26 Jun 2012

[BERGAMBAR] Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated

Suasana tegang di hadapan pejabat SUK

KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya. -HD


















9 ulasan:

  1. caya sama lu aduka

    BalasPadam
  2. amun kada wani, kada aduka taruna

    BalasPadam
  3. kenapa kau orang tak gocoh balik. Dalam PAS tak ada yang GEDEBE ke? jangan lah dibagi muka kepada samseng UMNO ni....kishhhh menyirap darah aku......

    BalasPadam
  4. Steady warigh... sompek posing laie tu. Poyo tol ekau ni.

    Macam ni rupa nak bersatu padu dengan umno? Melayu mintak hak mereka kemudian kena belasah balik oleh melayu@yahudi.

    Ustaz fathul bari dan ridhuan tee kena jawab tentang budaya umno ni. Jangan duduk dalam umno sekadar untuk jadi benteng untuk umno terus menerus buat kezaliman pada rakyat.

    BalasPadam
  5. Salam ... teruskan berjuang
    saya dari negeri Perak sokong rakyat Kelantan tuntut Royalti

    BalasPadam
  6. Sabar bro, nanti suatu hari tak lama dah, darah engkau yang keluar tu akan digantikan dengan minyak !

    BalasPadam
  7. Orang Kelantan yang tak mahu sokong dapatkan royalti minyak adalah orang yang amat bodoh.

    BalasPadam
  8. Dah laa bodoh, bangang pulak, lama-lama tolol !

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.