Besut: PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi.
Gambar Seorang mangsa kejadian bangunan Astaka dalam pembinaan yang runtuh diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Besut.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu runtuh.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan.
Katanya, kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain jika diteruskan.
“Saya diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu.
“Kita (PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kita baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8 Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.
Menurutnya, kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat Besut.
Harakahdaily dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah.
Ustaz Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -HD
Ulasan GB
GB sudah ulas beberapa kali mengenai kejadian bangunan runtuh di Terengganu. Petikan:

Terperangkap astaka runtuh
JERTIH: “Saya ingat sudah hendak mati apabila dihempap runtuhan binaan,” kata pekerja warga Bangladesh dikenali sebagai Zilo, 40, yang terselamat dalam kejadian runtuhan astaka di Padang Astaka Kampung Raja, dekat sini, semalam.
Menceritakan detik cemas itu, Zilo yang sudah lima tahun bekerja kontrak di Malaysia berkata, ketika kejadian, dia sedang menyapu simen di astaka yang dalam pembinaan itu sebelum struktur konkrit pentas tiba-tiba runtuh.
Kejadian itu menyebabkan Zilo dan rakan senegaranya, Rajo, 42, cedera parah di pinggang dan kaki, manakala mata dimasuki simen serta pasir.
“Saya hanya mampu mengajak Rajo dan seorang lagi rakan, Munawir, 20, mengucap kalimah Syahadah. Kami apabila diselamatkan walaupun ketika itu separuh tubuh dilitupi simen yang tumpah,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Besut, di sini, semalam.
Munawir yang berasal dari Surabaya, Indonesia dan turut terperangkap kira-kira dua jam di bawah runtuhan berkenaan berkata, dia sukar bernafas sebaik dihempap.
“Saya tidak mampu bernafas akibat tubuh disalut simen dan pasir yang digunakan dalam pembinaan itu dari paras kaki hingga pinggang. “Saya menjerit meminta pertolongan hingga pengsan kerana terlalu lemah sebelum diselamatkan pada jam 3.20 petang,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian dia dan rakannya mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan struktur binaan astaka itu apabila sebatang tiang konkrit beralih kedudukan.
“Sebelum runtuhan itu, kami sedang meratakan simen pada bahagian tangga pentas sebelum tiba-tiba kami dihempap sebatang palang konkrit dan simen yang masih basah,” katanya yang tidak dapat menggerakkan pinggang kerana sakit. -HM
Ulasan GB
GB sudah ulas beberapa kali mengenai kejadian bangunan runtuh di Terengganu. Petikan:
Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.
Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan.
Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya
Biasanya klu runtuh ni samade design struktur tak ok, atau pun klu design ok, pembinaan x ikut design tak ikut spesifikasi.
BalasPadamYg dipertanggungjwbkan ialah pihak designer struktur, atau klu ok, pihak pengawasan di tapak. Cube semak , projek tu yg mengawas sapa, adakah JKR atau badan2 lain.
bile plak dewan skolah menengah ajil runtuh??stahu aku dewan skolah menengah wakaf tapai yg runtuh..
BalasPadamSETUJU DGN GB
BalasPadamWANG TAK BERKAT TU SEBAB RUNTUH SANA RUNTUH SINI.
rasuah/tamak -> jalan low quality -> kemalangan
BalasPadamrasuah/tamak -> bukit ditarah -> tanah runtuh
rasuah/tamak -> peralatan low quality -> cepat rosak
rasuah/tamak -> baja dacing -> hasil kurang
dan macam-macam lagi lah..
harus bersyukur, kerana dengan bala yang macam-macam ni, menunjukkan Allah masih lagi melayan kita sebagai orang Islam, sebagai peringatan dan penghapus dosa.. kalau Allah melayan kita sebagai orang kafir, kita tak dapat bala di sini, tapi di akhirat nanti tunggulah (Surah Al-Baqarah 126)..
Biasalah cronie HARAMJADAH, masuk harga tender barang yang paling mahal, buat kerja barang yang paling murah dan kayu chap chai.Drakula siang hari.
BalasPadamKalau tanya kat Mat Said, dia akan jawab " semua pihak yang terlibat bersalah tetapi tiada sesiapa yang benar2 bersalah". Inilah sebenarnya jawapan dr ajaran yang benar2 tidak sesat
BalasPadamTanda-tanda awal UBN akan runtuh pada PRU13
BalasPadamSudah tentu buat kerja tak ikut spek. Nak untung lebih.
BalasPadamAku lebih condong pada tak ikut spec.
BalasPadamBiasanya main kontraktor A akan sub pd B, B akan sub pada C, seterusnya.. yg untung atas angin A, B.. sub yg buat keja biasanya yg nak tipu sbb harga rendah tatak untung manyak .... yg joli sakan ialah main kont yg biasanya geng2 yg bagi job / tender tu.
Sbb tu pegawai tapak klu tak teliti supervise, dia yg kena jawab.
Hati2 jgn termakan pemberian kontraktor, wlu secawan kopi, pesan VC masa konvo >35thn dulu.