang itu faham bahasa Melayu dengan baik, sudah tentu mereka boleh faham apa yang saya maksudkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan membidas kenyataan Salahuddin yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Kamalanathan menegaskan dalam blognya, bagaimana perayaan suci itu boleh disamakan dengan demonstrasi jalanan.

Sinar Harian pada 19 Jun lalu telah menganjurkan debat antara Saifuddin dengan Salahuddin yang bertajuk Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi.

Semasa debat berlangsung, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS turut memberikan contoh perayaan Thaipusam dan perarakan maulidurrasul yang diadakan sebagai suatu perhimpunan yang pernah diadakan tetapi berlaku secara aman disebabkan tidak berlaku sebarang provokasi pihak tertentu.
-selangorku





3 ulasan:

  1. Masalah tak faham bahasa Malaysia.

    BalasPadam
  2. betul!! ini cuma masalah tak faham bahasa malaysia.

    dulu samy veloo cuma tak pandai cakap bahasa.. yg ni lagi teruk!!

    BalasPadam
  3. biasa ler tuh dah UMNO + MIC + MCA adik beradik... semua suka menipu! rasis! putar belit agama!

    tapi bab rasuah semua senyappppppppppp... takut nak cakap sebab 99% mengamalkan rasuah sebagai cara hidup!

    pada manusia2 nih, tanpa rasuah umpama solat tak ada wuduk

    hahahaha

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.