16 Mei 2012

[Video] Wajah Noor Azman, Bekas Pemandu Zahida: Beliau Lihat Zahida Masuk RM1 Juta

Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi (gambar atas, kedudukan di tengah) yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. -mk

Bekas pemandu artis dakwa 'diganggu'

Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik mendakwa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" individu yang tidak dikenali selepas direman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan wang pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.

"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Nama Noor Azam menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya.
-mk



SPRM Harus Siasat Shafie Dan Zahida Atas Pemberian Wang Yang Besar


PETALING JAYA,16 MEI : Pemimpin PKR mendesak Menteri Kabinet, Datuk Seri Shafie Afdal untuk menjelaskan penggunaan wang yang jumlahnya besar yang diberikan kepada pelakon Zahida Rafik.

PKR juga menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap Shafie yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah berkata ini bukan persoalan tentang hal peribadi antara Shafie, yang juga Naib Persiden Umno, dan Zahida.

“Kita bangkitkan isu ini kerana ia melibatkan pembayaran wang tunai yang bukan melibatkan RM1 atau RM2.

“Tetapi melibatkan ratusan ribu Ringgit Malaysia, di mana jumlahnya amat besar dan apakah puncanya wang ini,” kata Sivarasa yang juga MP Subang, di dalam satu sidang media Ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Dalam sidang media sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mempersoalkan bagaimana Shafie memperolehi wang itu dan tujuan beliau memberikan kepada artis tersebut.

“Kita masih menunggu jawapan daripada Shafie Afdal mengenai penjelasan tentang daripada wang yang dia dapat untuk setiap kali pertemuan.

“Kita masih tidak memperolehi apa-apa jawapan lagi daripada Shafie Afdal selepas kita mendedahkan pada bulan lepas.

“Beliau kena tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan samada menafikan ataupun tidak,” kata Zuraida.

Dalam sidang media itu, bekas pemandu Zahida mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk membawa duit berjumlah RM 1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Noor Azman Azemi, yang bekerja selama tiga tahun untuk Zahida,
mendakwa wang tersebut merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida pada tahun lalu.

Beliau mendakwa menteri itu menemui pelakon itu seminggu sekali di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.

“Yang paling rendah sebanyak RM100,000, manakala RM200,000 itu biasa.

“Saya pernah sekali saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi,” katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac selepas Zahida menuduh beliau melarikan diri dengan wang sebanyak RM 200,000.

Selepas laporan Noor Azman, Zuraida mendedahkan di dalam kenyataan media bahawa transaksi wang itu berlaku antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Pada Oktober, sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000. Manakala pada November 2011 sebanyak RM112,000 dimasukkan dalam akaun.

Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.

Polis menahan Noor Azman selama tiga hari daripada 13 – 16 Mac untuk siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Zahida.

Laporan polis itu didedahkan oleh Zuraida pada 18 April lepas. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Zahida pula telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zuraida.

Turut hadir dalam sidang media itu ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai “Dayangku Intan” (ibu saudara), Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguamnya, Lateefa Koya.

Tengku Intan, yang juga seorang artis terkenal era 80-an, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu yang tidak dikenali menunggu depan rumah beliau sejak Noor Azman dibebaskan.

“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya.

“Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Tengku Intan.

Menurut Tengku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah mereka kerana ia juga membabitkan maruah pihak kerabat DiRaja Kedah.
-selangorku




5 ulasan:

  1. Sepatutnya semasa diganggu dengan jeritan panggil saja polis.

    BalasPadam
  2. jaga2 la..kan jd mcm citer hindustan bile saksi utama 'hilang"

    BalasPadam
  3. Minah tu ada pemandu?

    BalasPadam
  4. Payah apa, penyata bank kan ada !

    BalasPadam
  5. nasib baik la ada kena mengena dengan kerabat di raja kedah!

    kalo tak, harusssssss azman dan dayangku intan dah kena pukul masuk lokap, pas tuh keluar kenyataan dia orang tarik balik pertuduhan... ala yang macam selalu orang buat lepas kena tahan polis mesti tarik balik kenyataan! mana tahan kena hempuk dengan polis

    no wonder la polis kecut telo nak usik, kerabat kedah rupanya

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.