10 Jun 2012

Apabila UMNO Dibelasah Ahlinya, Ia Petanda Jelas UMNO Di Penghujung Usia

Zam: Kesilapan besar Tunku dan Dr Mahathir

Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.

Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."

Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.

"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.

Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.

Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'. -SH

Thamrin nasihat ahli tinggalkan Umno

PETALING JAYA: Agak melucukan apabila seorang veteran Umno menasihati ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti yang usang itu dalam ceramahnya.

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Thamrin Ghafar berkata, Umno dahulu dan Umno sekarang sudah tidak sama dan lebih baik ahli- ahli Umno meninggalkan parti itu untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

“Pemimpin Umno dahulu berjuang dengan ikhlas, kerana bangsa dan agama tetapi pemimpin Umno sekarang lebih berminat untuk menimbun kekayaan dan terlibat dengan rasuah,” katanya dalam satu ceramah di Markas PAS Titi Seorang, Parit Buntar semalam.

Beliau yang masih menjadi ahli Umno meluahkan rasa kesalnya dengan perkembangan mutakhir ini di mana perjuangan Umno jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

Menurut Thamrin, banyak penipuan berlaku dalam daftar pemilih di antaranya, dengan membawa masuk warga asing dari Kemboja untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

“Umno sudah tidak betul, tidak gentleman, banyak penyelewengan dan rasuah serta mereka merasa bimbang untuk berdepan dengan rakyat pada PRU13,” ujar beliau.

Mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata, Barisan Nasional mungkin boleh jatuh sekiranya lebih ramai rakyat bangkit untuk menentang kezaliman dan kejahatan mereka.

Bersih 3.0 katanya, ialah suatu usaha murni yang harus disokong kerana NGO itu menuntut lapan perkara bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berjanji untuk mendedahkan lebih banyak lagi keburukan dan kedurjaan Umno pada masa-masa yang akan datang.

Mengenai pendedahan ini dengan menggunakan pentas PAS beliau berkata, ”biar Umno pesat saya, saya tidak hairan.”

Lebih 1,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir pada majlis ceramah itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.
-FMT




11 ulasan:

  1. Manusia tak lari dari kesilapan, yg penting mereka sedar, bertaubat, menyesal & kembali pada Allah.

    Kesilapan T Abd Rahman aku no komen, tapi dr Mahathir x silap bawa DSAI dlm UMNO & ditendangnya kemudian, begitu juga bila DSAI pilih UMNO dulu.
    Ada hikmahnya.

    Mmg susah nak explain di sini, tapi mmg ade hikmahnya pada org yg berfikir dgn berpandu ikut Islam, kaitkan dgn Quran & sirah, wlu Allah x beri tepat exactly sama dgn peristiwa sirah.

    Yg penting, Islam di hati rakyat, pemimpin2 terpilih, & diamalkan. Mnusia x perfect, ape lagi org2 awam selain Nabi saw, anbiya.

    Allah lah yg Maha Sempurna, Bijaksana, Mengetahui & maha segala2nya.

    BalasPadam
  2. anon 9:31

    memang semua tak perfect kecuali Allah swt

    tetapi UMNO itu terlalu besar tak perfectnya maka itu ia tidak boleh lagi diterima memimpin negara.

    dalam kaedah usul-fiqh: pilih yang nterkecil dari dua mudharat, maksudnya cari yang terkecil dari ketidaksempurnaan.

    BalasPadam
  3. Zam adalah KAMBING yg sangat jahat semasa dia memegang tampuk Utusan Melayu dulu.

    Zam juga memegang rekod sebagai Menteri Penerangan yg sangat memalukan negara semasa memberi komen pada wartawan luar negara semasa Bersih 1.0 dulu.

    Siapa kah Zam hendak mengata Tunku dan Dr Mahathir? Walaupun Dr Mahathir memang ternyata haprak, dia jauh lebih bagus dari segi intelek berbanding dgn Zam Kambing ini.

    BalasPadam
  4. Stujiuuu... Ah Zam kambing

    BalasPadam
  5. Sbb musabab DSAI masuk UMNO & kena tendang, ramailah/berbondong2lah rakyat nampak betapa BESARnya tak perfect UMNO tu. Tu pada pandangan ana yg tak perfect ni.

    Sbb DSAI org no 2 & tau bnyak hal ehwal UMNo banding rakyat. (Slack sana sini tu fitrah sbb sbgaimana ana nyatakan awal, manusia x perfect). Tu yg ana katakan antara hikmahnya. Dia pun dah konsult Dr Yusuf Qardawi, & tentunya Dr Yusuf & DSAI dah mohon dgn Allah utk petunjuk. (same le kita, klu nak buat keputusan kan kita disarankan mohon & bergantung pd Allah, di samping kita berusaha menjadi hambaNya yg baik di sisiNya.)

    Hikmah bisa dirasai/dilihat bila/selepas sesuatu musibah/dugaan Allah timpakan. Kdng2 cepat , kdng2 lambat.
    Musibah DSAI pada mata kasar ialah ia x tak dpt jadi PM masa tu. Klu dia jadi PM masa tu ntah2 dia pun kantoi hanyut mcm kbnyakan pemimpin2 UMNO la ni.

    Klu kita lihat, pada mata kasar juga, keadaan SEKARANG ni mcm dah celaru, fitnah sana sini, hentam sana sini, PAS yg pada pandangan ana dulu2 agak tak berapa terbuka, nampaknya dah nampak bahwa Msia ni bukan hanya dihuni oleh org2 Melayu, Islam saja, tetapi berbilang kaum, agama, remaja, tua, baik, degil, mudah diajar, tak makan saman, fasik, beriman, suka muzik, suka nasyid, suka hiburan dlllllll...... yg membuatkan pening, pening, pening...... apalagi dgn UMNO yg memegang kuasa kontrol media, badan2 kerajaan...

    Antara cth keterbukaannya ialah kelab penyokong PAS yg terbuka pada sesiapa saja, ade fenomena ustz Azhar misalnya yg mendekati remaja2 yg minat musiz, artis, dll. Mat2 rempit harap2 dapat diajak .

    Ijtihad ttg perkara ranting tu berterusan ikut masa & bole diterima, yg penting perkara berkaitan akidah & asas yg dah disepakati tak dilanggar.

    Sebab itu kita pakat2 cuba baiki diri dgn mantapkan perintah Allah yg basic yg masih ramai tak buat (solat jemaah, bantu org, tutup aurat, berdakwah dgn hikmah, tak maki2, doa & tawakkal , klu ade ujian jgn melenting, tak sabar.. ) insyaAllha Allah akan menangkan nanti).

    (ana anon 9.31, tu pendapat ana aje, ana juga tak sempurna, tak semestinya betul 100% & ana sentiasa sokong PR & juga berdakwah & kempen ttg korupnya UMNO skrg , ikut cara ana).

    ABU

    BalasPadam
  6. Mamak Z ini berasal dari kg. kongsi enam Bedong,Kedah dirumah cakap India,Orang Bedong semua benci perangai Mamak itu mengaku Melayu adalah seorang hikporit.

    BalasPadam
  7. Manusia merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah perancangan yg maha hebat.

    Kita tunggu je apa rahsia disebalik segalanya.

    BalasPadam
  8. Satu lagi kesilapan Tengku ialah tak kasi ko kau kau pada mamakote tun kutty. Tetapi dibiarkan sipariah ini bermaharajalela memburuk-burukkan Tengku hingga kepada pelajar-pelajar Malaysia di London pada tahun 70an dulu, sehingga di Malaysia Hall. Cuba bandingkan kejahatan simamakkote ini bila bermusuhan, bukan sahaja musuh dia nak dihapuskan, malahan kalau boleh seisi keluarga nak dihapuskan, diaibkan dan sebagainya. Kamu sipariah Zam jangan cuba nak mempertahankan bos kamu itu. Mr erection! Tenggok muka yang gelam tu dulu.

    BalasPadam
  9. Zam sedar tak yang dia tu bukan Melayu. Dia tu macam Che Det juga. Mengata dulang paku serpih. Memang betul kata anon. Siapa Zam kalau banding dengan Che Det? Nobody and nothing to compare. Macam Brahmin dengan Paria. Hangpa tau siapa paria di sini? Manusia jenis paria ini selalu melawan dan mengutuk bekas boss kalau boss dia dah tak ada kuasa. Celaka punya Zam @ Kambing.

    BalasPadam
  10. Tidak salah Che Det bawa masuk DSAI kedalam UMNO. Tapi yang salah kuncu-kuncu UMNO dalam kabinet Mahadir termasuk Menteri Besar dan Ketua Menteri semua ikut telunjuk Che Det tak berani nak menyatakan yang benar.Pemmecatan DSAI dibuat secara tergesa-gesa tanpa menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu, juga tidak menghormati pengundi-pengundi DSAI di Permatang Pauh. Inilah puncanya orang melayu berpecah sekarang. Orang Melayu tidak suka dengan cara pemimpin UMNO yang diktator.

    BalasPadam
  11. Org Islam dah mula berpecah belah seawal zaman Sy Osman, kemudian Sy Ali, dan seterusnya ... Sbb mereka semakin ramai, maka byak le perangainya yg susah dibendung. Fitnah, salah maklumat, rebut kuasa dll.

    Dlm kekalutan itu Islam semakin berkembang smpai le la ni kita menikmatinya. Yg penting, kita mantapkan ilmu, mohon pada Allah, & berusaha ke jalan ketaqwaan.
    Pilihanraya nanti pilihlah mana2 yg lebih nakkan Islam.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.