6 Jun 2012

[BERGAMBAR] ‎"Ku Lihat HIJAU" Lagi... ALLAHU AKBAR !!! -updated

Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan...

Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Sumber:FB

Sultan tandatangani plak tuntutan royalti

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.

Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.

Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.

“Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.

Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.

Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.

Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.

Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
-HD










Tetapi,
tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah
dari yang ini



11 ulasan:

  1. DAN MAMAK MADEY KUTTY PENGKHIANAT PADA MELAYU ISLAM KELANTAN MAHU HALANG DAN TURUNKAN MINYAK KETEMPAT LAIN SEPERTI THAILAND ! BUKANKAH INI HASAD DENGKI DENDAM KESUMAT PALING TERUK SEORANG MANUSIA (ATAU BAGHAL) TERHADAP MELAYU ISLAM MALAYSIA ! MEMANG JENIS KETURUNAN MAMAK MENDALIAR ATAU KITUL SAHAJA BERPERANGAI BEGITU BIADAP & JAHAT !

    BalasPadam
  2. Atom:
    lets go green n save the earth..heee
    rasa sayang yg tak terhingga hamba pd sultan n MB mengambil beberapa ruang dihati hamba..love u,love u..oh indahnya Islam...u c, bukti betapa la solat itu tiang agama,dimana2 pun kefarduan itu perlu dilaksanakan..jgn solat lewatttt..hee contoh terbaekkkk..saya suka saya suka...

    BalasPadam
  3. saya ada di sana waktu tuanku dan tg.n.aziz menandatangani "sokong) royalty untuk kelantan. nii.. tp sengat saya tuanku tidak membahasakan dirinya "beta" sebalik nya membahasakan dirinya "kita"

    BalasPadam
  4. Makin hari makin terserlah bahawa MAMAK KUTTY ialah PENGKHIANAT kepada parti UMNO, negeri, negara dan juga kepada Bangsa Melayu ini sendiri. Aku ahli UMNGOK tanpa aku mengisi borang keahlian. Masih aku ingat, masa Mamak Celaka ini berkuasa dulu dia bagaikan Nabi kepada orang-orang UMNGOK hinggakan celaka ini berani memperlekeh Hudud dan Nabi. Celaka Mamak Kutty!

    BalasPadam
  5. Salam..

    Alhamdulillah.. kurnia ALLAH..


    Sekadar renungan..

    Peringatan ALLAH.... AKBAR...

    Azab ALLAH.... AKBAR...

    Murka ALLAH... lagi AKBAR...


    Fikir-fikirkanlan..

    BalasPadam
  6. Ku lihat hijau...

    Lirik lagu Hijau oleh Zainal Abidin

    Bumi yang tiada rimba
    Seumpama hamba
    Dia dicemar manusia
    Yang jahil ketawa

    Bumi yang tiada udara
    Bagai tiada nyawa
    Pasti hilang suatu hari
    Tanpa disedari

    Bumi tanpa lautan
    Akan kehausan
    Pasti lambat laun hilang
    Duniaku yang malang

    Dewasa ini kita saling merayakan
    Kejayaan yang akhirnya membinasakan
    Apalah gunanya kematangan fikiran
    Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
    Ku lihat hijau...

    Bumiku yang kian pudar
    Siapa yang melihat
    Di kala kita tersedar
    Mungkinkah terlewat

    Korupsi, oppressi, obsessi diri
    Polussi, depressi di bumi kini


    Oo... anok-anok
    Tok leh meghaso mandi laok
    Bersaing main ghama-ghama

    Ale lo ni tuo omornyo berjoto
    Koto usoho jauh ke daghi malo petako

    Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
    Keno make asak hok biso, weh
    Pase maknusio
    Seghemo bendo-bendo di dunio
    Tok leh tahe
    Sapa bilo-bilo

    BalasPadam
  7. Yang jadi makmum tu sultan ke?

    BalasPadam
  8. Salam semua...

    Setakat gambor Sultan Kelantan sign tu membuktikan makin jauh la BN dari bumi kelantan....

    Tapi bab TGNA solat balik kerusi tu... mcm nak menangis aku... Allah je la yg tau....

    BalasPadam
  9. MAMAK KUTTY HARAM J***H ni memang hati perut busuk. Asal k****g mengaku Melayu. Minyak bukankah lebih mudah didaratkan dibumi Kelantan.
    Apasal pulak didaratkan di Thailand. Mulut MALAON ini busuk macam jamban angkut.

    BalasPadam
  10. Aku x heran si tua kutuk@kutty tu buat gitu sb dia bukan melayu. Yang aku heran ialah ada lagi org melayu lain yang sokong si tua kutuk tu utk sembelih orang melayu. Apa punya baghal la melayu gini?

    BalasPadam
  11. Ngah Phg asal Melaka6 Jun 2012 pada 1:36 PTG

    saya dah melihat madey ni teruk sgt dari hujung 90an lg..hati busuknya dan penuhhasad hanya utk kekalkan kuasa dan nak kumpulkan hartabenda utk keluarga..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.