13 Jun 2012

Nazri Sahkan Kerajaan Boleh Tumbang Dengan Garam & Botol

Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.

Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).

Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.

"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah.

"Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya.

Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah.

"BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah.

Ulasan GB

Macam-macam excuses diberikan bila dha takut dengan bayang-bayang sendiri.

Gambar di bawah ini membawa seribu makna.


Anggota Polis dalam gambar ni pun ikut sama terseksa lepas terkena Tembakan Gas Pemedih Mata yang dilepaskan oleh Anggota Unit FRU. Dia kemudiannya dibantu oleh salah seorang peserta Himpunan BERSIH.

Peserta Himpunan BERSIH yang berbangsa Cina telah memberikan air mineral yang dibawanya kepada Anggota Polis tersebut untuk diminum dan membasuh mukanya bagi menghilangkan kesan akibat terkena Gas Pemedih Mata.



9 ulasan:

  1. Menteri GOBLOK

    AzMiR

    BalasPadam
  2. nazri kelulusan apa ya. bengong x habis habis. camana la rakyat boleh pilih dia ni. patut la kita dok bengong kerana dapat menteri bengong.

    BalasPadam
  3. STATEMENT ORANG TAK WARAS,ATAU MABUK ATAU MANGSA KETAGIH DAUN KETUM SAJA BAGI KOMENTAR MACAM INI HEHEHE !

    BalasPadam
  4. biasanya... siput babi je yang takut ngan garam nih... :P

    BalasPadam
  5. inilah menteri
    paling bongok
    paling bodoh
    paling bahlol
    dalam dunia.
    macam manalah dia
    boleh jadi menteri.

    BalasPadam
  6. TOK MENTERI - TOK MENTERI MALAYSIA SEKARANG HILANG AKAL.....

    Kasihan YDP Agong...

    Apa boleh buat Menteri Menteri tak pernah duduk dibawah Pentadbiran PR

    BalasPadam
  7. kalu lu orang kata menteri ini GOBLOK, ertinya rakyat yg pilih nya jadi wakil rakyat 5x GOBLOK

    BalasPadam
  8. Menteri cap ayam. MP mana ni, oh Padang Rengas, Perak.

    BalasPadam
  9. Menteri dlm kabinet DS Najib adalah pemimpin2 UMNO yg dipilih oleh Umat Melayu Naif Otak... tu pasal bahlol tahap gaban!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.