9 Mei 2012

Teori Mengarut Hassan Ali, "Pelakon" Video Murtadnya Dilanggar Lori

Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori

Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -mk

Ulasan GB

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.


Jika identiti pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam itu tidak didedahkan sejak awal lagi, bagaimana mungkin boleh timbul teori "diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut"?

Siapa yang kenal mereka apabila identiti mereka tidak pernah didedahkan? Kita semua difahamkan dahulu video itu pun hanya menyediakan suara pasangan berkenaan dan tidak didedahkan wajah mereka.

Lebih jahat lagi andaian menyatakan "ia ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut".

Hebat sangatkah video murtad tersebut sedangkan ia lansung tiada kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan sebagai bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai butiran lengkap dan mencukupi untuk mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan murtad?

Hassan Ali dan crew pembikinan video itulah yang perlu ditahan dan disoal siasat kerana mengeluarkan "teori" dangkal dan tuduhan melulu menyatakan pasangan "pelakon videonya itu dilanggar lori kerana membuat pendedahan isu murtad". Merekalah yang sebenarnya mengenali identiti pasangan berkenaan.

25 ulasan:

  1. Siapa yang tengok video tu? Setahu aku hanya ditunjukkan kepada wartawan, itu pun tak diberikan salinan cuma diberi tengok saja. Selebihnya mungkin JAIS dan POLIS yang ada salinan video tu selain Hassan JATI sendiri. Ni macam nak kantoii sendiri jer! HAHAHA

    BalasPadam
  2. banyak cakap,banyak salahnye,kalau betulpun ,mungkin ALLAH nak bagi peringatan kepada produser dan pelakon.. hi hi hi

    BalasPadam
  3. pasangan tu kemalangan sebab dapat BALA balasan bersekongkol dgn hassan kot.

    atau hassan nak provoke yg pasangan tu diancam oleh pihak tertentu sebab bocorkan rahsia?

    ntah laa hassan oii.. hang tobat laa sebelum BALA mai kat hang.

    BalasPadam
  4. Ingatkan dia akan kekal sebagai pakar motivasi, rupanya dah jadi pakar MOTIBBBAAASSSI!
    Hidup hasang ali.

    BalasPadam
  5. Jangan layan orang gila...itu je..

    BalasPadam
  6. hehe...

    pandai pulak nak sorok..kenapa pulak nak takot dedahkan siapa yg dimurtadkan????kalo betol perjuangan menegakkan kebenaran pasal murtad...xperlu takot2..Allah akan tolg anda...xcukop itu, ahli JATI, PERKASA, UMNO, TIBAI, ABAI, JMM, PEKIDA...semua akan bantu hasan ali...atas nama agama..perlu takut ape nak buat pendedahan????

    kahkahkahkah...itu la...buta kayu...xtau ke ape yg PR buat dulu..nak banteras gerakan murtad ni org buat berstrategi..bukan men buldoz je..gebang lebeh..konon2 nak jage akidah...nak dedah bukti pon tecungap2...kahkahkahkah...

    BalasPadam
  7. aiiikkk hasan jati masih ada ka??? ingatkan dah kiokkk dah...he he

    BalasPadam
  8. bila hati dah kelam penuh dgn dendam kesumat...anything from hasan ali semua serba tak kena

    ada di antara wartawan yg tengok video tu mesti ada di kalangan org kristian esp yg ditugaskan khas utk dtg tengok. Malaysiakini, malaysiainsider, FMT...boleh caya ke????

    BalasPadam
  9. ...............

    BalasPadam
  10. si bengong ni sepatutnya bukan nama HASAN tapi nama P E R A S A N !

    takde sapa nk kisah video bodoh tu dan takde sapa nk bunuh org2 bodoh dlm video tu.

    rupanya hasan ni kaki video jg. kawanlah lagi dgn puak2 lucah.

    tk mustahil hasan akan menjadi pengedar video lucah pula selepas ini....demi menyelamatkan akidah umat.

    sikit demi sikit hasan dihasut syaitan utk menuju ke lubang neraka...dia tk sedar tu.

    dia kata PAS hilang arah sebab tak mo join HIMPUN tapi join BERSIH bersama ambiga yg bukan islam.

    HIMPUN tu semata2 politik sempit umno. kenapa mesti himpun utk lawan murtad sedangkan umno berkuasa penuh dalam negara.

    semua jentera ditangan umno, umno tidak ada alasan utk merintih konon akidah umat terancam. kalau memerintah tapi merintih akidah umat, lebih baik serah pada PR.

    hassan tk sedar, HIMPUN itu membutkikan tk relevannya umno memerintah tapi cuai.

    kebodohon hasan setanding PERKASA bila kata bersih tu sokong agama ambiga.

    lihatlah org yg berjuang demi kuasa dan nama mcm hassan. dpd seorang dihormati dan berilmu, kelihatan semua itu ditarik Allah sedikit demi sedikit.

    dulu nampak pandai sekarang berckp mcm org bodoh tk berilmu. ilmu yg tidak diguna dgn amanah akan ditarik Tuhan sikit demi sikit.

    hassan...diam kamu lebih baik utk dunia dan akhirat umat. bawah tanah itu lebih baik utk kamu dr atas tanah bumi

    BalasPadam
  11. peringatan kepada semua , selepas ini janganlah lagi ada sesiapa yang nak hantar anak ke camp yang dianjurkan oleh hassan ali. dia ni dah rosak pemikirannya...nanti entah modul apa yang dia nak guna nanti... hentikan...

    BalasPadam
  12. hehehe

    biarlah abg air liur kita nih bersendaloka...

    jgn memain bro! air liur sangat berharga bila dah dekat2 nak PRU nih! Harus tiap2 mlm air liur dia bersepah kat tv3-suku n RTM (Rancangan Toron Menoron)

    BalasPadam
  13. Ini ala2 TDM tuduh DSAi tumbuk mata dan cederakan diri sendiri dgn tangan bergari...sendiri buat video, sendiri tengok, sendiri kata pasangan yg 'tidak diketahui asal usul 'itu kena belasah kerana video itu..sapa yg tengok sajalah yg kenal, cari je lah org2 yg tengok video tu..atyau pasangn msiteri itu melangar diri mereka sendiri??
    adoi..patutnya taklayan Hasan Ali ni..

    BalasPadam
  14. Hasan anak ali ni merapu jer lebih. Tong kosong jer. Penat jer dok mlayan dia.

    BalasPadam
  15. Mintak-mintak jangan Hasan dilanggar lori...
    Soronok gak tengok keletah badut sekor ni.

    BalasPadam
  16. hasan, tolong la jgn buat allah murkai kamu! sekali allah murka, neraka jahannam la jawabnya.. ko tahu tak berapa ramai org yg bersembahyang yg masuk neraka.. semoga org yg bertakwa x termasuk golongan ini..

    BalasPadam
  17. Majlis fatwa kena keluarkan fatwa baru khas untuk hasan ali dan sewaktu dengannya.

    Aku cadangkan keluar fatwa HARAM jadi melayu bangang...

    BalasPadam
  18. Nak tambah fatwa proposal bleh?
    HARAM jd pemimpin jika hina hukum ALLAH
    HARAM jd pemimpin jika isteri2nya tidak mengikut syariat islam
    HARAM kan majlis Fatwa jika HALALkan menda2 bertentangan dengan syariat ISLAM secara terang!
    Ada brani? ke takut gaji x masuk?

    BalasPadam
  19. Dilanggar lori...lori apa??..lori taik ker...ahaks..

    BalasPadam
  20. jgn dilayan org gila ni nanti dituduhnya kita pun gila....itu le dia asan ali kaki penipu...

    BalasPadam
  21. Hasan Ali ni ni tak sepusat & tak juga sepusing dgn Berahim Ali tapi mereka adik beradik.
    Adikberadik sespesis tuuuh!

    Berahim Ali alkataqi VS Hasan Ali alpuruqi! Eh ngabeh2 kan karen je lah!

    BalasPadam
  22. Hassan ni ingat kita banggang mcm dia.

    BalasPadam
  23. aku dah muak dah nak termuntah ngan tokeh kayu jati banyak jalur nie......

    kah kah kah

    BalasPadam
  24. Kalau orang kristian marah tentu mereka tak nak hapuskan saksi, lebih baik mereka hapuskan beras jati jalur tiga saja.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.