28 Mei 2012

"Siasat Segera Penganjur Drag Race" - PKR (updated)

Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.

Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.

Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.

"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.

"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan,"
katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.

Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu

"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya. -mk

Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman

PUTRAJAYA: “Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya.”

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.

Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

“Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

“Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

“Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai,” katanya kepada FMT.

Pada kejadian tengah malam Sabtu lalu, kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut hilang kawalan dan terbabas menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Laporan polis oleh mangsa

Sementara itu, seorang lagi mangsa Muhamad Aidil Azman, 19, berkongsi detik-detik cemas itu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan ekoran lutut kanannya mengalami darah beku.

Menurut Muhamad Aidil, beliau yang tiba agak lewat hanya menonton perlumbaan di benteng pokok, malah mendakwa 22 orang turut mengalami kecederaan.

“Saya tak dengar ada sebarang pengumuman oleh penganjur dan saya duduk di benteng pokok. Saya sedar kereta itu datang dan tak sedar apa yang jadi,” katanya.

Dalam pada itu, tiga laporan polis turut dibuat oleh mangsa termasuklah Muhamad Aidil.

Seorang lagi mangsa, Mohd Nor Faiz Sakariah, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan kamera yang didakwa diambil oleh pihak penganjur.

Laporan sama turut dibuat oleh sepupu beliau, Mohd Aidiel Aiezad Ashari, 24 mengenai kehilangan kamera tersebut.

Semua mangsa yang ditemui mendakwa pihak penganjur, Motorsport MUSC gagal membuat pengumuman untuk berundur daripada kawasan berkenaan, malah aspek keselamatan turut dipandang ringan.

Aspek keselamatan terabai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut melawat mangsa awal pagi ini menggesa siasatan menyeluruh dibuat ke atas penganjur kerana gagal menitik beratkan aspek keselamatan.

Ujar beliau, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan tidak mahu perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

Naib Presiden PKR, N Surendran pula berkata parti menawarkan khidmat guaman kepada para mangsa serta mendakwa penganjur bersalah dari sudut undang-undang kerana gagal mengambil berat aspek keselamatan umum.

Katanya, mangsa tidak patut dipersalahkan dalam hal ini
. -FMT




Ulasan GB

GB sudah ulas pagi tadi. Tepat sepertimana gesaan GB tadi:

Hujah yang digunakan oleh menteri belia itu adalah hujah Pak Pandir. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati.”

Sepatutnya pihak penganjur dan kementerian belia sendiri ditahan dan disiasat kerana kegagalan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk acara berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada orang awam.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca








6 ulasan:

  1. INILAH KERJA DAJJAL PEROSDAK ! JIKA DARI ANJURAN PEMBANGKANG SIAP LA CACING PUN TAK LEPAS TAPI DARI KRONI ATAU KERAJAAN UMNO-APCO NO HAL PUNYA ! TIDAKKAH INI KERJA HARAM JADAH ? YANG SEDIHNYA ADA MANGKUK AKAL LEMBU REDHA ANAKNYA MENCEBUR AKTIVITI INI WALAU BAHAYA KONON MENYOKONG MANGKUK PENGANJUR ! APA PUNYA TURR AKAL DUK ADA !

    BalasPadam
  2. the driver lost control of the car and hit the audience at high speed on his right side. Now everybody has raise eyebrow about drag racing safety in Malaysia. Did the organizer really know the safety requirement of the drag racing? What we can see is the audience tent was too near to the speeding car so very less margin for the car to avoid the audience if they loss control. Admin hope this incident will be the first and last in Malaysia and we urge more tight permit requirement impose for the motorsport.

    BalasPadam
  3. Perlumbaan ini mesti tiada sanctioning dari AAM. Tengok dari ciri-ciri keselamatan memang out. Kalau ikut AAM, syarat-syarat untuk menganjurkan sukan bermotor sangat ketat. Kenapa kerajaan menganjurkan sesuatu event yang tidak mengikut peraturan? Boleh saman penganjur dan kerajaan sekali ni.

    BalasPadam
  4. aku semasa dalam semangat 46 asyik ceramah sana sini takada peluang nak drift macamni kang ada kuasa sikit boleh lah drift,dulu aku berbuih mulut dibantai dek nuar masa debat,nuar ni memang aku respek sejak muda lagi dia pejuang islam sejati Presiden ABIM tau

    BalasPadam
  5. sebenarnya apa yang berlaku menjadi pengajaran. apakah pihak yang terlibat tidak berfikir bahawa kelajuan kereta drag ini cukup laju dan sekirannya berlaku kesilapan teknikal tidak mungkin kereta tersebut dapat berhenti pada jarak pendek.saya pernah menyaksikan perlumbaan drag secara terbuka ini. dan terfikir oleh saya betapa dangkalnya pemikiran pihak yang memberi kelulusan untuk membenarkan acara ini diadakan secara terbuka.penonton hanya berada beberapa meter sahaja dari jalan dan tiada penghadang yang benar selamat dibina. GILA itu saja yang saya dapat ungkapkan.

    BalasPadam
  6. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


    Hadith:
    عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
    رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
    مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
    فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
    فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

    Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya:
    "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,
    maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya).
    Sekiranya ia tiada berkuasa
    maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya).
    Sekiranya ia tiada berkuasa
    maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut).
    Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

    Riwayat Muslim

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.